Cerita Mak Buyung

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 6 bulan kandungan ni.... alhamdulilah pada awalnya agak tegang tapi kini beransur normal , dah boleh masak, dah boleh kemas-kemas rumah dan letih badan pun dah kurang , cuma kalau tak ada Pak Anif mesti mula meragam . Aku rasa kali ni dia agak rapat dengan daddynya, tidak seperti aku mengandungkan cacha dan aliff, aku x suka bau badan dan kurang selesa dengan Pak Anif adakalanya sampai rasa nak muntah bila duduk dekat-dekat.

Setiap kelahiran lain ragam lain masalah , kali ni Pak Anif berkeras mahu tengok aku bersalin walaupun hakikatnya aku agak tidak selesa kehadirannya di labouroom. Pak Anif sarankan aku bersalin di swasta sahaja seperti cacha dengan alasan nak tengok aku bersalin, sebab kat Hospital Kerajaan suami x dibenarkan masuk kecuali pergi Kursus Peneman. Bila pikir-pikir balik baik aku bersalin kerajaan jer, sakit pening tetap sama cuma beza layanan dan mutu perkhidmatan sahaja, alah senang cerita aku memang x kisah mana aku nak bersalin cukup masa aku teran je itu pun kalau boleh teran agak-agak teran-teran x keluar tolak je operation room Zappppp belah jer perut. Kalau boleh x mo lah operation sebab masa Aliff susah betul aku nak berpantang malah perut pun mengeleber jer. Since aku lahirkan Aliff berat badan aku meningkat dan tidak terkawal adoi...kalau boleh aku dah mahu operate dahh...

Hari ni...pepagi Pak Anif yang agak semangat wajar ajak aku ke HM daftar Kursus Peneman..dia kata dia nak jugak tengok aku bersalin yang no 3 ni. Hehehehe....jangan ko yang pengsan sudah lahh yerkk...aku takut bila dia ada disisi aku nanti aku plak yang tak terTeran-teran plak....kang sudahnya bukan teran anak tapi teran TAIKK...( terkenang masa 1st deliver ...doc & nurse beria-ria cakap " PUANNN PUSHH PUSHHH" haaa sekali amik ko TAIK yang aku PUSH....x pasal doc tu jadi pecacai lak tukang lap nagis aku...)...well, namapun 1st born kan...mana aku nak beza teran taik atau anak...:)..

Apa pun itu semua cabaran yang akan ditempoh oleh semua perempuan yang bakal bergelar ibu. X kisahlah hospital swasta ke kerajaan ke yang penting setiap orang nasibnya berbeza-beza. Ada yang senang je nak bersalin x sempat-sempat masuk labour room anak dah keluar kat pintu labour room...ada gak yang susah...teran-teran x keluar bawah di rodok atas pun kena toreh..itu pernah berlaku pada cousin aku ....itu semua gara-gara Hospital Sg Buloh....ngeri sungguh aku dengar kess dia. bawah kena jahit kat perut pun kena jahit.  Sampai cousin aku tu serik nak ke hospital gov , but aku harap Hospital Melaka janganlah buat aku macam tu...kang aku yang penyelaras aduan buat ADUAN plak boikot HM x reti nak buat kerja. Aku sarankan doc pelatih jangan nak menyemak pegang pesakit sebab bagi pengalaman aku doc pelatih ni x reti buat keputusan dan lembab nak bertindak, dah lah buat VE sakit...elok lagi doc lelaki buat VE dari doc perempuan...kasar!..( mak pernah rasa okey ). 

Okey....statement yang agak menakutkan..tapi aku x pernah serik untuk beranak di gov sebab masa melahirkan aliff aku suka sangat sebab ditemani jururawat pos basic sepanjang aku menunggu saat2 nak bersalin. Siap tengok tv lagi kat labour room..cuma aku agak kecewa sebab x dpt lahir normal macam cacha sebab LCCS ( anak panjang ) dari awal masuk labour room  asyik 4cm jer...alih-alih rupanya anak dah menyeget. Jadi lahirlah aliff ikut tingkap....di Hospital Melaka. Layanan masa di labour room amat aku puashati dan doc pun baik-baik2 cuma aku x suka bila tang buat VE...kasar!....Aku ingat lagi lepas dah beberapa kali doc perempuan yang buat VE sekali petang tu doc lelaki sampai....sekali MO laaa...da la doc india ..dia selak je lengan  mata aku dah terpandang jari dia yang besar adoiii...dah macam jari pak anif dahhh..risau ni dah x sanggup dah kena rodok jer dari pagi tapi bersalinnya x jugak...dia pakai glove ambil "jel" terus Zapppp....uikKK..tahu-tahu aku dengar "okey 5cm! " ....serius okey...X rasa langsung!!! atau lubang aku yang dah rompong....hahahahaha  nama pun MO okey ..PENGALAMAN itu penting...walaupun jarinya sebesar lengan. Heheeh...Apa pun aku suka doc tu sebab muka ala2 pak anif ...gatal-gatal.

Yerhh..cerita mak buyung agak melalut dan tah apa-apa tah....apapun, aku x sabar nak deliver baby 3 ni..Scan second time still doc kata BOY...so pak anif dah pandai2 letak nama baby AQIL ...cha dan aliff pun dah tanya bila baby aqil nak keluar....aku risau sebenarnya...duk panggil aqil kang keluar girl apa plak aku nak letak nama ....apa pun aku kan pernah kata aku nak baby girl so aku pun dah sediakan bekalan nama untuk baby girl jugak....hehheeh...apa pun x kisahlah either girl or boy yang penting anak mummy sihat , cerdik dan soleh & solehah...macam abang dan kakaknya.

Kasih sayangku...



Comments

YanaHime said…
haha! poyo jer hubby hang...mcm laki aku jugak, iye2 nak masuk labor room...entah boleh tahan ke tak....

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia