KEMBARA UMRAH - Selamat Tinggal Ya Rasulluallah

Hampir berakhir entry kembara umrah. Jem jugak kepala otak mak ni nak menaip. Rasa dah berpinar mata ni mengadap lappy lama sangat. So entry last ni hanya up guna hangphone je. Agak banyak alignment lari tu harap maklum up guna gadjet ni memang tak semenggah sangat.

Jom sambung....
Selepas solat di raudah aku terus balik hotel tapi tak lah terus sangatkan sempat gak lah aku membeli makanan bagai dan snap gambar lorong2 masjid menuju ke hotel. Sepanjang jalan tu memang banyak peniaga kecil yang menjual harga pun murah-murah. Disitu juga aku dapat beli buah zuriat yang dikirim oleh rakan sahabat. Esok nak balik so aku feeling sorang2 sambil jalan-jalan. Jangan risau madina is secure dan hotel pun tak jauh mana. 

Lorong menuju ke masjid ....ramai
Peniaga adalah wanita ...bila datang penguat kuasa toleh je belakang berdesup hilang...tah ilmu apa yerk mereka leh pikul semua segala dengan pantassss sekali...hahaahhaaha blur aku , memula lalu ramai peniaga sekali nampak penguatkuasa kejupan dorang dah hilang. Ilmu ghaib apa dorang ni...


Depan sikit tu dah hotel Mubarak Silver...jalan-jalan usha harga usha apa yang berkenan nak beli. Tapi kesian pada diri sendiri sebab memang aku bukan jenis membeli. Even jubah pun tak beli, tau2 mama dah beli 2 helai utk aku..hahahaa untung kan bawak mak..sayang mama...peniaga wanita disini sekali pandang dah macam wanita kelantan..mmg respect gila kegigihan mereka. 

Malamnya aku bersiar2 dengan pak anip dan aiqarl yang kedemaman..kesian dia..asyik terperap dalam bilik...masa ni aku set setiap 6jam utk waktu ubat..bila
Malam aku masukkan ubat bontot 125mg ...bila dah makan ubat memang tidur je la aiqarl...
 Kedai disini buka 24jam hanya tutup waktu solat..imigine laa bila solat je kedai dibiarkan terbuka ada yang tutup terus ada yang tutup pakai kain je..pastu mereka bekejar utk solat di Nabawi....speechless kan mereka sanggup bekejar untuk mendapat pahala 1000 setiap solat..barakallahhu..belakang kedai ni tempat aku borong 10 sejadah kecil2....murah dapat sehelai rm4.50 made in turkey .. Itu je pun ..yang lain kebanyakkan made in china....jubah also made in china jangan la terpedaya..klau nak ori arab memang kualiti dan agak mahal..mama belikan aku satu jubah buatan arab..kain memang berat dan terletak. Tapi aku tak taulah bila kala aku nak pakai..
Ni kedai kurma tapi tak beli pun sebab dah beli kat pasar dan di tempat2 ziarah ...lagi murah dan berbaloi...aku nasihatkan belilah apa2 yang berkenan  kalau singgah di tempat mana2 ziarah kerana mesti ada jualan disitu dan macam2 ada malah harga lagi murah. Baju budak sehelai boleh dapat sampai SR5...baju dewasa SR10...tapi aku x beli sebab aku memang tak reti nak beli kecuali orang kirim baru aku cari dan beli...

2.03.15

Kami naik flight kul 9pm, maka mutawif dah bagi tau jam 4pm dah kena naik bas lepas solat asar. Dengan tak semena2 , hari itu aku datang period. So tak sempatlah aku nak Salam Selamat Jalan ya rasulluallah ( wida ). Sama seperti wida di Mekah tapi di Madina tiada pantang larang seperti di MEkah. Patutlah aku dapat rasa semalam nak beri salam dan ucap selamat tinggal rupanya allah dah gerakkan hati ini terlebih dahulu untuk buat semua itu yang rupanya aku datang haid pada hari terakhir aku di Madina. Syukur sangat allah perkenankan doa insan berdosa ini... Dah lah aku makan unat period tak teratur , pastu dah lewat ambil ubat. Aku hanya amalkan surah " tabatyadaaa "dan tolak lidah atas lelangit dan niat supaya diri ini suci sepanjang di tanah haram malah setiap solat aku berdoa agar allah menyucikan diri ini sepanjang disitu.. Subhanallahh bersangkabaiklah dan berfikirbaiklah sentiasa....insyallahhh

Oleh kerana aku tak solat maka pak anip dan aliff bersolat di masjid dan sekali salam perpisahan pada nabi swt serta sabahat , aku kirimkan salam perpisahan pada pak anip dan semoga dengan izin allah aku kembali semula ke Madina satu hari nanti. Insyallahh

Kami bergerak ke airport Madina pukul 4pm perjalanan hanya 30 minit sahaja.. Sedih jer rasa nak meninggalkan kota madina yang tenang dan permai..semua orang ansar madina sangat2 baik
Dan berbudi bahasa...yaa itulah salah satu doa nabi dibumi madina ini..

Sampai sahaja airport, kami tak yah susah2 nak check in bagai..segalanya diuruskan oleh mutawif dan rakan2 andalusia. Cuma ada collection seorang rm15 untuk melancarkan urusan check in bag dan lain-lain. Okeylah ...tak
Lah kami memikul bag2 yang pergi ringan balik dah berat macam bawa balik batu. Hehehehheeh

Sampai sana kami diberi pack Nasi MAndi AYam dari Andalusia..wow best sangat...berasas nyer panjangggg...kami makan di tempat ruang menunggu.. Makanlah kami semua selepas solat magrib dijamak isyak...kira makan malam lah....Ada juga agent travel lain sekali flight dengan kami tapi mereka tak disediakan makanan macam Andalusia..Makanan kat airport boleh tahan mahal lah gak...oleh kerana packing nasi dia banyak aku sedekah-sedekahkan pada jemaah yang dari agent lain..

Nasi tanam ayam ...nampak
Kecik kan...tapi ayam dia 1/3 bahagian...besar...aku kongsi ngan pak anip..
 
Berselera pak anip makan nasi arab...
Memang besttt


Aliff merungut nasi banyak ayam besar....dun worry mummy ada makan kan....

Aqill orang yang paling susah nak makan sepanjang di sana..hidup dia hanya susu...bekalan susu mmg habis kerana dia....disuapkan nasi dia bantai muntah....pening gak aku ngan dia. Yang dia lalu cicah biskut julies dengan air teh....aptb

Ni gambar kenangan pak anip
Berusaha gigih dia nak snap bagi nampak semua nama...blur jup...

Pukul 8.45 dah naik bas menuju ke kapal...kenangan naik arab saudi ...sama je dengan MAS...cuma beza dia ada ruang solat..dan ruang dan kerusi dia agak besar dari MAS...ker perasaan aku je kut..entahlah..

Muka senyum
Nak balik tapi hati ni kata tak mahu balik...rasa tak puas bersujud di Masjidilharam dan Nabawi...insyallah aku akan kembali dengan izinnya..


Memula duduk depan dan belakang...
Lepas transit di mana tah Riyad kut, tempat kami berubah sebab ada ramai berubah2 tempat...salah tiketing la..dah tau ramai pergi suami isteri dan bawak anak , boleh dia bantai anak isteri suami semua terpisah...tapi nasib ketua pramugara itu cekap dia set kan seat kami sederet dan secara tak langsung aiqarl yang tak berseat ada seat...tapi!!!! Aiqarl nak dipangku plakkkkk uhaaaa sakit tangan nak pangku dia..Chalif terpisah tapi mereka duduk sebelah makcik dan papa...so tak susah lah hatini
 Keadaan dalam pesawat.... Biasa je macam MAS 
Tempat solat dalam kapal
Terbang...tak luas mana tapi bolehlah...

Sampai Malaysia jam 1pm...
Oleh kerana aiqarl demam , maka dia ditahan oleh Inspector Kesihatan ...mereka detect suhu aiqarl yang tak normal dari screen ...ahlamak... Maka terus di bawa ke pusat kuarantin tapi alhamdulillah tak sampai kena tolak hospital sebab aku ada cakap yang last aku bagi ubat bontot pada aiqarl dan mungkin after 6hour aiqarl panas balik...lepass sudahhh... Tapi hati ni gundah gulana..

Begitulah perjalanan umrah ku bersama family dan anak2...ada juga yang tanya apa tips nak bawa anak ke umrah...insyallahh aku akan up tips dan check list barang yang perlu bawa...berdoalah kerajinan aku tu ada...

Sampai MElaka ku indah pukul 4pm dan kami di sambut saudara mara yang mengadakan kenduri salam kembali di rumah mak..sedih pula tetiba sebab kami pulang dengan selamat dan terpahat rindu pada lambaian kaabah..Laibaikallahumalabait..laibaikalasyarikalakalabait....semoga aku dipanggil kesana lagi...sesungguhnya tiada insan atau hamba yang tiada keinginan mahu kerumahnya...semuaaa mahu kesana...semua mahu sujud lebih dekat dengannya..percayalah satu hari kalian akan dipanggil utk kerumahnya menjadi tetamunya dan yang pernah pergi pasti akan merindui untuk kesana....

Salam rendah diri dari aku yang berdosa...harap perkongsian cerita ku ini buatkan lebih kuat untuk korang jejakkan kaki kesana..percayalah kelainan itu tidak dapat digambarkan dan tak sama seperti bercuti di PARIS LANDON ATAU EUROPE....acehh macam aku pernah pergi tempat2 tu...aku ni insan biasa belum mampu untuk meneroka keindahan bumi allah swt utk ke sana, setiap ciptaannya ada terselit keindahannya...yang pasti Malaysia ada kelebihan, landon ada keunikan , paris ada Menara Eiffle nyer tapi tak sama nikmatnya kita di Kota MEkah dan Madina Al Munawarrah...

Thanks pada rakan2 dan buah fikiran yang aku kutip dari mereka seperti tips bawa anak...dan rujukkan dari blog-blog luar pun ada...dari merekalah aku susun satu2 plan dan keperluan. Jutaan terima kasih...

Rindu ku datang kembali.....


@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia