Kembara umrah - Tips & keperluan membawa anak kecil

Salam ukhwah...

Since  up entry perjalanan umrah ramai pula yang email , whataps dan pm tanyakan tips bawak anak ke tanah suci. Apa keperluan , peralatan, ubat-ubatan, berapa helai baju nak bawa, perlu bawa stroller ke, perlu bawa kettle ke dan paling advance nak bawa dapur mudah alih tak?

Aku ni pergi sana memang zero, memula blank gak rasa kusut tu pun ada sebab kita ni bawa anak banyak perkara perlu kita sediakan untuk mereka dari diri kita sendiri. Nak kata pengalaman sangat tu idok la sebab aku sendiri pun kutip pengalaman dari kekawan dan blogger-blogger. Bila dah kumpul dan senaraikan tips tu aku akan kemaskini balik perlu atau tidak, apa lagi barang tambahan, tengok sejarah sakit anak penyakit apa yang mereka kerap hidap hinggalah berapa helai baju yang perlu dibawa.  Dalam hal ni aku kena fikir sebarang kemungkinan yang akan berlaku, misalnya kalau dari Malaysia korang dah berangkut bagai hingga bag berat tapi cuba fikirkan semula keadaan kita bila pulang nanti, mesti kita akan bershopping dan beli souvenirs, barang perhiasan dan lain-lain. So pandai2lah kita susun antara keperluan dan kehendak. Ia untuk kesenangan aku dan pak anip yang kalau boleh tak mahu nak bebankan orang lain. 

Ini contoh list yang aku keep dalam hp, tu belum yang bertulis ye...yang bertulis dah habis lunyai aku kejekan.


Senarai barang anak2 
1. Drypants dripers 1 bungkus 36pax
( x cukup x pe kat arab ada jenama
Pampers )
2. Tuala kecil 5 helai 
3. Toiletries (bedak syampoo sabun losyen - beli travel pax je )
4. Minyak yuu yee 
5. Gendong bayi - ikat baby kat badan tu
6. Stokin - 3 set
7. Susu pax besar 1
8. Travel tepewere milk ( bekas letak susu yg 3 kali minum )
9. Flus air panas yg kecil (utk ziarah)

Lain2 note yang aku buat before pergi...kalau rasa nak follow pun boley...bab baju memang tak bawak byk sangat sebab before mandi aku akan basuh baju. Cuma bila di Madina,hari ke2 rasanya aku dah stop membasuh sebab baju yg ada cukup sampai balik. Kebetulan aku sibuk melayan aiqarl yang kedemaman..sabun basuh sila bawak dari Malaysia beli yg serbuk je sebab sabun sana ada yang kata tak berbuih..orang katalah mak tak kata ...jangan bawak liquid plok kang x lepas.

#my -aku
  Dy- pak anip
  Ayat dalam nk ayat fahaman aku sendiri..so korang cubalah buat2 faham dan kalau silap eje tu memang di sengajakan.
*Dalam list ni aku lupa nak letak 1bungkus tuala wanita..

Beg sandang adalah hand lagage yang boleh dibawa masuk atas flight dalam beg anak korang letak baju 1set, pampers 6 helai , susu travel dan tuala kecilair suam korang mintak pramugari je. Dalam beg tu juga letak ubat2an dan masa disana aku dah standby surat dari doktar jika kena tahan. Alhamdulilah semua lepas...


Ubat-ubatan ni, better korang tengok sejarah sakit anak2 ye..vitamin amat perlu ye. 
* bee - farmasi depan umah
*gh - farmasi hospital

Bab stroller, memula hari tu nak bawa last minit pak anip kata tak yah bawa sebab dia kata malas nak hand laguage banyak2. Padahal stroller ringan je kut dari beg2. Kalau dah bos cakap gitu mak follow je kang aku bekeras nak bawa mahu mak kena pikul letak atas kepala plok.

Sepanjang kat sana tak ramai sangat bawa stroller tapi kalau bawa okey je kut kebetulan aku pun stay x jauh dari tempat. Kalau yang stay jauh tu, better bawalah, bila sampai pintu masjid korang parking stroller di tepi pintu masuk, ramai jemaah letak situ. Tapi kalau tawaf bagai memang tak boleh bawa masuk kecuali korang gendong bayi korang. Kalau pergi ziarah pun memang tak berjalan sangat sebab bas stop betul2 di destinasi. Tapi stroller sangat perlu semasa anda keluar bershopping. Elok bawa stroller yang ringan dan mudah lipat. Bawa stroller besar dapak kang orang dah naik bas korang terkial nak melipat bagai dan nak pikir letak stroller kat mana. Aku memang kelam kabut  lagi2  orang semua dah masuk bas pastu semua tengok dari tingkap gelagat aku ...haaaaa mula la datang sesal sendiri. Macam pengalaman jerk.... Kata bini driver bas kannn aku tau lahhh...sebab aku pun gitu bila bawa stroller masa ikut pak anip pi trip. 
So, dalam masa itu untuk aku memang tak bertabah orangnya...hahahahha. So itu depends pada korang ye.

Bawa anak ke umrah ni, aku nasihatlah sikit ye...korang kena banyak bersabar, jangan jadikan anak satu beban bila tengok orang dah buat umrah korang tersekat tak leh nak buat umrah sebab tak ada sapa nak jaga anak2. Better bergilir2 lah suami isteri buat umrah ikut mutawif. Kalau bawah andalusia 3 kali umrah, insyallah 1 kali buat korang dah faham. Kebetulan aku adik ipar period pastu bibik pula , so merekalah yang jaga si kenet2 kami. Terima kasih pada dorang. Doalah pada allah insyaallah adalah jalannya. Kalau anak dah nak hint2 akan sakit better korang bagi ubat awal bagi langkah pencegahan. Kita ni di negara orang, cuaca tak sama masa pun tak sama. Kalau bab makan, rasa anak memilih makanan korang bolehlah bawa dari sini makanan anak2 korang. Macam aku, biskut julies tu memang ada je dalam beg sebab salah seorang anak ku tak pemakan dan anti nasi. Sampai sana nanti bila anak buat perangai akan timbul macam2 perasaan pada korang tapi aku nasihatkan sabar dan banyakkan berdoa. Allah maha pendengar ... Kalau orang duk cakap dorang buat ni buat tu solat ni solat tu korang janganlah rasa korang tak boleh buat apa yang mereka buat sebab ada anak2 , subhanallahh percayalah aku sembahyang kat masjidilharam dan nabawi bukan setiap hari tapi alhamdulilah aku dapat cium
Hakar aswad, solat dalam alhijr ismail, pegang dan cium rukun yamani , pegang kaabah berulang2 kali dan sembahyang di belakang maqom ibrahim hampir setiap kali turun. Percayalah, jika kita bersangka baik dengan allah dan sentiasa redha sabar dan berdoa kepadanya, insyaallah segalanya akan dipermudahkan. 

Anak itu amanah...jaga sebaiknya 




Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia