Ramadhan Ku

Yerhh...agak lama aku menyepi ..ceh padahal selalu menyepi hakikatnya banyak perkara yang berlaku tapi malas rasanya nak update. Boleh ? Okey jer untuk aku but tidak pada blogger2 lain yang tegar dan ligat untuk update. 

Okey...dah 19 hari berpose, rasa kejup jer pejam celik pejam celik lagi seminggu nak raya pastu lagi seminggu juga aku nak beranak, itu pun kalau sempat tah tah sebelum raya oh tidak melepas nak makan lauk fov like soto, rendang dan lontong...OMG, bab makan mak sanggup x berpantang okey....walaupun lepas makan yang mengarunya aku dan yang bentan juga adalah aku...kuikuikui

Sepanjang ramadhan yang mulia ni, aku as mak buyung x berapa nak active tapi sempat la juga sopink beli baju chalif, jejalan ke bazar ramadhan dan paling sedih sampai la ni aku masih x beli baju raya. Sedih okey...selalu time macam ni dah bersusun baju anak beranak untuk di gosok dan di dry cleaning segala bagai tapi tahun ni satu haram mak x buat , baju jalan chalif pun aku x basuh-basuh lagi relex je aku biokan dalam plastik tak tau lah tah bila kala nak basuh maybe lepas raya kut atau tunggu mama datang tolong basuhkan...kuikuikui..sahur tadi aku and pak anif gerak gempur basuh langsir umah, sedia maklum dah 2 tahun mak x pernah basuh mahu pun turunkan langsir.

Bab makan  di bulan pose... x usah nak kata bab makan walaupun aku membuyung masak tetap masak cuma hujung minggu aku terjah umah MIL menikmati lauk masakannya. Tahun ni memang jarang makan luar atau beli juadah di bazar kalau pergi bazar pun aku just usha mertabak dan kuih-kuih yang rasa aku teringin nak makan tapi bila dah angkut chalif ke pasar harap maklumlah lagi-lagi si aliff semua benda dia nak mengalahkan orang berpose tapi alhamdulilah cacha yang puasa x pula aku nampak dia nak itu ini, just minta kuih karipap...asal ke bazar karipap..Bila dah tua-tua ni teringat zaman kanak2, asal  kepasar semua benda nak beli ikutkan nafsu tp lepas bebuka ko lauk yg dibeli x plak ko sentuh mana tidaknya asal berbuka yang di kejarnya air dulu....pastu tunggang gelen-gelen air dalam perut bila malam ke terawih rukuk nak terus sujud dan sujud terus x bangun-bangun. Citer pasal terawih teringat satu citer, oleh kerana pergi ngan mak tok ( arwah )  so, nak x nak aku kena follow dia ambil saf depan-depan sikit. Terawih pun bermula, kami semua mengadap tuhan dengan tawaduknya termasuklah aku kan...bila dah rukuk mesti nak bangun berhenti tomakninah dan sujud masa nak ke sujud tu tetiba makcik depan aku  kain dia boleh terlondeh , itu satu hal la kan yang buat aku nak tergelak nak matinya  makcik pakai seluar pendek batik okeyy pastu siap boleh tarik balik pastu pakai balik kain paling x menahan siap sambung sembahyang.....amik ko sepanjang nak tunggu tahayad akhir badan aku bergegar-gegar tahan gelak bila beri salam belah kanan  makcik belah aku leh pandang sipu-sipu salam belah kiri amik ko kena tunjal dengan dengan nenek aku terus pi halau aku sembahyang saf belakang. Adoi, aku x leh terima betul kejadian tu...nasib zaman tu x ada boxer kan. Itu citer kain terlondeh tak lagi citer bau kentut semerbak sepanjang sembahyang , kalau dah kentut comfirm batal sembahyang kan tapi yang hairan sampai abis terawih x ada orang yang keluar saf ...apa cer..mesti orang tu x mahu org lain tahu dia kentutlah tu....

Arhhh..ngantuk...aku yang tulis aku mengantuk...baby lam perut dah menendang-nendang..aku nak tulis satu post ni rasa dari pukul 8.30 sampai dah nak ke pukul 11.01am x abis2 entry lagi.

Hari ni aku berbuka luar ex-schoolmate aku ajak berbuka di Avillion, orang kalau dah nak belanja mak buyung memang x tolak....cuma tenga terpikir mampu ke aku menikmati juadah buffet yang pelbagai dengan kapasiti perut aku yang semakin kecil ni.....what ever mak buyung redah jer lagi pun orang nak belanjakan x akan nak menolak...leh gak lepak2 ngan member borak2. Lepas berbuka terus choW balik seremban sebab esok ada program berbuka dengan acu dan adik2 tercayang....

Fuhhhh..letih nak taip...so...now aku tunggu dan redha bila anak aku akan deliver...x ada apa yang aku minta agar dia selamat dilahirkan dan sihat tubuh badan. Paling utama semoga allah permudahkan perjalanan kelahirannya nanti.....insyallahh ..amin


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia