Penakut Rupanya Aku ni...

Mayanggg ohh mayang Semalam datang malas, aku x nak masak ...boleh? Before tu aku dah call pak anif either dia balik rumah awal atau tidak , pak anif kalau dah mengadap kat bengkel call 44 kali pun belum tentu dia nak balik2 coz sibuk mengadap NYAWAAAA nyerr ( bas ) So, comfirm dia balik lewat x payahlah aku nak masak kan...lega... Chalif nak makan apa ? apa lagik goreng kentang dan nugget haaa mengadap laa dua beradik tu sambil tengok channel fov PlayHouse Disney 613.... cukup aku tension dengan channel tu, kalau mereka dah pegang remote tv haruslah aku masuk bilik mengadap laptop main game ke, baca blog orang ke paling kurang windows shopping...amat tension okey. Tetiba..... Mummyyyyyyyyyyyyy..............nak susuuuuu Adushh malas tul aku nak bangun kalau dah landing atas katil ni. Gagah la jugak diri ni nak buat susu utk chalif, lepas tu lepak dengan dorang. Amik remote terus aku tekan channel lain, haaaa apa lagi x menjerit satu rumah, sekali tekan cerita best lak tu si Mayang Mengurai datang hati jahat aku boleh buat bodoh je jeritan batin dua beradik tu kalau pak anif ada harus aku kena sembur dengan dia, now dia x ada kan..aku buat la apa aku suka..Hahahahhah... Last2 tengok jugak korangkan... Alif maintain cool memang dia suka tengok citer bab2 hantu2 dan pelik2 dan yang x menahan si Cha boleh dikatakan sepanjang cerita tu tutup mata kecuali time iklan...uhukkhukk.....lantak ko nak...dalam bilik ko ada tv ko x nak tengok dah macam mines worderland bilik tu daddy ko deco pun masih ko nak mengadap TV kat luar ni...Haa Lantak.. Habis cerita Mayang Mengurai ............. Tengok cha terkulat2 check homework ...si alif macam biasa bila di tanya ada homework madang jerr x ada. Cha seperti biasa, kalau ada homework dia tahu apa dia nak buat so x perlu aku susah2 nak ajar just guide je tanya sikit2 kang tanya banyak2 ada yang pegang pencil tolong buat sekali and comfirm score punyerr......... Leka aku kemas baju untuk esok tetiba alif tutup muka dengan tangan , kebetulan aku paksa dia habiskan susu dan baring kat atas sofa depan aku. Aku pelik tengok gelagat dia dan aku tanya... Aliff ...napa kamu ? My...mayang mengulaii ( sambil tunjuk kat belakang aku ) Gila....meremang bulu roma aku...adushhhh time2 gini laa ko nak nampak macam2... Cha dari atas meja makan terus melompat kat aku ...konon macam dia pun nampak jugak. Apa kamu mengarut ni...mana ada ( sambil pandang2 belakang konon lagak relex ...padahal aku pun kecut gak ) Dahh cha pergi buat homework...alif kamu habiskan susu kamu....mengada2 Aku tengok dua2 kejung membantu....cilakak tul laaa...hantu ni ..time2 gini ko nak appear kan diri...aku akui kedua2 anak aku ni memang senang nampak. Ko pun dah rasa lain , x reti2 nak angkat kaki buat apa2 yang patut? So, aku pun ajak chalif masuk bilik tapi boleh yerk dua2 bradik jalan sambil mata tertutup dan terpeluk2 pada peha aku konon takut sangat tapi aku comfirm aliff nampak something mungkin bukan mayang mengulai tapi benda lain . Sesudah sampai bilik terus masing2 lompat atas katil masing2 selubungkan diri dengan selimut, siap cakap jangan off lampu. Pastu.....alif cakap My....jangan tido bilik mummy tadi abg nampak.....mayang mengulai masuk dalam bilik mummy ........ Yeke...bukan dia masuk bilik ni ke ? kekekkeeek Xxxxxxx...bilik mummy........abg nampakkkk.... Cisss....ni nak suh teman ke atau saje nak suh aku tido dengan dorang ni.Adoi da la bapak ko x ada...Hp dalam bilik lak tu...kalau x sure aku call pak anif dgn mengunakan kuasa VETO paksa dia balik jam tu jugak. Aliff ...mummy lempang kamu karang....TIDO!!...mummy nak masuk bilik...ni... Aku kiss dahi dan salam mereka, terus keluar nak ke bilik konon nya tapi boleh yerk dek kerana dak alif cakap menda alah tu dah masuk dalam bilik dengan2 aku imagine mmg betul la benda tu dalam bilik..Cilakakkk tul laa. Masuk bilik sambil pejam mata sambil tangan raba2 kat dinding nak capai suiz lampu...haaaaaaaa amik ko semua lampu downlight aku bukak....uhiiiiskkk penakut rupanya aku ni. Oleh kerana perasaan takut lebih menguasi diri maka harus laa aku tidur terang benderang sampai lambu bilik air pun aku bukak ..mampus aku pak anif balik nanti tengok bilik dia dah macam funfair dan untuk malam itu bagi mengelakkan dari dengar2 apa yang tak patut aku dengar...aku sumbat je earfhone dengar lagu ...llalllalalalalalalaaa....terus tido.....kalau aku dengar apa2 ....comfirm x layan...End p/s : sedar2 dah pagi pak anif tido kat sebelah ......time bila dia balik yerkk?......aku yang x sedar atau aku yang x dengar .....

Comments

jeli said…
Kak ial..takutnyer.. Kan budak2 memang senang namapk bende2 cam gini kan..huhuhu
Gee, nasib baik rambut ko pendekkan..kalau x, hari2 alif nampak mayang mengulai tu..hehehe...

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia