14.02.10 Cha Keluar Hospital

Setelah 2 malam aku berkampung di Hospital Melaka, maka pulang laa aku ke rumah setelah cha dibenarkan pulang apabila doc melihat keadaan dia semakin positif. Hasil Blood test cha bebas dari H1NI...Mesti pelikkan..asal tetiba je H1N1 sedangkan pada awalnya suspect denggi. Aku dapat tahu yang cha akan di kurantinkan petang jumaat apabila doc mengesahkan cha ada simpton H1N1 dalam darah yang di ambil. Maka bagi langkah berjaga2 , cha terus di kurantinkan di ward E H1N1 sehingga keputusan darah seterusnya dan keadaan dia menunjukan yang dia bebas dari penyakit itu.
Berderu darah aku ketika tu, mana x nya if let say cha positif maka aku anak beranak sekali dengan pak anif kena kurantin, gilerr... tapi aku dapat rasakan cha bukan dijangkiti H1N1, korang faham2 je laa gov hospital ni, baru je tanda2 tapi dah macam comfirm kena. Tak pasal2 cha x boleh menerima visitor sepanjang di building h1n1, yang paling kesian pak anif, langsung x dapat jengok anak perempuannya kecuali aku dan mama selaku penjaga.
Dek kerana cha dah kena tolak buildding H1N1 , maka plan aku nak join daki gunung pun tergendala, sedih pun ada sebab aku mmg beria2 nak pergi daki gunung. Tapi apa nak buat, anak lebih dari segalanya, mungkin bukan rezeki aku nak join aktiviti tu.
Hari ke3 di ward, cha dah semakin aktif, tiada tanda demam, bersyukur aku ke hadrat ilahi cha semakin sihat, kalau x tuhan je yang tahu betapa risaunya aku setiap kali doc buat rounding takut2 kalau doc2 tu nak ambil darah lagi. Aku dah x sanggup tgk cha menjerit2 terpekik terlolong panggil " mummyy mummyyy..." jerit kesakitan. Gila, aku yang dah tua bangka ni baru kena inject perancang dah kebas bontot sehari semalam inikan anak aku yang kecik x tahu kebenda....Cha dah semakin fobia bila sebut hospital cepat2 makan ubat takut kena drip lagi. Satu je aku menyampah hospital melaka ni, once masuk je hospital comfirm kena pasang drip di tangan either x masuk ubat sekali pun. Kononnya nak standby, kalau tolak ward orang dalam ward tu x yah susah2 nak pasang drip lagi tp kalau anak aku x jadik tolak ward kiranya kena bukak balik laa drip tu....perhhh sungguh menderita.

Drip ..belah kanan untuk amik darah..belah kiri untuk masuk ubat/air

Layu jer dia....

Aktiviti cha di hospital memang bosan buat aku, orang dah besar otak dah pandai, so laptop aku dijadikan tempat cha nak lepas boring........konon aku ni bawak laptop nak buat assignment but homework kemana buku kemana asyik dia je conquer laptop duk main game je memanjang. So aku buat apa? apa lagi kalau x menguap, menjulur kaki kat katil sebelah , tarik bantal ...erkkkk ruhhhzZZZZZZZzZZZZ...tahu2 mummyy mummyy akak nak minum, nak makan, nak main game lain....paling blur..." mummy lain kali mummy pasang game lain lak ...game barbie tuuu " ..iskk bukan pasang cha..upload .... sungguh bosan aku bermalam2 di hospital, itu baru 2 malam belum 3/4 malam cukup 7 malam dengan2 aku2 duk terlantar kat katil sebelah. Elok2 ko negative h1n1 , mummy ko ni yang positive h1n1...sungguh trajis.
Aktiviti yang seronok bagi dia.&..bosan bagi aku....
After keluar ward, lega satu badan, balik rumah aku terbongkang lepas geram tido. Nasib mama dan adik aku ada tolong handle rumah dan anak2, kalau x sure aku pengsan x bangun2 dah. Ini kata nak daki gunung ni, pergi balik hospital dah cukup 3 kali aku naik gunung datuk tu...siap boleh lompat2 kat puncak dia, kalau ikut daya ketahanan diri aku ketika tu laa...kalau suruh daki sekarang, aku rasa aku laa peserta yang x sampai2 lagi kat atas gunung tu paling kurang " see u at hospital or ashaduallahhilaaa......." .
Apa pun cha memang comfirm phemonia...doc kata dia mudah dijangkiti penyakit, so aku disaran berhati2 apabila dia ada tanda2 batuk berpanjangan dan dia mudah demam yang melampau. Ini kerana paru2 dia amat sensetif dan mudah dijangkiti kuman. Doc nasihatkan aku supaya kurangkan minum air mengunakan botol, itu pun salah satu sebab paru2 dia di jangkiti kuman. Aduhaiii...bab nak lepas botol ni yang lemahh nii...sebab cha ni addict dengan botol...macam mana niie?

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia