12.0210 Cha Masuk Wad

Cha masuk pagi tadi, keadaan dia agak kritikal setelah 5 hari demam on/off since monday hari tu. Macam2 ubat aku try dari ubat FREE ( gov ) sampai ubat bayar still condition macam gitu gak. Bila da tengok keadaaan macam tu, mana ada hati nak senang bila dah seminggu tidur aku x lena , tersangguk2 duk jaga dia sepanjang malam, ini mata pun dah kelam semacam je kalau ada bantal mahu aku lena di ulit intan kat atas meja ni.
Cha disahkan imonia dan disyaki Denggi, ni tengah tunggu pengesahan hasil blood test kedua dari makmal HM if let say comfirm denggi..alamatnya habislah row rumah aku kena serang foging unit VEKTOR Melaka Tengah, paling kurang rumah aku di kurantin dan x pasal Inspektor Kesihatan mai rumah buat spot check kut2 mana tahu aku ni penternak nyamuk aedes yang berjaya yang menyebabkan cha jatuh sakit. Fuhhh nama je kakitangan Kesihatan tapi hampehhhh but ..insyallah line rumah clear...sebarang titik nyamuk atau tahi nyamuk pun x wujud kat rumah aku tapi x tahu la kalau neighbour2 aku lak..
So hari ni aku agak keletihan dan terkejar2 since pagi sampai laa ni. Kebetulan Pak Anif ada trip ke JB, so segala bagai hal aku settle sendiri. Nasib mama sampai malam tadi, so bebenan agak ringan sedikit dan boleh lah jugak sekarang ni aku kat opis duk sambung kerja manakala mama take over jaga cha sampai petang, untuk shift malam aku plak take over.
Ya allah, tolonglah aku...rasa badan ni x berdaya lagi....rasa mata ni dah x boleh nak buka lagi....Letihnya aku , tuhan saja yang tahu.. Nampaknya esok aku x dapat nak join Ekspedisi Gaya Hidup Sihat mendaki Gunung Datuk , Rembau, Negeri Sembilan. Mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa semua ini terjadi. Jika keadaan cha positif, aku cuba gagahkan diri ni untuk mendaki Gunung Datuk ...insyallahhh
p/s: doakan cha sihat....ya allah tabahkan hati ku ini....

Comments

jeli said…
Kak ila, sabr tau cian akak..be strong, my dear...

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia