Berlabuhnya Ramadhan 2011

Selamat tinggal Ramadhan 2011....pejam celik pejam celik hari ini last semua berpuasa. Alhamdulilah, aku lalui ramadhan dalam mengandung  tanpa apa-apa masalah yang kronik cuma darah aku agak tidak stabil dan mengalami anemia yang boleh buat aku tetiba nak muntah, nak pitam dan lemah badan. Tahun ni walaupun aku x datang period tapi puasa aku x boleh nak cukup-cukup gak tapi x lah sampai 10 hari ronggak kan mak buyung masih okey lagi cuma kalau dah doctor bagi ayat power " Anything happen to ur baby ask urself " ...ohHhh terpanan okey sampai ke jantung. PAK aNIF plak yang risau tengok aku kehulu kehilir , mengemas segala bagai dan x reti duduk diam ada je projek aku nak buat bila cuti atau mc. Cuma yang agak berbeza pada mengandung kali ni, aku agak tidak mengada-gada dan manja berlebih-lebih, mana tidaknya sepanjang berpuasa kali ini aku lebih rajin memasak dari hari-hari biasa aku x beranak. Kalau x berbuka umah mak aku lebih selesa berbuka dengan lauk pauk sendiri di rumah je malah waktu sahur pun aku hentam masak. Lagi pun tahun ni buat julung-julung kalinya princess ku berpuasa, so nak x nak aku kena paksa diri untuk masak dan sediakan hidangan sahur untuknya agar dia tidak pengsan atau lembek pada siangnya.

Cha berpuasa penuh....
sekiranya petang ni selamat dia berbuka, dengan jayanya cha berpuasa penuh untuk ramadhan 2011 ini. Cha x pernah practise untuk berpuasa separuh hari tetapi start 6 tahun terus pose mcm biasa tanpa merenggek segala....cuma 1st pose je dia melepek pastu lembek semacam but masuk hari 3 dan seterusnya dia mula okey. Sejuk perut melahirkannya, dari belajar sampailah ke puase senang je perjalanan aku dalam mendidik dia. Aku x pernah paksa apa yang dia x suka buat tapi alhamdulilah jika aku nasihat senang je dia nak terima nasihat aku harap sampai ke besarlah perangai dan sikapnya tu. Aku bukan nak puji anak sendiri tapi hakikatnya begitulah dia, mudah beralah dengan aliff , kakak yang bertanggungjawap dan paling penting cha anak yang sangat sensetif , sikapnya itu buat aku perlu peka apa yang dia x suka dan apa yang dia suka. Aku pernah cakap pada pak anif, janga paksa dia benda yang dia x suka dan aku nak dia yang buat keputusan untuk diri dia sendiri. Cuma kadang-kadang tu blank juga aku laki bini bila dia dah mula naik angin, lagi-lagi kalau dia sedang bergaduh dengan aliff tu yang buat blur jup, tapi selalunya kalau mereka bergaduh aku x sebelahi sesiapa just dengar dan lihat, agak2 dah x boleh selamat ambil rotan dua-dua aku sebat. Apa pun merekalah kesayanganku dan hartaku  dunia akhirat.

Aliff di ramadhan 2011...
Lain pada aliff...walaupun dia x berpuasa tetapi dia juga peneman bagi kami yang berpuasa. Aliff ada satu perangai pelik di bulan puasa, iaitu suka BERSAHUR. Even dia x pose tapi dia jarang sangat x bangun sahur, pastu makan dia di waktu sahur mengalahkan cacha yang berpose. Apa yang kami makan itulah dia telan tapi comfirm dia yang lebih tapi bila pukul 11pagi dia dah kelam kabut cari makanan dan bermulalah episod drama " abg x larat la, nak pengsan lah.... dan pelbagai lagi "sampailah dibuatkan susu barulah diam. Gitulah aliff di bulan ramadhan, sahur macam berpose kalau berbuka makan mengalahkan cha yang berpose. Aku lihat since dia dah masuk umur 5 tahun pada 23.08 ari tu perangai dia jauh berbeza, jika dulu dia agak x banyak mulut dan pemalu tapi kini dia lebih banyak membebel dan mengomel, sampai naik pening aku nak layan. Ada sahaja perkara yang dia nak buat, dan ada ahaja benda yang dia nak buat, lagi-lagilah aku dah makin dekat nak bersalin ni dia macam tahu-tahu je aku akan lebihkan adik dia dari dia, mana tidaknya kalau dulu pantang sebut umah Nek Yang mesti dia nak meraung nak tido sana, tapi kini dia lebih selesa follow dan teman  aku, so pendek kata dialah bodyguard aku la ni. Pak Anif pun naik begang jugak..kalau cha ke rumah nek yang so jadinya katil aku ada penhuni baru di tengah antara aku dan pak anif....kelakar pun ada , bila bangun tengah-tengah malam...aku suka perhatikan mereka dua beranak, sebab gaya mereka tidur , merengkok sama jer...ermm nak katakan mana x tumpahya kuah kalau x ke nasi. heeheehehe...

Aku...
Sempena hari yang mulia di bulan yang mulia ....aku memohon 10 jari 10 kaki...minta maaf pada semua yang pernah aku terkata terkutuk dan lepas kata...aku tahulah aku ni bukannya sempurna sangat pun...aku manusia biasa seperti korang yang x lari dari buat dosa. Even aku ni agak nakal dan jahat tapi masih berpijak pada bumi yang nyata untuk kenal sapa diri aku. Aku x mahu mengaku aku baik nanti orang kata perasan baik..cuma aku nak orang kenal dan terima aku seadannya.....

dah ..x ada idea.. dahh...mak buyung blur..ingat nak citer bout pak anif ...tapi gamaknya.. mls laahh...

SeLaMaT HaRi rAYA

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia