Posts

Showing posts from March, 2015

Abang sado saya

Image
Classs tajuk mak hari ni Tak pasal i nak citer pasal abang gagah perkasa lagi kental i..haaaa puji ada makna tu. Realiti kan mak dapat suami badan ala2 sedap2 gitu hhehehehe bangga la plak diri ni bila berjalan dengan abang lenggan besauuu.. Alhamdulilah aku bersyukur sangat dapat pak anip yanh sentiasa membantu dan sangat2 ringan tulang. Lagi2 bibik dah start cuti 4 bulan, maka aku kena pandai arrange masa dengan kerja hakiki , kerja rumah dan perniagaan. Tak perlu nak ulas lebih pasal abg sado aku ni, kang puji lebih orang meluat plak. Macam aku sorang ke ada laki badan sasa. Apa pun permulaan untuk hidup tanpa bibik untuk menguruskan 4 anak memang mencabarlah untuk aku. Maklumlah abg sado kan selalu outstation, so masa tu tengoklah kelam kelibut porak perandanya idup mak. What everlah mungkin dengan x adamya bibik 4 bulan ni buat aku lebih pandai nak bagi masa antara menguruskan anak, kerja di opis dan perniagaan. Harap semua berjalan lancar dan dilimpahi rezeki keluarga kami.  Than

Berilah kesakitan itu pada ku

Image
Tak ada ibu yang mahu melihat anaknya kesakitan, dengar bunyi cha batuk aku dah runsing. Dalam hati asyik bercakap "ya allah bila lah anak aku nak baik". Cha mula dengan batuk biasa terusan batuk yang agak kronik dan terus demam panas on/off. Cha tak macam adik2 dia yang lain, dia agak mudah dijangkiti sebab tulah aku sentiasa elert jika dah nampak hint2 yang dia akan sakit. Semalam dia mengadu bila batuk dia akan sakit pada ari-ari , sakit di bahagian abdomen wanita, ishkk dah kenapa sampai kesitu. Kerisauan sudah bermula.  Semalam aku di rumah mama terpaksa balik sebab kena uruskan bibik di kedutaan. Keluar lepas subuh settle disana pukul 1pm. Keletihan tu jangan cakap allah je yang tahu, lagi2 pak anip baru je sampai pagi kelmarin dari hatyai, bas pula dua kali rosak on the way nak balik Melaka. Kesian suamiku, itu dugaan allah sebelum memberikan kita kesenangan sayang. (Set mind)  Cha makin teruk bila sampai rumah mama, kesian mama duk jaga 4 cucunya tanpa adik. Lepas set

Anak saya

Image
Anak ku Anak saya Anak dak ila jer Dah kenapa ko laaaa Bila dah tajuk anak2 jadi cerita pun soal anak. Cuti sekolah ibu bapa seronok plan nak bawa anak holiday. Ermmmm tapi tidak pada anak2 pak anip.. Alahh cian..sedih je kan. Lagi2 pak anip dah warning among 2 years kalau leh no vacation for a while..uhukkk lagi la sedih anak2 beta. Acehhh padahal mak nyer yang sedih.  Alhamdulillah, anak2 macam faham pekerjaan bapa mereka, memang jarang kami ditanya soalan cuti sekolah nak kemana2. Lagi pun kami baru pulang dari umrah, aura di Mekah dan Madinah tu masih ada lagi malah sakit pun ada yang tak baik2 lagi. Hari ni cha pula demam panas dan batuk2, ni yang buat hati ku susah. Kalau tak baik gak gamaknya aku tolak hospital je la. Kebetulan aliff dan aqill dah ke Shah Alam follow mama tok dan adik, tinggalkan cha dan aiqarl di rumah buat peneman dan penghibur. Sebelum aliff ke shah alam aku dah siap2 pesan dengan mama guide dia baca sifir. Hari minggu kelmarin aku gasakkan aliff dengan sifir

Desi Damayanti cv Tabita

Image
Tabita? Napa mesti tabita tajuk diatas? Kenapa ye? Produk apa la plak si dak ila nak introduce ni.  Aku ni bukan suka sangat nak dipuji tapi realiti ramai yang dah tegur kulit ni makin glow , cerah semula jadi dan natural gitu.  Alhamdulilahh allah kurniakan kulit yang tidak sensetif dan mudah dijaga. Kalau sesiapa yang dah pernah baca entry lepas2, aku ni ada guna beberapa produk iaitu Clinique, Colegen Vit E dan Dnars. Kalau ditanyalah mana produk paling bagus ? Bagi aku setiap produk ada keistimewaan masing-masing dan yang paling penting korang sendiri kena nilai dan tahu jenis kulit korang. Tak semua produk yang sesuai dengan kulit anda dan ada juga produk yang perlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk kita dapat kulit yang cantik contohnya apabila kita pakai sesuatu produk baru kita akan mengalami pengelupasan pada kulit, keradangan seperti kemerahan2, timbul bintik2 merah  yang tidak ketara, kulit kemerahan2 atau kulit kusam. Jangan mudah melatah cuma tengok dulu sebulan, kita b

Kembara umrah - Tips & keperluan membawa anak kecil

Image
Salam ukhwah... Since  up entry perjalanan umrah ramai pula yang email , whataps dan pm tanyakan tips bawak anak ke tanah suci. Apa keperluan , peralatan, ubat-ubatan, berapa helai baju nak bawa, perlu bawa stroller ke, perlu bawa kettle ke dan paling advance nak bawa dapur mudah alih tak? Aku ni pergi sana memang zero, memula blank gak rasa kusut tu pun ada sebab kita ni bawa anak banyak perkara perlu kita sediakan untuk mereka dari diri kita sendiri. Nak kata pengalaman sangat tu idok la sebab aku sendiri pun kutip pengalaman dari kekawan dan blogger-blogger. Bila dah kumpul dan senaraikan tips tu aku akan kemaskini balik perlu atau tidak, apa lagi barang tambahan, tengok sejarah sakit anak penyakit apa yang mereka kerap hidap hinggalah berapa helai baju yang perlu dibawa.  Dalam hal ni aku kena fikir sebarang kemungkinan yang akan berlaku, misalnya kalau dari Malaysia korang dah berangkut bagai hingga bag berat tapi cuba fikirkan semula keadaan kita bila pulang nanti, mesti kita aka

Bila teingat...mula rasa tersentuh

Sejak dua menjak ni, rasa touching terlebey plak.. Kerr sejak balik umrah ni?? Hari ni shift malam, macam biasa siang hari ada je pekerjaan aku...banyak urusan FO... Nasib urusan rumah ada pembantu membantu...tapi next month dah nak cuti 2 bulan ...oklah tu lama sangat aku berlemak tak buat kerja rumah..rindu rasa nak membasuh, mengosok dan melakuk an aktiviti yang pernah aku buat dalam rumah ni...lagi pun dia tak pernah balik kampung since kerja kat rumah ni. Lepas zohor siap-siap nak ke Mydin , banyak barang dah habis, so pak anip dah ajak beli barang gagah lah gak diri ni meneman walaupun rasa letih hari ini. Lepas usai sudah membeli dan membayar, aku singgah beli air bubble , tengah nak tunggu air siap aku melayan PM bff aku masa skool...dia tanya product tabita dan langsung beli pastu settle bab tabita citer plak bab nenek dia meninggal dan memang touching la juga baca cerita dia, yelahh bila kehilangan orang yang kita sayang rasa sedih tu bukan 2 3 hari nak hilang semingg

Kasih ibu hingga ke syurga tapi....

Image
Kasih kakak hingga ke pintu syurga ... Sedih je tengok dua beradik ni Aiqarl memang rapat dengan kak cha sama juga dengan aqill. Kalau mandi mereka lebih rela mandi dengan kakak dari dengan aliff. Aqill kalau dengar je kakak nak mandi menjerit-jerit dia nak mandi dengan kakak. Kak cha kakak yang garang mengalahkan mak tiri, aku sendiri tak segarang dia. Dia kalau menjerit aduhhh perit telinga aku ni, kalau tengah solat rasa macam nak stop solat keluar dan tampar muka dia. Bila kak cha pergi umah nek yang mulalah adik keciknya rindu dia. Asyik panggil Kakak atakk chaa atak chaaa ...even garang kakak juga dorang cari. Cha pun macam tu cukup seminggu duk umah nek yang dia dah suh ambil atau cik su hantar alasan rindu adik. Hari tu kursus pun masuk 3 hari dah nagis nak balik sebab rindu adiknya. Kak cha memang kakak yang bertanggungjawap, jika aku kat rumah aku tak perlu risau sangat nak tengok yanh si kenit2 ni sebab tau cha akan peratikan adik2 dia. Tapi tidak pada aliff, dia leka tapi m

KEMBARA UMRAH - Selamat Tinggal Ya Rasulluallah

Image
Hampir berakhir entry kembara umrah. Jem jugak kepala otak mak ni nak menaip. Rasa dah berpinar mata ni mengadap lappy lama sangat. So entry last ni hanya up guna hangphone je. Agak banyak alignment lari tu harap maklum up guna gadjet ni memang tak semenggah sangat. Jom sambung.... Selepas solat di raudah aku terus balik hotel tapi tak lah terus sangatkan sempat gak lah aku membeli makanan bagai dan snap gambar lorong2 masjid menuju ke hotel. Sepanjang jalan tu memang banyak peniaga kecil yang menjual harga pun murah-murah. Disitu juga aku dapat beli buah zuriat yang dikirim oleh rakan sahabat. Esok nak balik so aku feeling sorang2 sambil jalan-jalan. Jangan risau madina is secure dan hotel pun tak jauh mana.  Lorong menuju ke masjid ....ramai Peniaga adalah wanita ...bila datang penguat kuasa toleh je belakang berdesup hilang...tah ilmu apa yerk mereka leh pikul semua segala dengan pantassss sekali...hahaahhaaha blur aku , memula lalu ramai peniaga sekali nampak penguatkuasa kejupan

KEMBARA UMRAH -PART 6 - Madina Al Munawarah

Image
27.02.15 Subuh yang sejuk sangat....anak-anak tidur berselubung sedar-sedar rupanya aku tidur tak berselimut. Selesai solat bersiap untuk sarapan dan turun untuk ziarah pertama di Madina iaitu ziarah di sekitar Masjid Nabawi Al Munawarrah. Janji pukul 9am semua kena tunggu ruang makan cafe tapi tungu puna tunggu rupanya kami dah terlepas keretapi..hehehehehe.. ditinggalkan mutawif wanita yang dimana beliau akan menemani kami sepanjang masuk ke Masjid Nabawi. Bila dah kena tinggal maka, kami pun berangkatlah tanpa guide dalam 12 orang macam tu termasuk 1 makcik bertongkat dan seorang berkerusi roda. Menuju ke masjid tak ada masalah sebab mak banyak bantu atas pengalaman mengerjakan ibadah haji dulu.  Bila masuk tanpa guide , maka menonong la kami masuk macam tau-tau jer. Tapi tak pe , masjid tu milik allah tak ada sekatan apa pun segalanya mudah cuma kami tak dapat nak masuk Makam Nabi Swt serta Sahabatnya untuk memberi salam ya rasulluallah. Mak kata dah banyak berubah di masjid