Anak saya

Anak ku
Anak saya
Anak dak ila jer
Dah kenapa ko laaaa

Bila dah tajuk anak2 jadi cerita pun soal anak. Cuti sekolah ibu bapa seronok plan nak bawa anak holiday. Ermmmm tapi tidak pada anak2 pak anip.. Alahh cian..sedih je kan. Lagi2 pak anip dah warning among 2 years kalau leh no vacation for a while..uhukkk lagi la sedih anak2 beta. Acehhh padahal mak nyer yang sedih. 

Alhamdulillah, anak2 macam faham pekerjaan bapa mereka, memang jarang kami ditanya soalan cuti sekolah nak kemana2. Lagi pun kami baru pulang dari umrah, aura di Mekah dan Madinah tu masih ada lagi malah sakit pun ada yang tak baik2 lagi. Hari ni cha pula demam panas dan batuk2, ni yang buat hati ku susah. Kalau tak baik gak gamaknya aku tolak hospital je la. Kebetulan aliff dan aqill dah ke Shah Alam follow mama tok dan adik, tinggalkan cha dan aiqarl di rumah buat peneman dan penghibur.

Sebelum aliff ke shah alam aku dah siap2 pesan dengan mama guide dia baca sifir. Hari minggu kelmarin aku gasakkan aliff dengan sifir, sakit betul hati ni bila suh hafal sifir dia leh bantai main game pastu bila tanya relex je cakap dah hafal laahh. Aliff memang sangat over confident, tapi bila dah hadap sifir depan2 terus ke laut..7x5=35 aku pusing jer 5x7= jawapan kelaut...siap cakap "kata sifir 7 jer "menjawap ye, hulur tangan ZapPpp. Marah dah x boleh dah kang kata membebel so jawapnya zap zap...(kejam?) 

Tu cerita aliff, yang si aqill pula satu hal. Adoi tu kalah pelakon filem tamil,membebel tak tentu pasal pastu orang buat dia tak boleh tapi dia boleh buat orang dan siap hujah lagi napa tak boleh marah dia. Contoh: dia main mainan dia, ok dia ajak abang main sekali.. Main punya main gurau punya gurau dia pukul abang, abang relex so makna tak sakit kan, ok main lagi ok dia datang angin dia pukul abang, ok sakit abang pukul dia balik dia sakit pastu nagis terpekik terlolong, pastu ngadu padahal kejadian tu berlaku depan aku ni. Kebiasaannya aku akan tanya kenapa, dia pun cerita la dan yang pasti abang pukul aqill, aku tanya aqill ada pukul abang ke? Takkkk mana ada..abang menjawap pertahakan diri kata aqill pukul dulu. Pastu aku jawap " mumy nampak apa yang aqill buat pada abang, yang aqill pukul abang dah kenapa? Kata main sama2? 
Ok dia diam pastu tak puashati dia mesti nak jawap gak...relex je dia jawap "ehhhhh aqill kan adik ...abang tu dah tuaaaa tak yah laa nak pukul (maksud beralah) dengan aqill"
Aku jawap balik
"Abis kalau mumy pukul aqill" 
Sambil ngedeng buat muka manja jeling2 sikit....
"Mummy tak sayang aqill ke, aqill cayang mumy tau" aduhh lemah dado den...
Aqill ni agak unik sikit perangainya, dia tak ada rumah senyap sunyi rumah ni bila dia ada dlm rumah macam ada 20 orang. 

Aiqarl si abu lain plak perangainya, suka sangat main object berbentuk bulat. Nak dijadikan cerita bawang kat dapur habis dia buat tendang2 macam bola, pastu gol gol datang bibik baru habis solat tengok bawang kentang habis bersepah di lantai..ya aduhhhh aiqarlll!!!!!. Tadi bibik mengadu seharian aiqarl tak tidur habis dia buat kecah satu dapur. Di keluarkan segala tok nenek pinggan mangkuk cawan ( nasib aku pakai pinggan milamine je ). Tak cukup dengan tu dia kerjakan tempat letak barang kering dalam almari habis maggie2 dia gigit sampai hancur. Aku tengok aku pening. Acerna la aku nak hadap bibik cuti lama ni. Fuhhhh cool u can doit mummy!

Hujung bulan ni bibik cuti balik kampung. Sepatutnya balik bulan 6 tapi terpaksa diawalkan cutinya sebab ibunya sakit teruk di indon. Baiklah dia balik jumpa dan jaga mak dia sementara masih ada ni. Ikutkan pak anip nak hantar balik selepas dapat tahu maknya sakit tapi rupanya maid tak boleh balik tanpa report ke kedutaan dan banyak gak proses yang perlu di buat, silap2 dia tak boleh datang balik. 

Bersiap sedialah aku kembali
Ke tugas asalku...heheehehe x sabo plak rasanya. Rindu nak buat segala kerja dan rindu nak duduk rumah bersama anak dan suami tanpa orang lain. Rindu la sangat kan....actually banyak kerja aku buat dalam rumah ni kalau bibik ada cuma aku rasa nak fengsan kalau suruh hadap baju terutama melipat baju...oh tidakkk!!!!! Aku tak sukaaa!!!! Acerna ni..ada tak orang yang nak tolong aku lipat baju dan ada tak orang aku nak upah datang seminggu sekali hanya melipat dan mengosok baju ...tolonglah hubungi aku segera, serius niiiii!!!! 

Sila siuman sikit ila....
Ok abis jom Layan gamba anak kesayangan ku...





Kekuatan ku
Kasih sayang ku
Cinta hati ku & pak anip


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia