Langkawi 4- Happening Nite at Cenang

Malam sudah tiba, aku expect x ada apa2 event kat cenang sebab aku pergi pun bukan cuti sekolah..tapi sangkaan aku meleset sama sekali..kebetulan resort aku mmg dekat cenang, so along pantai cenang dah banyak perubahan..comfirm x bored punya sebab dah ada cenang uptown , funfair, kedai2 yang open till 3am..Punyalah ramai mat saleh berkeliaran kat cenang tu, cuci mata aku, bertambah dosa pak anif ...kekeke..tp yang x syoknya si chalif meragam malam tu sorang mengantuk sorang demam..haaa tu lahh berendam lagi x ingat dunia. x pasal aktiviti malam tu x dapat disempurnakan gara dua budak itu. Pak anif kata, next time nak pergi berdua je kira honeymoon laa...... apa2pun bercuti kali ni mmg untuk mereka berdua, so layan jo laaa aneka ragamnya. Malam tu just layan dinner tepi pantai, restoran tu mmg sempoi je.....mula2 nak makan ikan bakar but suddently pak anif kata dia dah x larat nak dukung chalif so just drop by makan kat restoran yg dekat dengan resort. Walaupun kedai sempoi tapi aku amat puas hati sebab order untuk sorang je tapi masak macam makan utk 3 orang but harga still utk seorang. Order Kangkong Belacan, Tomyam SEAFOOD,Telur dadar ( utk chalif ), Daging sambal dan air segala bagai baru rm 15.00.....aku suka dan aku save....ekekekekekk janji kenyang......
Cha yang demam...mlm tu..tepek cool fever...

Kalau dah demam....jadi malas nak jalan..mangsa keadaan pak anif..

Cenang yang sesak.... Kedai yang terang berderang Restoran yang sepatut aku makan dengan anak2.....tp boleh yerkk ramai gilaa org dlm tu..
Dataran Helang yang sunyi sepi......rasa macam di kelilingi Keliwon jer...
Lepak nak dekat sejam kat dataran.....
Mak Helangg...

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia