KEMBARA UMRAH -PART 6 - Madina Al Munawarah

27.02.15

Subuh yang sejuk sangat....anak-anak tidur berselubung sedar-sedar rupanya aku tidur tak berselimut. Selesai solat bersiap untuk sarapan dan turun untuk ziarah pertama di Madina iaitu ziarah di sekitar Masjid Nabawi Al Munawarrah. Janji pukul 9am semua kena tunggu ruang makan cafe tapi tungu puna tunggu rupanya kami dah terlepas keretapi..hehehehehe.. ditinggalkan mutawif wanita yang dimana beliau akan menemani kami sepanjang masuk ke Masjid Nabawi. Bila dah kena tinggal maka, kami pun berangkatlah tanpa guide dalam 12 orang macam tu termasuk 1 makcik bertongkat dan seorang berkerusi roda. Menuju ke masjid tak ada masalah sebab mak banyak bantu atas pengalaman mengerjakan ibadah haji dulu. 

Bila masuk tanpa guide , maka menonong la kami masuk macam tau-tau jer. Tapi tak pe , masjid tu milik allah tak ada sekatan apa pun segalanya mudah cuma kami tak dapat nak masuk Makam Nabi Swt serta Sahabatnya untuk memberi salam ya rasulluallah. Mak kata dah banyak berubah di masjid tersebut. Bila dah masuk masjid kami pun melakukan solat sunat dan segala yang boleh buat selagi berada di dalam masjid termasuklah membaca al-quran. Usai sudah kami beribadat , mak ajak kami ke Perkuburan Baqi yang terletak berhampiran Makam Nabi dan tak jauh dari tempat kami solat. 

Perkuburan Baqi tak di buka semasa kami sampai tu, kebetulan hari itu adalah hari jumaat. Maka Perkuburan Baqi ditutup untuk lawatan.Tapi kami tengok dari luar pagar. Ramai juga yang duduk ditepi perkuburan tersebut sambil membaca yasin dan berdoa malah ada yang menagis teresak-esak. Perkuburan ini masih aktif dan jemaah DAN penduduk madinah  yang meninggal  masih ditanam di perkuburan ini. Baqi juga tertanamnya jasad para sahabat nabi serta isteri-isteri baginda , malah penghuni baqi ini adalah jasad yang mula-mula akan dibangkitkan dari kubur apabila tiba hari kebangkitan serta pembalasan kelak ( khiamat ). 

Bila teringat hari jumaat barulah terfikir patutlah Raudah ditutup awal untuk wanita. Sesiapa sahaja ke sini pasti menyimpan hasrat untuk bersolat dan berdoa di Raudah. Raudah merupakan taman syurga dan tempat paling mulia di kawasan Masjid Nabawi yang akan wujud di syurga  nanti dan Raudah adalah tempat paling mustajab untuk berdoa. Asalnya Raudah ini adalah kawasan rumah rasulluallah yang dimana telah diriwayatkan oleh baginda tentang raudah dan keistimewaannya. Perbezaan Raudah dan kawasan masjid yang lain adalah beza warna karpetnya, Raudah carpet Hijau dan kawasan masjid carpet warna Merah. Kawasan Raudah tak seluas mana, sebab itulah ramai umat islam berhimpit-himpit untuk solat di Raudah. Kawasan raudah memang tidak pernah putus untuk jemaah masuk dan membuat solat. Kebetulan di Madina juga ada menyiarkan Live Television dalam Masjid Nabawi, so dari bilik aku boleh lihat bertapa padatnya umat islam berhimpit berebut untuk masuk dan bersolat dalamnya. Ada juga bila dah masuk tak mahu keluar-keluar, sepatutnya mereka kena ada sikap tolak ansur atau keperikemanusiaan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk masuk dan bersolat di situ. Apakan daya lain bangsa lain budaya lain caranya. Terimalah seadaanya dan bertawakallah padanya. 

Hari pertama di Madinah, damai tenang ..sesungguhnya sesiapa ke Madina akan merasai ketenangan tersebut. Ini semua diperkenankan dalam doa nabi keatas bumi Madina. Bumi yang tenang dan akan terasa nyaman pada sesiapa sahaja yang akan kemari. Ya..aku amat merasai. Ada gak suka kesini sebab terutama wanita sebab suka shopping tapi aku tak shopping apa pun sangat. Aku ni lebih pada makanan ...yaaaa makan makan makan...yummy semua aku nak rasa.  


28.02.15

Ziarah sekitar Madina, aktiviti pada hari itu  termasuklah aktiviti shopping kurma di Pasar Kurma yang taklah murah mana pun. Seawal kul 9 pagi kami naik bas terus ke Masjid Quba Bukit Uhud, Ladang Kurma dan Pasar Kurma. Aktivit agak seronok untuk aku sebab tak sabar nak tengok Bukit Uhud dan perkuburan para syahadah akibat Perang Badar. 


Destinasi pertama di Masjid Quba. Sesiapa kesini dan bersolat , berwuduk di dalam masjid ini menerima ganjaran pahala ibadah umrah. Masjid ini selalu dikunjungi rasulluallah setiap hari isnin,dengan  menunggang kuda atau berjalan kaki. Masjid ini diantara masjid tersuci selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa ( Baitulmuqaddis ). Alhamdulilah dapat aku bersolat disini walaupun hanya diluar, sebab terlalu padat jemaah didalam. 



Secebis ayat dari alquran mengenai Masjid Quba , yang dimana al quran menyebut Masjid Quba dibina atas dasar taqwa.



“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”[al-Quran (Basmeih)]

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”[al-Quran (Basmeih)]


Lepas habis solat di masjid quba, maka bergeraklah kami di Ladang Kurma lahh... ente mahu beli kurma lahh...tapi mereka sudah sound lahh..mau beli belilahh tapi harga agak mahal sedikit lahh..Aku tak keluar ke ladang sebab aiqarl dah starting fever, just pass hp pada cacha , ambil gamba sekitar ladang ...pengorbanan untuk hari itu...tak keluar takpe demi anak yang sakit. Sampai Pak Anip atas bas dia bagi aku kurma tambah susu badan...terus aku makan tanpa tolak-tolak, padahal aku memang tak berapa gemar makan kurma.. sebab since aku amik ubat lambat period aku rasa susu aku sedikit. 


 Disini pak anip beli kurma ni jer...dia kata fresh dari ladang...besar ...aku makan pagi kenyang sampai ke petang..subhanallah kuasa allah. Aku plak yang tak suka kurma jadi pengemar kurma plak tetiba-tiba.

 Hampir semua gambar dalam hp ni fesyen amik gamba pegang kurma dan background pokok kurma..konon nak cakap aku dah pegang dah makan dan dah tengok pokok kurma..ERMMMmmm kat Kelantan berlambak kut dorang tanam tepi jalan..hahahahhahah tetiba sakit hati..

Ni pun sama ...agak tak faham gaya amik gambar pegang kurma gitu...

Ni namanya sabotaj...orang gambar belakang ko duk depan org dan  angkat konon mengayakan yang ko pun pegang kurma ..padahal biji kurma pun x pegang cuma sebotol susu di tangan.. Nasib ko lah kak long....tapi aku nak up gak gambo ni sebab nampak aqill comel sangat buat gitu...hahahahah  sakit hati i tau ..aceh 
 Orang amik gamba..ente makan lagi bagus lahh...
Kalau aku turun ..aku prefer memilih duduk sambil makan dan selfie..barulah nikmat katanya...hahhahah im from madina..aceh

Destinasi yang paling aku suka dan aku tau sejarahnya serba sedikit....
Bukit Uhud besar dan penuh batu-batu besar dan keras tanpa pokok-pokok dan disebalik bukit itu terdapat sebuah gua dimana tempat nabi swt bersembunyi dari tentera Quraisyah. Pada awal peperangan tentera islam menang tetapi akhirnya kalah ditangan tentera Quraisy yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid ketika itu. Nabi telah menyusun stretegik dengan meletakkan 50 tentera pemanah atas bukit uhud dan tidak turun dari bukit selagi tidak menerima arahan dari nabi swt. Apabila mereka lihat tentera quraisy lari meninggalkan medan perang maka turunlah sebahagian tentera pemanah tinggallah 14 orang sahaja diatas,  untuk mengambil harta / mengetepikan harta ( bersangka baik pada syahadah dan sahabat nabi ) sehingga mereka terlupa dengan arahan nabi swt. Maka pada ketika itulah tentera islam di serang hendap dan ramai tentera yang syahid dan baginda sendiri cedera parah.Antara yang terkorban adalah bapa saudara nabi Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib yang telah dilembing dan terkena tulang rusuk hamzah  oleh seorang hamba Hendon yang bernama Wahsyi. Hendon yang benci dan berdendam dengan hamzah telah membelah dan merentap hati hamzah lalu dikunyahnya hati  dan diluahkan. Masa dalam bas mutawif kami telah bercerita lebih lanjut mengenai Wahsyi yang akhirnya memeluk islam dan kerana sedihnya nabi atas kematian bapa saudaranya , sampai baginda wafat nabi tidak menjeling mahupun melihat wahsyi yang menyebabkan wahsyi begitu sedih. Setiap ceramah nabi swt, wahsyi akan duduk dibalik tepi masjid dan mendengar kerana pegang pada kata-kata nabi yang dimana baginda" jangan kau terlihat dimata aku kerana aku tak sanggup melihat kau" , sehinggalah baginda wafat. Wahsyi ni adalah hamba hendon dan dia membunuh hamzah adalah untuk bebas menjadi hamba hendon. Ust Ali Hasan menagis-nagis teresak-esak semasa menceritakan kisah wahsyi.Kami yang dalam bas pun jadi sayu je, panjang lagi kisahnya tapi aku pendekkannyalah.

Pengajaran dari Perang Badar ini adalah, taat dan ikutlah perintah allah dan rasul serta ketua yang dilantik. 

Pemandangan sekitar Bukit Uhud

  

 Perkuburan syahadah Perang Badar termasuk Saidina Hamzah

Aku terlupa bukak niqab...dah snap baru perasan...

Banyak juga barang terjual disini dan jauh lebih murah dari di bandar. 

Mertua ku ...Sadiah

Pop yeye sesat di bukit uhud

Anak dan mak...hihihhi 
 Papa dan pak lang yang tak habis bershopping 






01.03.15

Hari itu kami dibawa melawat Kompleks Sirah Nabi yang dipandu oleh ustaz yang seorang pelajar Malaysia yang belajar di Madinah. Handsome orangnya, sekali tengok macam orang arab rupanya orang Penang malii talakk sombong laaa.Banyak yang kami tahu mengenai rasulluallah dan perjalanan hidup baginda dalam menegakkan islam dan menyebarkan islam. Banyak pengorbanannya pada umatnya dan doanya sehingga kini kita dapat rasai sampai kini. Setiap doanya untuk umatnya yang tak pernah berjumpa dengannya, mendekatinya dan mengenalinya. 

Sepanjang program sirah nabi ini, jika kita betul-betul menghayati perjalanannya dan riwayat hidupnya boleh membuatkan kita menitiskan air mata dan rasa cinta kepadanya. Ya allah aku sendiri merasai setiap titip cerita dari ustaz itu. Penghijrahan nabi dari kota mekah hingga ke madina adalah cerita yang penuh menunjukkan kepayahan rasulluallah. Rasa cinta baginda pada allah tiada tandingannya, begitu juga para sahabat nabi yang bersama-sama berjuang bersama baginda. 






Sahabat nabi pernah bertanya bahawa mereka inilah sahabat rasulluallah tetiba baginda telah menjawap Sahabat ku / pengikut ku adalah dikalangan mereka yang mempercayai aku tanpa melihat aku...iaitu 'kita". Kita selalu kata cinta rasul , cinta nabi tapi tahukah kita sejauh mana kecintaan kita pada rasul dan sejauh mana kepercayaan kita dengan wujudnya rasul.. Kita patut rasa bertuah dan beruntung , baginda memilih kita yang mempercayai kewujudannya dimuka bumi ini adalah umatnya / sahabatnya dan dari situ kita boleh menilai bertapa sayangnya baginda pada umatnya selepas zamannya. Ya allah , kalau dengar satu-satu doanya kepada kita yang tak pernah kenal dia , air mata ini menitik sampai dah tak mampu nak disorok lagi. Betapa rasulluallah risau pada umatnya di akhir zaman nanti. Percayalah, sekiranya korang ke madina selitlah untuk ke Bangunan seperti diatas. Di dalam bangunan ini mereka menceritakan perjalanan nabi swt hingga wafatnya baginda. Tapi biarlah ada guide atau ustaz seperti group kami. 


 Peta perjalanan rasulluallah dan tempat persinggahan baginda
 Inilah ustaz / pelajar yang dimaksudkan

Gambaran Madina dahulu tepi tu adalah rumah nabi dan saidatul aisyah isteri terakhir rasulluallah.
 Gambaran rumah baginda...serba sederhana dan rasulluallah pernah berlapar dan dapur tidak berasap berbulan lamanya ..kerana kemiskininan tapi baginda tidak pernah berpaling pada allah swt...kita? kalau lapar, miskin , diuji, mula merungut mengatakan allah tak sayang kita... :(

 Apabila kiblat dari Agsa beralih ke Masjidilharam iaitu Mekah maka pintu Nabwi dibuka ikut depan dan pintu lama ditutup iaitu sederet melintang dengan rumah nabi.. dan kini kita lihat jasad nabi dibelakang dan makmum akan sembahyang membelakangi makam baginda. Rasulluallah ditanam di rumahnya sendiri dibawah katil tempat baginda wafat yang asalnya makam baginda terletak diluar masjid dan kini telah dibesarkan. Kita boleh lihat sendiri dalam gambaran dibawah 
 Kota Madina...dan hujung tu adalah Bukit Uhud 
 Kami dibawa dari setiap slot ke satu slot dan diterangkan serba ringkas dan padat oleh ustas ini...terima kasih sangat atas pencerahan yang beliau lakukan..memang ringkas tapi padat 

Selesai sahaja sirah nabi, aku minta bibik dan mama jaga anak-anak untuk aku bersolat di masjid. Niat ku untuk cuba masuk ke Raudah. Sepanjang aku di Madina aku hanya sekali berpeluang bersolat di Nabawi. Dengan harapan dan doa aku tawakal untuk seorang diri menuju ke masjid dan bersolat disana. 

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke pintu utama , masuk kedalam dan bertanyakan kepada cleaner disitu yang kebanyakkan orang Indonesia. Aku tanya bagaimana aku nak ke Raudah, dengan baik hati beliau kata ibu ambil pintu 25 dan duduk depan gate 3 untuk orang Malaysia. Maka aku pun berjalan keluar dan cari pintu yang dimaksudkan. Aku ambil saff betul-betul dia pintu 3 masa tu lagi satu jam nak zohor, tapi saf dah penuh sampai keluar carpet merah. Tapi dengan izin allah seorang warga turki telah menepuk dan menyuruh aku duduk di tepinya dan membentengkan sejadah. Sepanjang menunggu aku bersolat sunat dan segalanya sampailah azan kami pun bersolat. Masa tu orang dah padat sepadatnya lagi-lagi kat pintu gate 3. Aku target bila pintu gate dibuka mesti dorang berlari menuju ke Raudah. Harapan macam tipis je, tapi aku terus berdoa agar dipermudahkan perjalanan ku untuk ke Raudah nya. 

15minit lagi pintu akan dibuka , ada taklimat yang diberikan oleh pekerja masjid yang memakai purdah. Jangan berlari, jangan solat hajat mahupun taubat cukup sekadar solat sunat lilahitaala atau solat istikarah. Jangan memuja makam nabi , kita memuja allah bukan nabi cukup sekadar memberi salam ya rasulluallah, banyak lagi yang dia perjelaskan tapi aku tak berapa nak fokus sebab ramai sangat penceramah kat situ nak bercakap.  

Inilah kawasan Jemaah Malaysia yang dimaksudkan..tapi percayalah aku rasa aku sorang sahaja jemaah Malaysia dan yang lainnya semua Indonesia. Paling kelakar , siap lagi penjaga masjid tu menjerit-jerit pada warga indon..melayu melayu sambil suruh orang indon tu duduk di saf yang betul ikut negara. Bukan main lagi mereka, masa tu mengaku Malaysia, sampaikan ada yang menegur, aku ni indon dari belah mana , pastu aku cakap kenapa? Cantik kamu ini ya...mesti kacuk gitu..hahhahahaha bila aku cakap aku Malaysia lantas dia cakap oHhhhHH Ya orang Malaysia memang lawa-lawa..yolahh... Aku rasa dah dua orang kata aku indonesia, tapi aku nak kata acerna memang keturunan aku ada mix indonesia belah Bandung. Bila aku cakap aku mix indon belah Bandung, wahhh bukan main dorang memuji orang bandung siap sebut nama tah artis mana tah..Orang bandung memang cantik-cantik...Oh ya...sekian terima kasih..
 Pintu 3 yang dimana bila buka je semua jemaah perempuan berlari mengalahkan watson yam bek kooo... Terkejut mak nak...aku maintain berjalan sahaja aku tak mahu membinasakan diri sendiri untuk bekejar kedalam  seperti yang lain. Sampai ada yang menolak-nolak menarik-narik jubah. Belum sampai dalam dah ganas macam tu, belum lagi dah sampai raudah acerna la agaknya.
 Berkat doa dan keizinan allah swt, aku tiba raudah dengan tenang. Aku dapat solat dan berdoa di Ruadah dengan mudahnya. Walaupun ada adengan tolak menolak tapi aku alhamdulillah tak lah seteruk mana, aku seperti dipandu kesatu arah hingga ternampak satu kawasan kosong yang cukup ruang untuk aku bersolat.Lepas aku memberi salam baru aku perasan yang ada kepunggan dibuat oleh sekeluarga yang memberi ruang pada seorang neneknya bersolat. Mereka seolah-olah melindungi aku juga, oleh kerana mereka dah buat kepungan begitu aku berdoa secara sederhana dan bangun untuk memberi peluang kaum keluarga mereka yang lain. Aku bergerak kedepan terus kedepan dan berdiri sambil berdoa sehingga menitiskan air mata. Selesai aku berdoa air mata ku masih mengalir , aku menagis bukan sebab berdoa tapi menagis kerana allah memperkenankan doa ku untuk bersolat di Raudah dan memberi salam Ya Rasulluallah.Masa tu aku teringat bagaimana mudahnya aku mengucup hajar aswad begitu juga mudahnya aku menembusi raudahnya.  Semasa aku bergerak untuk keluar tetiba ada seorang warga arab melihat aku menagis lalu memandang dan mengesatkan air mata aku dengan kedua belah tangannya dan dia kucup tangannya. Masa tu aku hanya melihat sekilas warga tua arab itu sebab aku macam terkejut dia buat macam tu. Aku jalan terus berjalan dan aku ada rakam 2 video semasa di raudah tapi hanya dapat download satu sahaja di blog. Korang tengoklah bertapa sesaknya jemaah wanita dan keadaan mereka. 

Dalam perjalanan keluar aku menoleh kebelakang dan terlihat kubah hijau dimana terletaknya jasad nabi swt. Aku beri salam dan mengucapkan selamat tinggal juga. Aku dapat rasakan aku tak dapat datang untuk hari esok atau malam itu. Lepas tu, aku teringatkan aiqarl di hotel yang kurang sihat, masa tulah langkah aku makin laju untuk pulang ke hotel. Naluri seorang ibu, otw nak balik jumpa mama dan kak long , soalan pertama mereka tanya, dapat masuk raudah? bila aku jawap ye, mereka macam terkejut terus aku cium mama dan cakap pintu dah buka cepatlah ke raudah. Buat pengetahuan ,mama dan lain-lain hampir setiap waktu bersolat di Nabawi tapi belum pernah sekali dapat masuk ke Raudah. Tapi untuk aku, allah perkenankan segalanya...syukur sangat. Sekali lagi aku nak nagis..aku ni manusia yang berdosa tapi allah sentiasa ada untuk hambanya yang berdosa ini. 






bersambung part 7....selamat tinggal madina 
@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia