Posts

Showing posts from November, 2011

Back after holiday 2011

Letih dan penat....but happy..Paling penting chalif happy. 3 Hari 2 Malam, memang agak letih melayan kontigen rombongan yang bermacam ragam dan hal. Tak kurang yang nakal, degil, lasak dan ada juga sampai yang hilang. heheehe Bab hilang paling x leh terima, sebab yang hilang tu adalah aliff... Nasib dapat jumpa Kalau x...x pasal2 mak ko masuk Buletin Utama , menangis meraban " Kembalikan anak saya...uhaaaaaa " Tak kurang juga.......mengadaplah aku depan bapak ko untuk menjawap segala hujah2 yang mungkin susah nak jawap sebab soalan2nya mungkin berulang2 Tapi paling x leh terima mungkin sepanjang hayat tidur mengadap bontot je APAK ko jer lerr- grounded sepanjang hayat Macam mana boleh hilang ? Aku careless ..itu jer jawapnya. Cakap lebih-lebih x guna memang salah aku... Paling x leh terima anak aku hilang dalam Cosmo Times Square.... nampak sangat macam aku yang excited nak masuk plak sampai anak dah masuk 3 masih ingat macam 2 jer. dan Kejadian itu buat pak a

Latest !!!

Image
27, 28 & 29 . 12. 2011 HOLIDAYYYY BERSAMA PENAJA TERHORMAT FO AND KIDS SEMOGA KAMI HAPPY....... ME JIJAH RABDA CHALIFQIL ACU & THE GENGS ( TETAMU JEMPUTAN )

Cuti Sekolah 2011

Image
YerhhYahoooooo...percutian FO and kids kembali lagi selepas tahun lepas ke Tiara Beach Resort PD. Kali ni kami pilih destinasi nearest , senang sikit nak ulang alik Agak2 tertinggal spenda boleh balik rumah....dah kata dekat kan... Kenapa dekat ? Sebab banyak tempat yang kami belum pergi dan lawati di tempat sendiri So Kalau orang tanya ko pernah ke situ, ke sini....... Ehhh penahhh... so jawap tu  ada la confident dan  exsyennn skit..  ehemmm.. Plan awalnya Nak ke Swiss Garden Damai Laut....tapi telah di cantas oleh makhluk allah berhati busuk lagi bangkai....( bukan rezeki kami agaknya ) Second plan ke USS Singapore tapi partner aku anak beranak x ada passport so kami tundakan sahaja ke next year..insyallah kalau ada rezeki. Amin... Budget holiday tahun ni agak lebih dari tahun lepas, ku ingatkan lagi dekat lagi save....tak ada maknanya..Boleh dikatakan semua nak kena sedia duit. Alhamdulilahh ni semua bahagian anak kami asal mereka seronok kami pun seronok ronok... Ya

Im CrazYYY Samsung Galaxy Note

Image
Ada sesapa RELA nak belikan aku SGN ! Birthday aku semakin hampir , agak kejam atau tidak jika aku merayu meraban pada suami tercinta belikan SGN ni..... comfirm dia tunjukkan HP dia yang tanpa camera dan simcard pada aku...nak tunjukkan HP dia lagi daif dari HP aku sekarang... Uhaaaaaa oh tidak.. Kenapa aku suka gegila ? Aku suka softwarenya dan stylusnya yang canggih tuuuu... so sesiapa yang agak2 nak beli ipad better choose SGN much more better.... Screen yang besar , speed dia x salah aku more than 1.4ghz..kalau dulu aku nak on wireless dr cik Kia aku ni lembab macam siput...but SGN ni harus cepat dan pantas.. Benefit Large & immersive screen with smartphone portability Full screen utilization for fast and effective tasking Free capturing and creation Powerful performance Paling best processor dia 1.45ghz...perhh cepat okeyy...suft internet guna wireless comfirm berehhh..x mcm siput like cik Kia aku...Camera dok sah cakap 8mp...udah cantik dah tu..nak lagi can

Medela Harmony Vs Pureen

Image
Ehem.... kali ni aku nak citer sikit pasal susu menyusu. Maklumlah aku kan beranak kecil semua perkara aku nak bagi tahu, nak canang dan kongsi dalam blog aku ni... Kelahiran ke-3 ini, macam biasa aku tetap memilih untuk menyusukan aqill sehingga 6 bulan secara exclusive kalau boleh nak sampai 2 tahun macam chalif. Tapi aku x mahu target sangat sebab kalau dulu aku x berkerja dan selalu berhenti2 kerja ( ops ) but now dah gov staff x kan sesuka nak stop2 kerja lagi. Awal bersalin aku x beli pump susu sebab kalau boleh nak tunggu budget lebih nak beli pump lebih baik. Tapi Belum sempat 5/7 hari pantang aku dah kena bengkak tetek aka demam tetek yang agak teruk. Aduh..tuhan je tahu bertapa deritanya aku memikul breast yang berat dah nak sama dengan buah kelapa. Nak tunggu hari esok rasa macam bertahun.....sempat jugalah letak kubis bagi meredakan bisanya.  tapi aWAS...pengunaan kubis untuk redakan sakit demam tetek tidak digalakkan sama sekali sebab sesetengah wanita akan menga

AKC 2011

Image
Firstly.. Tahniah pada semua penerima anugerah khidmat cemerlang tahun ni. Grab rm1k tuuu....tambah lagi 1300 leh dapat samsung note ( gilo ) Aku dah 4 tahun berkhidmat JKNM tah bila tahun aku nak dapat. Ceh ada hati nak dapat...x ada sapa x nak pengintirafan ( mcm mana eje yerk ) Apa pun masa belum tiba lagi , pendek kata belum ada rezeki Tak kisahlah dapat x dapat yang penting i love my job..suka suka suka kekawan best2, bos okey dan sporting alah bisa tegal biasa..mana2 kerja ada conflict tapi bagi aku asam garam. mana2 keje kalau x kena kutuk,maki, atau ko yang maki itu memang standard. yang penting kita bahagia dengan apa yang kita lakukan. Oklah x mo mengarut...pada staf jknm yang berjaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang berharap teruskan kecemerlangan anda. tingkatkan prestasi dan bekerjalah dengan ikhlas insyallah rezeki yang kita dapat pun berkat dan percayalah bila kita seronok bekerja sampai cuti pun rasa nak kerja. Harap2 aku akan rasa seronok-ronok le

Nama saya Aqill Elmandz

Image
Nama saya aqill elmandz sometime they call me budak sihat, baby gemuk or si hitam manis masa lahir berat saya 3.3kg but now dah naik 5.3kg.. Saya kerap sedu .... kakak dan abg saya selalu letak kertas atas dahi saya bila saya sedu....dah rupe saya jadi anak elingg... Saya juga suka hisap jari ...kalau boleh semua jari saya nak masuk dalam mulut...pastu bila mummy saya nampak...dia terus pukul tangan saya..Aduhhh...sakit laa.. Saya juga kerap termenung....tapi bukan tenung masa depan cuma geram tengok kakak abang tergolek, terlipat , tergelak bermain depan mata saya...apa yang mampu saya buat hanya duk diam dalam bouncing net just tengok bodohh jer..aduh bila la saya nak besar.. yERHhhhh tidur itu satu nikmat.  saya juga kuat tido...suka tido...tapi malam je saya berjaga...time tu cian pada mummy saya..nak bagi saya tidur dan dia sekali boleh tido , dia dodoi saya, dukung saya round satu rumah , baca2 ayat al-quran rasanya kalau dia hafal al-quran mahu 2/3 kali k

Lepak Jusco

Image
Ermmm lazatt..memang lazat.. Okey bukan menu ni yang aku beria nak story morry lam ni....but more to hang out with opismate yang rasanya dah lama bebenor aku x lepak dan makan2 ngan mereka. Maklumlah mak kan dalam confinement, 3 months  lagi tu dah gov nak bagi cuti  apa lagi mak kaut lerrrr. Diam x diam dah masuk 2 bulan aku cuti bersalin, so bila dah lama cuti kepala ni rasa macam dah berkulat asyik duk memerap dalam rumah, aku x tahulah macam mana orang boleh kata seronok ronok dapat cuti 3 bulan. Serius aku memang blank okey, baru 3 minggu dalam rumah rasa macam kapal karam jiwa raga masa tu berdetik macam manalah manusia yang menjawat jawatan pembantu rumah tu kan, tu yang ada kes lari dari majikan, kes iron diri sendiri ha tu kess dah stress sangat la tu..sikit lagi aku pun macam tu mahu sabun axion aku telan dengan bekas-bekas. Sebab tulah walaupun aku berpantang macam x berpantang...ada je kerja aku buat..baru 7 hari aku dah gatal menyapu rumah dengan berstokin sekali mama me

Runner oh runner

Boleh atau tidak kalau orang dah amanahkan sesuatu pada ko , cubalah laksanakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan nak main-main dengan pak anif, tak pasal-pasal satu puspakom , satu melaka blacklist nama ko, sapa yang salah? sapa yang x bertanggungjawap? atau masih nak cari salah orang. Semalam ada citer pasal runner bab* bawak doc ke puspakom untuk inspection tapi x sampai ke tangan pak anif  tunggu-tunggu , call-call x angkat , apa lagi pak anif serang rumah si runner mangkuk boleh plak mangkuk ni keluar berparang-parang dan x pasal-pasal sampai kes polis.Kononnya tuduh pak anif dah pecahkan pagar dia , lampu kereta dia , jerit2 rumah dia masalahnya yang ko kat dalam apasal bagang x keluar2 pandai plak ko nak malu kat jejiran ko dan pandai plak ko nak prihatin sangat kat pagar dan kereta ko kalau x buat macam tu ada ko nak buka pintu? x adakan? sebab ko rasa dah angin dalam rumah tu tgk harta benda ko dah jahanam pastu boleh ko naik hangin....kan bagus dari awal ko keluar x la jadiny

Benarkah buatan Halus..

Sukar mahu percaya tapi hakikatnya kena juga percaya. Aku sendiri x pasti adakah kami ni sekarang dalam situasi bagaimana. Pak Anif batuk x baik2, sampai keluar darah, badan sakit, dan lemah2. Aku pun pelik juga.... Jika sebelum ni aku ada cerita hint2 atas apa berlaku pada pak anif dan perniagaan basnya yang dah 4 bulan masih belum settle. X sudah2 dengan masalah, permit bas, plan bas, jpj, puspakom dan yang terkini runner inspection bus bawa lari duit tapi keputusan inspection x di berinya. Pak Anif pula bijak sangat, plan bas tak buat copy nak jadi cerita semalam satu hari bad mood sampai chalif di hentamnya. Aku x salahkan dia tertekan begitu, 4 nak masuk 5 bulan perniagaan tak gerak, sapa boleh tahan dan anak2 nak makan, kete, rumah nak kena bayar.  Hari-hari dia mengeluh tapi diri ni selalu mengigatkan bahawa kuasa allah , rezeki allah kita x tahu..dia maha pemberi dan  maha pengampun. Ya allah , aku bersyukur sangat walaupun rezeki bas x melimpah tapi alhamdulilah rezeki bisnes