Posts

Showing posts from August, 2011

Berlabuhnya Ramadhan 2011

Selamat tinggal Ramadhan 2011....pejam celik pejam celik hari ini last semua berpuasa. Alhamdulilah, aku lalui ramadhan dalam mengandung  tanpa apa-apa masalah yang kronik cuma darah aku agak tidak stabil dan mengalami anemia yang boleh buat aku tetiba nak muntah, nak pitam dan lemah badan. Tahun ni walaupun aku x datang period tapi puasa aku x boleh nak cukup-cukup gak tapi x lah sampai 10 hari ronggak kan mak buyung masih okey lagi cuma kalau dah doctor bagi ayat power " Anything happen to ur baby ask urself " ...ohHhh terpanan okey sampai ke jantung. PAK aNIF plak yang risau tengok aku kehulu kehilir , mengemas segala bagai dan x reti duduk diam ada je projek aku nak buat bila cuti atau mc. Cuma yang agak berbeza pada mengandung kali ni, aku agak tidak mengada-gada dan manja berlebih-lebih, mana tidaknya sepanjang berpuasa kali ini aku lebih rajin memasak dari hari-hari biasa aku x beranak. Kalau x berbuka umah mak aku lebih selesa berbuka dengan lauk pauk sendiri di rumah

Pose-21

Image
Haaaaaa...kali ni kami buka luar bukan kat Hotel,Resort or Restoran tapi kat Mydin Ayer Keroh jerr... Asal buka sana...sebab mak buyung teringin makan nasi beraini...dapat gak makan nasi beraini mamak, memang sedap dan terbeakk, aku ni x ada yang best tolak kayu batu jer..asal boleh telan aku telan. Dalam nak tunggu berbuka, di pentas mydin ada jemputan artis dari kumpulan nasyid yang agak suam2 terkenal. So x semena-mena dia menjemput tetamu naik ke pentas untuk jawap beberapa soalan. Dalam aku desak2 cacha suh naik pentas sekali bukan cha yang naik tapi anak jantan pemalu aku yang naik...muka aku terus blur giler setahu aku anak jantan aku tu pemalu punya umat, mana x slumber ko naik pentas nak rupenya si kumpulan nasyid tu pi umpan power rengers...haaaa trus muka slumber ko je kan nak naik pentas.. Sekali amik ko dah poyo2 naik atas ko jawap soalan pun banyak membohong yang... Nama sapa : Alifff ( tu betul laa kan ) Umur berapa : 6 thn ( sihskk masuk 5 tahun pun belum nak oi.

Pose-20

Image
Gath pose with Acu and luvly cousins... This year kami berbuka kat Restoran Aden Warisan Putra , Seremban. Happening gegiler, faham2 jolah sepupu x ramai tapi kecoh satu alam...selain cousin , yang join mama, acu, syukri, napi, anak2 buah dan isteri2 memasing serta pak suami tercinta . Even hanya suku je yang join tapi dah cukup buat kecoh satu restoran. Tang makanan memang sedap dan terbaek, x menyesal la makan kat sini sebab memacam ada dengan harga yang amat2 berpatutan just rm33 adult and rm18 for kids. aKU, SYUKRI DAN NAPI buat collections bersama untuk gath berbuka. After berbuka kita orang terus jejalan kat bazar ramadhan popular di seremban iaitu Ampangan..Memang ramai giler orang kat pasar tu tapi x sempat aku nak round habis sebab keadaan aku yang tidak mengizinkan. Jom rasa macam x eti nak ngomel apa...aku thru gamo je laaaa.... SeLamat Hari Rayerr.... next year kita buat lagi....hope lagi ramai sepupu join.....

Happy Anniverary 7th

Today genab pose yang ke 22 secara x langsung genablah 7thn ulangtahun perkahwinan aku bersama yang tercinta merangkap partner tido , gaduh dan gurau iaitu Pak Anif yang ku cintai...( cehh wahh ). Diam x diam kejup je masa berlalu , kejup je chalif dah bear , kejup je aku dah nak tambah anak no-3 , pastu kejup je aku dah tua...ops..itu x mo..aku nak maintain muda sentiasa. aNNIVERSARY kali ni x la aku sambut macam orang-orang lain siap bunga, kek ,candle light dinner segala bagai just wish-wish jer...itu pun aku lajak terlupa nasib bufday BFF aku si dilla awal sehari dari tarikh wedding kami. Lagi pun since 2 month ni memang idup aku laki bini agak kelam kabut sikit gara-gara perlbagai masalah but alhamdulilah berkat kesabaran sikit-sikit kami atasi walaupun pelbagai pahit yang perlu tempuh. Apa nak buat mana idup x ada masalah, bagi aku semua tu dugaan allah swt dan aku yakini ada hikmah disebaliknya. Bila dah tempuh pelbagai dugaan allah ni barulah tahu setiap dugaan tu ada sebab da

Ramadhan Ku

Yerhh...agak lama aku menyepi ..ceh padahal selalu menyepi hakikatnya banyak perkara yang berlaku tapi malas rasanya nak update. Boleh ? Okey jer untuk aku but tidak pada blogger2 lain yang tegar dan ligat untuk update.  Okey...dah 19 hari berpose, rasa kejup jer pejam celik pejam celik lagi seminggu nak raya pastu lagi seminggu juga aku nak beranak, itu pun kalau sempat tah tah sebelum raya oh tidak melepas nak makan lauk fov like soto, rendang dan lontong...OMG, bab makan mak sanggup x berpantang okey....walaupun lepas makan yang mengarunya aku dan yang bentan juga adalah aku...kuikuikui Sepanjang ramadhan yang mulia ni, aku as mak buyung x berapa nak active tapi sempat la juga sopink beli baju chalif, jejalan ke bazar ramadhan dan paling sedih sampai la ni aku masih x beli baju raya. Sedih okey...selalu time macam ni dah bersusun baju anak beranak untuk di gosok dan di dry cleaning segala bagai tapi tahun ni satu haram mak x buat , baju jalan chalif pun aku x basuh-basuh lagi rele

Aku diZzy

Image
Hari ni rasa badan x sihat sangat...Pepagi bangun dari sahur dah rasa x sedap badan tapi gagahlah juga bangun masak sahur untuk little princess ku tercinta. Alhamdulilah cha berjaya pose dari hari pertama, mula tu agak lemau-lemau juga tapi masuk hari 3 dia dah boleh biasakan diri cuma aliff jer aku cuba lajak-lajakkan sampai pukul 1pm. Sambung citer aku x sihat... nak kata semalam aku buat kerja berat aku banyak tidur je sepanjang hari, just petang je aku ke pasar ramadhan cari kuih TAKO kat Pantai Peringgit pastu terus gi umah mak. Nak kata menu berbuka beri kesan sampingan...aku rasa x ada sebab aku x makan pelik-pelik just makan ayam rempah dan sayur masakan mak. Ishkk...entahlah...malam tadi pun sepanjang malam aku x leh nak tidur. So, bila jam dah berbunyi , aku agak segar la bangun sebab tidur ala-ala tidur ayam. Selalu lepas sahur aku memang x reti nak tidur, buatlah aku kerja-kerja rumah yang x settle sementara tunggu azan subuh dan lipat baju yang x lipat. Pak Anif dah pera

Berkat Ramadhan

Alhamdulilah...diam x diam dah 5 hari kita berpose, begitulah juga aku si buyung yang madang x larat je. Pak Anif dah naik lemah dan risau tengok aku berjalan dah macam ketam patah kaki, rasanya ketam jalan lagi tertib la gak dari aku ni. Setiap mata yang memandang semua mengeluh dan bertanya bila aku nak deliver. Ishk gila apa..aku due bulan 9 , sempat okey makan rendan, lontong dan soto.... Since ramadhan , aku x lah terlalu mengalami alahan yang teruk but 2 /3 hari sudah aku hampir-hampir nak demam selsama tapi cuba melawan dan syukur sebab masuk hari ni dah susut sikit. Partner suh aku MC jer...tapi bila pikir-pikir balik, kenapa perlu menjadi alasan mengandung untuk aku kerap MC...aku kena kuat dan malah aku kesian lah plak tengok teman-teman pengurusan ambil alih tugas mak buyung semua x senang duduk. Ramai kata tugas aku ni mudah....yerp memang mudah okey..tapi korang boleh ke bagi komitmen untuk mengadap kerja ni tanpa bangun, tanpa sosial malah tidur kejup pun x boleh. Cuba k