Runner oh runner

Boleh atau tidak kalau orang dah amanahkan sesuatu pada ko , cubalah laksanakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan nak main-main dengan pak anif, tak pasal-pasal satu puspakom , satu melaka blacklist nama ko, sapa yang salah? sapa yang x bertanggungjawap? atau masih nak cari salah orang.

Semalam ada citer pasal runner bab* bawak doc ke puspakom untuk inspection tapi x sampai ke tangan pak anif  tunggu-tunggu , call-call x angkat , apa lagi pak anif serang rumah si runner mangkuk boleh plak mangkuk ni keluar berparang-parang dan x pasal-pasal sampai kes polis.Kononnya tuduh pak anif dah pecahkan pagar dia , lampu kereta dia , jerit2 rumah dia masalahnya yang ko kat dalam apasal bagang x keluar2 pandai plak ko nak malu kat jejiran ko dan pandai plak ko nak prihatin sangat kat pagar dan kereta ko kalau x buat macam tu ada ko nak buka pintu? x adakan? sebab ko rasa dah angin dalam rumah tu tgk harta benda ko dah jahanam pastu boleh ko naik hangin....kan bagus dari awal ko keluar x la jadinya porak peranda rumah dan kereta ko. Ko jangan nak memain2 ngan pak anif dia kalau dah angin silap-silap rumah ko dah terbako semalam. Dia bukan nak apa pun cuma nak doc dia, duit dah bayar mahal plak ko charge tapi x kisahlah asalkan settle , masalahnya tugas tu pak anif bagi pada ko, serah doc pd ko, sepatutnya ko serahlah doc tu dengan selamatnya di tangan pak anif pada masa dan tarikh yang ditetapkan ini tidak dahlah kat puspakom x ada malah telefon pun off. Pastu boleh plak bikin storymorry segala bagai nak katakan ko pengsan lah, sakit lah cehhhhHhh..Nasib semalam ada sepupu dia yang cool downkan kalau tidak aku tak tahu la bini ko ke atau aku yang jadi janda...sengal

Cool punya cool baru memasing leh duk semeja.Rupanya nak jadi citer, dia dah serah doc tu pada member dia untuk di berikan pada pak anif.Asal ko x serah sendiri? Sakit katanya.... So, Mana member ko ? Nak jadi citer budak tu plak x dapat di kesan, amik ko satu melaka semalam gerakan cari budak ni. Tak cukup dengan tu, adik pak anif pi turun plak rumah runner ni petang tu dengan gengster besar melaka ( kononnya ) paksa runner ni bagi doc tu sebelum jam 6pm. Runner sudah kecut dah plak buat report polis  kali ke2 atas kena ugut, pak anif plak masa tu dah balik dan x sangka tindakan adik dia ni. Blur jup pak anif, sebab dia kalau boleh x mahu sampai bawak geng2 ni tapi apakan daya laki aku ni memang ramai orang respect dia..jangan kata gengster melaka sampai BFF dia semua nak turun kejekan runner ni. Sampai aku kena tempias " mummy hilang ....sampai lubang cacing orang2 daddy cari". Mampus mahu orang fitnah aku ada scandal dengan mana2 jantan mahu jantan yang x bersalah habis dipatah riuk badan.

Berbalik pada runner..bila dah jadi kes polis , kes segala bagai....malam tu budak yang pegang doc tu mai umah..Kebetulan pak anif x ada cari budak tu, dia plak mai rumah nak jadi cerita aku dalam takut-takut buka pintu la gak. Mula risau gak, mana tau dia nak mengamuk tapi bila dia tanya mana pak anif dan siap minta tolong buka gate sebab hujan aku pun buka la gak. Masa tulah bermula segala cerita disebalik cerita yang bersangkut kejadian pagi tadi. Rupanya dia ditahan polis semasa OTW nak anta doc ke rumah aku kelmarin, so 24 hour dia di lokap dan dilarang on tepon. Yang x sedap cerita runner bab* boleh buat cerita bukan2 pada dia pasal pak anif , malas nak cerita segalanya dipendekkan cerita malam tu dalam hujan bagai nak rak dia cerita sampai jejiran sebelah terjengok2 tengok aku duk berborak dgn 2 mamat dalam hujan di beranda rumah. Gosipp...jup..actually kami tunggu pak anif OTW, so aku layan jo lah luahan duka nestapanyer. Sampai je Pak Anif aku serah je doc dan x mahu nak campur biolah pak anif yang selesaikan segala persoalan yang menjadikan huru hara hanya kerana doc bas yang amat penting bagi pak anif. 

Malam tu....berakhir sebuah cerita tapi tidak pada runner tu...dia masih tidak berpuashati dengan pak anif. Sapa suh ko buat taik...ko nak tuduh plak laki aku musnahkan kerjayanya dan lubuk rezekinya di puspakom tu..ada aku kesahhh..yang ko x bertanggungjawap pada kerja ko tu apake hal, yang pi suh orang lain serah doc tu apa ke hal!...Moral of the story....buat kerja bio sampai habis jangan sekerat jalan...duit bukan x bagi...keje belum habis pak anif dah habis bayar! Lagi satu...lain kali ON HP tu...pastu jangan ko nak buat cerita sedih ko sampai kata pengsan la, x sihat la, anak sakit la....rupanya BOHONG!.....now tembelang ko dah pecah...tu ko punya pasal..Apa pun sorry la yerk...side mirror ko pecah, pintu rumah ko berlobang dan gate ko senget...eeheheehhehehehe.....kesian la plak..


P/S:....macam gengster pak anif...nie..


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia