Terimalah segalanya...walaupun tdk menjadi nyata
Aku cukup lemah nak buat topic....lantaklah asal aku faham.. Kadang hidup ni tidak semua yang di rancang akan menjadi kenyataan. Kadang2 plan punya baik tiba2 x menjadi atau ada je yang menganggu. Begitu juga dengan kehidupan seharian, x semesti orang yang kita suka tu suka bebenar dengan kita. Lagi2 ia melibatkan soal rumah tangga iaitu hubungan suami isteri. yelahh, hari ni laki kita cakap i luv u , esok lusa perkataan yang sama cakap pada perempuan lain , sapa yang parah ? pikir sendiri la. Sentuh cerita rumah tangga rasa macam agak sencetive sikit, ialah diri sendiri pun dari keluarga divorced jadi aku agak trauma bila dengar tang tang citer lelaki nak kahwin lain, laki ada scandal aduh rasa macam diri sendiri will be terkena. Walaupun papa dan mama aku dah berpisah tapi hubungan kami anak beranak x pernah putus dan aku bersyukur mak tiri aku ( ibu ) x pernah melarang papa nak bersama2 anak dia, tapi kalau disebaliknya mahu aku lah yang pakai baju belang2 hitam putih kat penjara...