Bila teingat...mula rasa tersentuh

Sejak dua menjak ni, rasa touching terlebey plak..
Kerr sejak balik umrah ni??

Hari ni shift malam, macam biasa siang hari ada je pekerjaan aku...banyak urusan FO...
Nasib urusan rumah ada pembantu membantu...tapi next month dah nak cuti 2 bulan ...oklah tu lama sangat aku berlemak tak buat kerja rumah..rindu rasa nak membasuh, mengosok dan melakukan aktiviti yang pernah aku buat dalam rumah ni...lagi pun dia tak pernah balik kampung since kerja kat rumah ni.

Lepas zohor siap-siap nak ke Mydin , banyak barang dah habis, so pak anip dah ajak beli barang gagah lah gak diri ni meneman walaupun rasa letih hari ini.

Lepas usai sudah membeli dan membayar, aku singgah beli air bubble , tengah nak tunggu air siap aku melayan PM bff aku masa skool...dia tanya product tabita dan langsung beli pastu settle bab tabita citer plak bab nenek dia meninggal dan memang touching la juga baca cerita dia, yelahh bila kehilangan orang yang kita sayang rasa sedih tu bukan 2 3 hari nak hilang seminggu pun belum tentu. Pastu touch pula citer arwah olin....ya ampun lagila aku touch , kebetulan member aku ni pun memang kenal olin pastu open cerita dia dapat gambar tragedi accident olin ...dari member dia yang kebetulan baru balik dari kerja dan ada ditempat kejadian. Masa tu aku dah sebak sebab aku sendiri dah pernah tengok dan terima gambar2 tu. Tapi yang aku sedih sekali, dia cerita makanan yang olin bawa dalam bakul motor bertaburan atas jalan...ya allahh masa tu memang aku sedihhhh sangat, mulalah bertakung jer airmata ni tapi masa tu belum nak jatuh ke pipi lahh.. so aku relex, aku cuba tak mahu baca lagi..dan dapat air aku pun jalan macam biasa , otw ke carpark pak nip cerita apa pun aku dah tak focus..yang aku tau aku dah sok sek sok sek asal airmata mengalir slow-slow aku tarik hujung tudung dan lap supaya pak anip tak nampak. Sampai kereta pak anip cerita lagi, tah apa dia cerita aku aha kan je lah...sampai satu tahap dia pelik agaknya aku tak respon cerita dia...dia jeling tepi tengok muka aku dia pandang balik tarik muka aku bagi pandang muka dia...so dia mulalah tanya soalan bertubi-tubi.

napa ni
napa ni
napa ni

terus dia rampas phone aku, dan check apa yang buat aku nagis...
masa tu aku diam je...dia tanya lagi aku jawap tak ada apa.
pak anip tahu perangai aku, aku jarang nak nagis benda yang remeh temeh, aku memang jarang nak nagis melainkan perkara yang menyakitkan hati aku atau buat aku terkenang.

aku nak matikan air...aku tak mahu dia susah hati, aku tahu dia akan tanya sampai dia puashati dengan jawapan aku..bila aku sebut aku teringatkan Olin...pastu teruslah aku menagis sepuas-puas hatinya...

since olin pergi , aku mengelak untuk bercerita pasalnya
hati aku sakit untuk menahan tangis..
lagilaa kalau depan mama..
mama setiap hari akan kira sudah berapa hari anaknya pergi meninggalkan dia..
hari-hari pagi dan petang akan ziarah olin di pusara...sampai pusara olin umpama taman yang indah..
pernah aku otw nak balik melaka, aku singgah kubur masa tu mama di kubur dah nak hampir tengahari...aku pergi ziarah olin dan salam mama untuk pulang..masa tu aku dah masuk kereta masa nak pusing menuju jalan keluar aku toleh mama memegang tempat jirus bunga yang dijadikan untuk menyiram kubur anaknya dan nampak mama kesat peluh...ya allah masa tu memang sebak...rasa memang tak leh menahan sedih lagi, begitu bertuahnya olin kerana dia pergi sebelum mama, mama jaga pusaranya, mama indahkan kuburnya, hari-hari mama bacakan yasin untuknya dan aku dapat rasakan setiap ruang doa mama untuk olin... bertuahnya kamu olin tapi kenapa allah tak ambil aku?Kenapa mesti OLIN? ...lagi lama aku hidup dalam dunia ni lagi banyak dosa yang aku buat.

Pernah satu hari , tetiba aqill sebut pasal mak ngah dia..aqill siap cakap mak ngah ada la mummy...dia hiduplah.Mungkin olin kerap jengok aqill, sebab malam pemergiannya aqill adalah orang terakhir bercakap dengannya dan pagi sebelum olin ke tempat kerja sempat olin belikan basikal pertama buat aqill.Mama kata olin beria-ria nak belikan aqill basikal hari itu juga, rupanya dia tahu dia akan pergi untuk selama-lamanya.Ya allah air mata ni mengalir, dan bagaimana aku nak terangkan pada Aqill yang mak ngahnya sudah tiada. Pedih rasa hati ini menahan sebak. 


Sampai rumah , aku terus masuk bilik terus solat asar dan baring untuk cuba tidur...tapi mata tak dapat nak lelap...ya allah izinkan aku untuk lupa saat indah aku bersamanya buat seketika..aku rasa aku dah tak kuat nak tahan segalanya..sungguh-sungguh aku merinduinya ya allahhhh!!

Semoga adik akak tenang disana 
Semoga adik tidak terseksa kerana kesedihan akak
Akak akan cuba kuat dik...akak akan jaga mama untuk adik..akak sayang kamu sangat2..


alfatihah buat shazlinda sarmide 
@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia