Menderita Sakit Gigi
Pernah dengar orang anak dah berderet menderita sakit nak tumbuh gigi bongsu...? hAAAaaa aku laa orang yangnya, yang umur dah lanjut, anak dah berderet tapi datang lak satu masalah gigi bongsu baru nak naik. Aduhh..menderita satu badan ni bila gigi sakit, sakit nak beranak pun x sakit macam ni punya teruk, rela lagi aku beranak 10 dari sakit gigi sebatang. Aku start kena hari rabu melarat sampai hari ini iaitu hari Ahad, esok nak keje ni tapi masalah gigi masih x settle. Bukan x nak jumpa doc tapi siap merayu lagi suruh doc tu cabut je terus gigi aku ni, tapi apa kan daya sakit ni bukan setakat nak tumbuh tapi siap dah bengkak dan bernanah dalam gusi. Doc cakap, mereka x boleh nak cabut sehingga bengkak aku x reda sebab sekiranya aku berkeras juga nak cabut aku kena tanggung risiko bius x lut di gusi dalam erti kata lain ubat bius pun x boleh serap dalam gigi so kira cabut HIDUP2 laaa...gila apa! sakit ni pun aku x tertangung ni nak tambah plak sakit dapat rasa masa nak cabut...adoii ...