Medela Harmony Vs Pureen

Ehem....
kali ni aku nak citer sikit pasal susu menyusu. Maklumlah aku kan beranak kecil semua perkara aku nak bagi tahu, nak canang dan kongsi dalam blog aku ni...

Kelahiran ke-3 ini, macam biasa aku tetap memilih untuk menyusukan aqill sehingga 6 bulan secara exclusive kalau boleh nak sampai 2 tahun macam chalif. Tapi aku x mahu target sangat sebab kalau dulu aku x berkerja dan selalu berhenti2 kerja ( ops ) but now dah gov staff x kan sesuka nak stop2 kerja lagi.

Awal bersalin aku x beli pump susu sebab kalau boleh nak tunggu budget lebih nak beli pump lebih baik.
Tapi
Belum sempat 5/7 hari pantang aku dah kena bengkak tetek aka demam tetek yang agak teruk.
Aduh..tuhan je tahu bertapa deritanya aku memikul breast yang berat dah nak sama dengan buah kelapa.
Nak tunggu hari esok rasa macam bertahun.....sempat jugalah letak kubis bagi meredakan bisanya. 
tapi aWAS...pengunaan kubis untuk redakan sakit demam tetek tidak digalakkan sama sekali sebab sesetengah wanita akan mengalami kering susu kesan dari kubis tu so, bagi mengelakkan korang mengeluh x ada susu better pikirlah 44kali.
Then
Esoknya , aku paksa juga pak anif gi kedai beli pump, dengan budget yang agak suam-suam susu pak anif belikan aku PUREEN jer...walaupun murah tapi alhamdulilah breast macam aku ni pakai pump cap apa pun comfirm berlambak2 susu aku. Kata buah kelapa kan. Tapi dari segi functionya agak kurang selesa sikit sebab bila pump dia keluar bunyi yit yit yit....everytime pump dia berbunyi , lagi kuat ko pump lagi kerapla dia bunyi...so dari orang x tau ko perah susu orang boleh siap jengok ko nak tgk apa ko buat, x pasal2 leh jadi topic dan tanya apa rahsia susu banyak.....yerrrhh pernah berlaku pada aku masa di RnR Tapah. Nak jadi citer surau tu tempat lepak kaum ibu mendengar ceramah pasal breastmilk....penceramahnya comfirmlah Hakakkk.
Jadinya keluar surau dan sampai tempat parking siap ada kereta Hon Hon...sambil angkat tangan. So, agak2 laki ko x tercengang ke baik2 kuar surau bini ko popular mengalahkan fasha sandha padahal bini ko bagi TALK dalam surau tadi.

Sudah agak menyempang.....Pureen ni banyak berjasa dengan tuannya hampir 2 bulan....walaupun bunyinya agak bising,  tempat pumpnya mudah lose dan terbuka2 serta agak susah nak basuh kadang2 kalau 2 hari x rendam air panas dia dah bertahi lalat plak...maklumlah aku ni kalau dah pump lepas tu terus campak lam sinki pastu lupa nak basuh. Apa pun thanks pureen....

Now...

Aku dah beli Medela Harmony....alhamdulilah...successfull sangat..bunyi senyap, lembut, mudah basuh, ada 2 function pump dan paling penting 10 minit perahan dah dapat 4-5ml....sedar2 dah penuh botol.  Aku rasa x perlulah nak citer hebatnya medela ni kan seperti yang aku kata breast mcm aku ni pakai cap apa pun susu maintain banyak. Tapi yang pastu medela menjadi pilihan pertama bagi program penyusuan secara xclusive di hospital-hospital.




Ni 1st pump untuk perah susu simpanan buat si hitam manis ku AQILL
Function : 2 Star
Sucking: Sederhana jer but agak letih juga nak kumpul 5ml 
Sound : mula2 x ada sangat sound but masuk 2 bulan keluarkan bunyi agak kuat dan kurang selesa
but
Pureen amat berjasa untuk aku untuk kuat semangat buat stok susu untuk aqill
dia juga menyelamatkan aku dari bengkak susu...


Storage Milk hakak....

Pureen..jasa mu dikenang...dulu pakai bekas plastic kecik ..sekali perahan dapat 2 bekas kecik ni but not aku pakai botol Buble Bee


Now...medela jadi pilihan....

Anyway, x kisahlah apa jenis pump pun yang menjadi pilihan kita, now pelbagai jenama pump berada dipasaran. Eloklah kita lihat perbandingan dan kaedah pengunaan yang terbaik bagi penghasilan bekalan susu yang mencukupi untuk anak. Selain pump yang berkualiti, kita sebagai ibu perlulah berfikiran positif untuk cuba memperbanyakkan penghasilan susu kita. Sekiranya penghasilan susu dari badan kita kurang, kuatkan semangat dan cubalah cari jalan untuk menghasilkan susu yang banyak , now banyak cara dan kaedah yang boleh menjadi pilihan ibu2 dalam menghasilkan susu. Macam aku, mengamalkan minum dan makan air longan di rebus bersama halia , alhamdulilah penghasilan susu amat positif di samping pasang niat dari awal mengandung untuk cuba menyusukan anak. Orang kata menyusu bayi secara xclusive dapat mempercepatkan pengecutan rahim, badan yang cantik dan pejal, mengelakkan cancer, mengawal berat badan dan macam2 lagi.

Apa pun kekawan...sapa2 yang in preggy pasanglah niat untuk menyusukan anak dari awal. Trust me...u olls x rugi punya..yang penting JANGAN PUTUS ASA....

Either pureen or medela...dua2 adalah fungsi yang sama cuma jenama yang berbeza..pokok pangkal kita yang mengunakan dan ikutkan kemampuan. Jangan pandang pada jenama tapi pandang pada apa yang korang ada , ...x guna beli memahal tp hangat2 tahi ayam...pastu susu kering production kurang terus bungkus pump masuk almari.

chow!

Comments

YanaHime said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia