Cerita Seram

Kejadian seram ini berlaku semasa aku temankan cha di hospital baru2 ni. Sudah sekian lama aku tidak selubungi kejadian seram tapi x tahu la boleh terjadi pada hari itu. Ishkkkk sampai la ni aku rasa macam x percaya jer ia boleh berlaku pada aku.
Ceritanya macam ni....
Malam tu aku stay jaga cha di hospital setelah turn mama belah siangnya. Oleh kerana aku nak stay back hospital maka segala bagai barang aku bawak dari rumah termasuk la bantal2, laptop, bag baju dan bekalan makanan takut2 lapar plak aku memalam buta nanti, aku bukannya boleh tidur pun kat hospital tu dengan lampu terang benderang terpasang . Katil untuk relative x dia sediakan, gila, mana ada hospital sediakan katil untuk penjaga tapi untuk relative pihak hospital bekalkan kerusi malas, so comfirm la aku x tidur lenakan, aduhai malam2 teringat2 katil empuk kat rumah....ushhhhhhhh....
Oleh kerana banyak benda yang aku nak angkut, maka haruslah aku buat 2 trip naik lift. Untuk naikkan pertama , aku macam biasa je dan perjalanan adalah lancar x ada sebarang gangguan dan aku pun x terpikir pun perkara2 pelik2 ni. Siap nyayi2 lagi aku dalam lift okey, memang kepala aku kosong dan langsung x takut laa kata orang. Sampai je aku atas aku kemas2 barang dan sambil2 tu mama pun sama kemas barang dia untuk pulang dan tiba pulak untuk turun balik bagi ambil balance barang yang masih tertinggal di kereta.
Okey, buat pengetahuan la, aku sendiri pun x tahu yang building tu hanya khas untuk H1N1 kira cha ni stay kat tingkat teratas iaitu tingkat 4 dan dalam masa yang sama aku tidak tahu pulak yang untuk floor 1, 2, dan 3 adalah floor KOSONG dalam erti kata lain floor yang tidak active dan tidak berpenghuni. Aku tahu pun setelah kejadian itu terjadi........... sambung...
Masa aku nak turun buat kali kedua tu, aku tekan lah lift seperti biasa dan turun la lift tu macam biasa dan tekan la Floor" B" for basement, kira macam biasa aku tekan la kan. Lift turun macam biasa dan ..... tetiba stack pulak kat tingkat 2 tapi masa tu pintu lift belum terbuka, so aku fikir mungkin ada orang nak turun dari tingkat 2 tu kut. Lama jugak la nak tunggu lift tu terbuka ...bila terbuka jer terus darah aku berderu pantas, jantung ku bergerak pantas macam aku berlari 100 meter pecut mengalahkan watson yambekk....mana x nya bila terbuka je pintu lift aku tengok Floor tu gelap gelita tetiba aku terpandang satu makhluk seakan memakai baju putih berlalu pantas melintas depan lift yang terbuka......tangan aku dengan pantas menekan2 button close tapi x close2 rupa2nya tangan aku duk tekan button open...( mana nak tutupnya ). Bila dah tekan button closed dalam masa nak tutup tu tetiba angin sejuk masuk kedalam lift yang buat aku rasa bulu roma aku tegak berdiri dan aku dapat rasakan dia ada bersama2 aku dalam lift tersebut sehinggala pintu lift tertutup kembali. Pandangan aku jadi sempit, nafas aku seolah2 x boleh nak slow, bila pintu lift terbuka je terus aku keluar dari lift dan masa tu ada seorang pakcik guard berada betul2 depan pintu lift.
Suara aku macam tersekat2....nak cakap sesuatu tapi x keluar dari mulut ni seolah2 macam terkunci. Pakcik tu suruh aku bersabar, macam tahu2 je aku ni baru lepas kena ganggu.
" aSAL? ko dah terkena ? tingkat mana ko berhenti ? "
" Tingkat 2 pakcik " ketar2 suara aku
" X per dia nak tumpang je tu "
Gila...nak tumpang je kata ko, aku ni dah macam nak kena sakit jantung dah ni ko x tahu, aku rasa kalau ada sipi2 sakit jantung comfirm aku yang mampus dalam lift tu dan bertambahlah koleksi hantu dalam bangunan tu termasuklah aku koleksi yang terkini.
Kebetulan kereta aku parking betul2 depan bangunan E, sempat juga mata aku ni jeling kat kat bangunan tu dan dapat aku lihat dengan jelas yan terang hanyalah tingkat atas sekali ( tkt 4 ) manakala bawahnya gelap gelita tanpa sedikit lampu pun terbuka. Cis....rupanya anak aku duduk bangunan yang terpinggir. Aku angkut segala bagai barang yang nak dibawa naik dan tobat x nak turun2 lagi memalam buta ni selagi hari x siang.
Sampai lift je, pakcik tu macam tahu je aku nak minta tolong temankan. Tapi takut gak aku nak minta dia teman, manalah tahu dia tu perogol bersiri di tolaknya aku kat floor gelap tu d santapnya aku mampus gak aku. Baik aku berdepan dengan HANTU dari PEROGOL...x relaaaa makkk. Before naik tu siap aku call mama..." mama tunggu kat lift orang nak naik ni " cehh konon lah tu padahal x call pun...exsyen jooo....untuk menyelamatkan diri. Kang buat kata orang lari mulut harimau termasuk mulut buaya....cissssS...
Sampai floor 4, terus aku masuk bilik cha, bila tiba turn mama nak turun sempat aku cakap suruh makcik guard tu teman. Bila mama tanya kenapa nak teman2...aku cakap " Ikut jer laaaaa, jangan banyak soal " Aku risau kang mama lak terkena macam aku terkena dahlah mama aku tu spesis darah tinggi mahu dia stack dalam lift tu x pasal2 mak aku lak masuk emergency room . Sampai la ni aku x cakap dengan mama apa terjadi pada aku kecuali pada suami aku dan nurse2 dalam building tu dan pada sesiapa yang baca entry ni...
p/s" aku mula fobia dengan lift.......

Comments

A.I said…
Ish!!! giler la wei..!

betol2 cam dlm crite hantu. aku penah gak kene kt spital selayang. tp takde la menakotkan sgt sbb bangunan tu terang. yg kau ni mmg scary ok! huhuhu..sib bek la benda tu tak melekat ngan kau...ggrrrrrrr
nadirah said…
spital mlk ke kak? blok lame eaa?? serammmm nyeee...

p/s : kak... berpinarrr mate i tengok kulit baru blOg neh.
Anonymous said…
mmg pnakut tul akak aku ni..sian kat pak guard 2..x pasal2 kene tuduh perogol..siannye,,,baik akak pi mntak maap balik ngan pakcik 2..hahahaha
Unknown said…
kak ai: haaa..kat ospital selayang? kak bukak entry citer hantu selayang..jekekek

nad: blok e...baru beri nama katanya..bangunan pengurusan lama..

no name:kekekkekee...kalau ko tgk sure ko pun kata dia perogol...hahahaahahaha

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia