Benarkah buatan Halus..

Sukar mahu percaya tapi hakikatnya kena juga percaya. Aku sendiri x pasti adakah kami ni sekarang dalam situasi bagaimana. Pak Anif batuk x baik2, sampai keluar darah, badan sakit, dan lemah2. Aku pun pelik juga.... Jika sebelum ni aku ada cerita hint2 atas apa berlaku pada pak anif dan perniagaan basnya yang dah 4 bulan masih belum settle. X sudah2 dengan masalah, permit bas, plan bas, jpj, puspakom dan yang terkini runner inspection bus bawa lari duit tapi keputusan inspection x di berinya. Pak Anif pula bijak sangat, plan bas tak buat copy nak jadi cerita semalam satu hari bad mood sampai chalif di hentamnya.

Aku x salahkan dia tertekan begitu, 4 nak masuk 5 bulan perniagaan tak gerak, sapa boleh tahan dan anak2 nak makan, kete, rumah nak kena bayar.  Hari-hari dia mengeluh tapi diri ni selalu mengigatkan bahawa kuasa allah , rezeki allah kita x tahu..dia maha pemberi dan  maha pengampun. Ya allah , aku bersyukur sangat walaupun rezeki bas x melimpah tapi alhamdulilah rezeki bisness kecik2 aku ni dapat membantu sikit2 bayar expenses dan utilities walaupun x boleh sangat bermewah. Rezeki makan pun x kurang kami masih boleh makan KFC , pizza walaupun x semegah mana makanan2 ni tapi bagi aku anak2 minta dan aku dapat adakan sudah cukup aku bersyukur. Mama pula since aku bersalin temankan aku di rumah , uruskan chalif, mama banyak membantu kami walaupun dia x tahu sangat masalah ni tapi aku dapat rasa dia dah mula tahu yang menantunya dalam kesusahan. thanks ma.

Semalam, selepas balik dari pasar malam aku dah tgk pak anif bad mood sangat, muka dia serius dan sepatah kata pun x keluar dari mulutnya. Kebetulan chalif mandi, dua beradik tu kalau dah mandi memang huru hara, kebetulan magrib mama dah nasihatkan chalif suruh cepat mandi tapi lagi cakap lagi kuat mereka terpekik2 , tah macam mana aku dengar dari bilik pak anif dah memekik dan bantai chalif dengan rotan bertubi2..hati aku? luruhhh, sedih sangat...sebab aku tahu kalau pak anif dah start pukul memang berbirat tubuh chalif. Menangislah chalif sekuat hati, aku dibilik kaku melayan aqill dan x mahu campur sekiranya pak anif sedang mengajar anak2nya. Chalif datang memeluk aku tersedu2 dua beradik tu menagis sambil tunjukkan kesan rotan di peha masing2, aku pujuk dan ambil minyak gamat dan sapu dalam pada itu aku nasihatkan chalif supaya jgn buat daddy marah, mandi jgn lama2 dan magrib jangan jerit2.

Lepas pak anif pukul anak2nya...terus dia keluar ...yupp..aku tahu dia stress sebab runner "BAB*" tu x pickup fhone...dan maybe pak anif dah mula rasa dia sudah tertipu.

Rupanya dia telah pergi rumah runner tu dengan sepupunya tapi rumah x ada orang..ermmm Lari la tu.

Today, pepagi pak anif dah keluar ke puspakom....before pergi dia uruskan chalif mandi dan mama siapkan bereakfast. Walaupun hakikat aku berdiam sepanjang malam itu tidak bermakna aku BOLEH DUDUK DIAM....tepat pukul 9am aku call puspakom melaka dan tanya kan status inspection bas kami. Aku dah set mind...before pak anif sampai aku kena call cari info samada betul ke tidak bas tu dah lepas inspection..alhamdulilah walaupun bantuan aku ni x seberapa tapi dapat juga information bagi membantu pak anif dapatkan keputusan dan plan bas. Sedang aku bercakap dengan MAYA " kerani puspakom yang membantu berikan maklumat, pak anif call. Aku angkat je call terus aku cakap " Daddy, inspection dah lepas...pergi kaunter dan cari petugas nama maya, mummy dah cerita pada dia ". Terus pak anif letak tepon dan dia pun x cakap apa yang dia nak cakap dengan aku.  Pastu pak anif call lagi dan katakan result dah lulus tapi keputusan dah ambil oleh runner bab*. aDUHH...dugaan lagi once kalau runner dah ambil maknanya segala doc penting ditangan dia. Aku tak tahu kenapa dia nak sangat pegang lama plan ...macam ciall lahh..kalau jumpa runner ni mmg aku lempang jer. Konon cerita bini polis, kesian lah ko bini dapat laki penipu.

Tapi, perjalanan bas tu masih belum habis, lepas puspakom , pak anif kena plak angkut owner permit ke JPJ untuk sain depan petugas JPJ dan berdepan plak dengan SPAD urusan daftar permit baru ,sediakan duit untuk insurance baru , pastu jpj untuk buat rotek...so ada 4 step untuk berakhir segala onak duri, badai laut, yang telah banyak kami tempuh. Aku x tahu apa pula yang akan pak anif tempoh tapi aku harap sudah-sudahlah segala beban yang dipikul, dugaan allah ini sungguh menyabarkan aku dan buatkan aku tabah dan bermusabahah diri.

Kadang-kadang terpikir, perlu ke aku percaya yang semua ni perbuatan halus...macam mana aku nak tahu sama ada ini semua perbuatannya , dan kalau betul bagaimana mahu menghalaunya...

Ya allah .....ko lancarkan perjalanan kami anak beranak dan permudahkan rezeki kami jauhi kami dari perkara yang mungkar,sihir  manusia yang mungkar dan syaitan yang menyesatkan serta ko dekatkanlah hati kami, sucikan hatiku hanya untuk mu ya allah.


p/s: hanya allah sahaja tahu apa yang aku rasa..apa yg aku rasa dan tanggung x sama dengan apa yang aku tulis kerana apa yang ditulis hanya perkara yang biasa tapi tidak pada hakikat sebenar yg aku tanggung.

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia