Berilah kesakitan itu pada ku



Tak ada ibu yang mahu melihat anaknya kesakitan, dengar bunyi cha batuk aku dah runsing. Dalam hati asyik bercakap "ya allah bila lah anak aku nak baik". Cha mula dengan batuk biasa terusan batuk yang agak kronik dan terus demam panas on/off. Cha tak macam adik2 dia yang lain, dia agak mudah dijangkiti sebab tulah aku sentiasa elert jika dah nampak hint2 yang dia akan sakit. Semalam dia mengadu bila batuk dia akan sakit pada ari-ari , sakit di bahagian abdomen wanita, ishkk dah kenapa sampai kesitu. Kerisauan sudah bermula. 

Semalam aku di rumah mama terpaksa balik sebab kena uruskan bibik di kedutaan. Keluar lepas subuh settle disana pukul 1pm. Keletihan tu jangan cakap allah je yang tahu, lagi2 pak anip baru je sampai pagi kelmarin dari hatyai, bas pula dua kali rosak on the way nak balik Melaka. Kesian suamiku, itu dugaan allah sebelum memberikan kita kesenangan sayang. (Set mind) 

Cha makin teruk bila sampai rumah mama, kesian mama duk jaga 4 cucunya tanpa adik. Lepas settle bibik balik umah mama tengok dia okey sikit tapi habis  ubat je dia starting fever balik. Lepas solat zohor terus shoot balik Melaka. Memula nak terus ke pantai hosp tapi tengok keadaan cha memang comfirm kena tahan ward. Bincang punya bincang   Kami set untuk ke klinik balik konon nak start antiboitik. Sampai klinik check2 terus doc suh tolak GH, bunyi pelik katanya di lung dan suggest amik nan. Tapi aku minta juga doc on antiboitik  berdasar pengalaman lepas2 dan history penyakit cha.



Klinik al-azim memang dah dekat sangat dengan GH, alang2 terus shoot je dalam magrib2 tu, otak dah x mampu nak fikir mana yang dekat je sekarang ni. Sampai A&e daftar terus tolak asmah section. Semua berjalan lancar doc bagi nab cair kahak dulu pastu terus 2nd nab. Pastu doc ambil darah alhamdulilahh keputusan normal cuma doc risau denggi. Doc  interview history sakit cha so ceritalah aku macam mak nenek kat situ. Doc tengok keadaan cha agak lemah better warded, aku fikir antiboitik yang baru ambil tadi, rasanya baik aku start cha antiboitik di rumah dulu bila tak okey baru aku datang balik. Ok doc setuju. Cuma bila batuk sakit di ari2, doc kata effection dari tekanan batuk yang cha alami. Teringat keadaan lepas lahirkan anak, bila batuk je terasa sampai bawah...gitulah kut cha rasa.

Tekanan untuk aku bila hadap anak sakit.  Usah ditanya cukup tidur tak, sempat makan ke. Tidur mmg tak lena anak merengek sakit , makan pun tak lalu sebab terlalu penat. 

Nasib la aku kerja shift, klau keje pagi, petang dah boleh hadap anak2.. kalau keje divided memang aku terpaksa cuti untuk uruskan anak dan hadap kengantukkan yang melampau2 ni. 

Bila tengok aku relex je macam tak ada masalah. Tapi realitinya tuhan je yang tahu bertapa stressnyer jiwa raga. Aku masih bergelak ketawa dikala hati ku duka. Sebolehnya aku sorok aku sorok perasaan ni tapi tangan aku memang tak boleh nak sorok utk up status di facebook ....grgrgrgrggrgrgrrg..teruk tangan ni...kecoh!

Now cha dalam progress antiboitik, harap2 esok dia makin sihat....cha minta nak duduk rumah nek yang...dia kalau demam suka nek yang dia urut2 dan dia mmg manja lebey dengan Mil atau ..mumy urut x sedap kut..apa je la anak...asal cepat baik...

My one and only princess
Nur ellycha...









Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia