Percutian Awal Tahun 2018 - Melaka jer

Post lepas akk membebel tinggalkan aliff sorang2 di Melaka dan akk anak2 yang lain Shah Alam. Hati seorang ibu , ada anak 4 sorang dah tinggal rasa hidup ni dah kejanggalan. Spesis akk kalau nak tinggal tak yah sorang tapi kasi empat2 tinggal. Dengan harapan abg jaga kakak , kakak jaga adik2.

Selepas 2 malam di Shah Alam, balik Melaka terus check in The Shore. Pada awalnya akk booked Swiss Garden tapi tolakan thru kad credit unsuccessfull. 3 kali cubaan tolakkan dibuat still tak boleh , even duit berkepuk dalam tu..hahahaha aceh.
Biasa kalau jalan2 memang akak akan buat survey thru Agoda atau Booking.Com buat compare harga.
Bayangkan Swiss Garden bilik Studio RM160 semalam kebetulan ada vouche 5% so lagi murahlah dan 2 free breakfast. Alamakkk kerugian. Bila dah gagal next day tu terus beli The Shore , tapi mahal la dari harga awal. Redho je la sebab 2 malam hampir RM600.
So, bermulalah percutian 2 malam di negeri Melaka tanpa encik disisi. Melayanlah akk dengan segala kehendak dan keinginan anak2. 
Bila bercuti tanpa suami ni, so orang memandang akk heret anak 4 org dengan  terjerit , membebel nak layan satu2 kerenah, yang besar tak mo mandi tempat budak2, yang kecik terkapai2 tanpa pengawasan , tu yang jadi mak tiri segala kat tepi kolam tu. Sampai satu tahap lantak ko la nak. Tapi mata perhati je.
Bila sebut The Shore, ermmm no bad la tapi akk menyampah nak melayan naik turun liff. Baik nak turun ke kolam sampai nak naik ke bilik, mood baik jadi kelaut dalam. So, akk akan pastikan tak akan tertinggal satu barang pun utk mengelakkan berulang turun naik lift. 
Oh ye lupa nak cerita masa akk nak check in. Oleh kerana ni kampung sendiri, so akk dah budget check in lewat2 sikit konon nak elak stack kat lobi, dengan lenggang kangkung mak iloi iloi sampai je kat lobby terus nak pitam, ni bukan double line tapi 4 /6 line , kaunter 3 je buka. So, ko rasa tak mereput ke? 
Apa lagi, teringat ada voucher Nandos 20% , lantas pi bawak anak pi cekik dulu. So dalam jam 5pm baru akk berangkat ke lobi semula. Lengang jer, tapi anak2 akk dah tak menyabau untuk berendam dlm pool. Gitu gini, naik atas segala, hampir 30minit baru settle. Solat asar pastu anak2 dah standby tepi pintu nak pi mandi. Agak stress disitu.
  



Nama pun percutian anak2, so spot lokasi mestilah swimming pool , maka berenanglah kamu2 sehingga mengecut. Akk bagi high5 pada swimming pool, dahlah luas, ada taman permainan air, dan indoor pool.  Anak2 akak berenang sampai nak ke isyak. Bila nak balik bilik bukan mudah untuk akk memekik panggil sorang2 terutama cha dan alif. Si qill dan qarl agak senang sikit nak panggil, sebab dua2 main depan mata dan agak mengikut arahan dari yang tua2.




Yang macam rumah kaca tu adalah tempat Gym. Jangan tanya macam mana, sebab akk tak ada masa nak jengah, melainkan akk nampak org2 dalam tu syok sendiri sambil kayuh basikat yang tah bila nak sampai. Kalau encik ada mahu akk layan gym ni , badan pun dah makin sado, lengan dan peha dah nak sama level. Bertabahlah yer, pecutian ini adalah milik mereka, anggaplah ko bibik.


Sampai kemalam berendam, dari kolam ramai orang terus kau orang je yang mengadap.  Akk ni dah naik bosan kat tepi kolam tu. Tepat jam 8pm akk jerit suruh naik. 


  Yang ini indoor pool , nice view tapi agak dalam untuk si 2 kenit akk. Hanya cha dan alif melayan kat sini. 



Day 2 akk di The Shore...mandi kolam lagi. Lepas breakfast kat kedai mamak kat bawah, anak2 dah siap2 pakai 2 piece luar t shirt dalam swimming suit. Senang ye tuan puan, tak yah nak bercinta hadap lift romantik tu. 
So, cerita seharian disitu hanya kolam kolam dan kolam. 
Agak2 nak tengahari , akk hambat semua naik atas untuk lunch dan solat. Kebetulan bff akk nak ambil barang so akk kirim nasi kukus ayam berampah 4 bungkus. Penjimatan disitu dari rancangan asal nak lunch kat Swiss Garden. Sesudah makan, hambat buat homework, so jgn ingat bila cuti buku pun cuti ye. Lepas asar sambung kembali bermandi manda di kolam. Pedihhh sungguh.

 Masa ni, mata2 sang suami yang memandang , tapi akk x kisah, pandanglah selagi ko nak pandang, anggaplah apa je, akk tau akk lawa. Hahahahaha sila muntah. Bila tengok berderet tentera mengadap , haaaa terkejut uols.  Mesti ada yg ingat akk janda kan kan. KusssS semangat.


Mengembang disitu....


Malam akhir,  seperti biasa naik je bilik comfirm masing2 perut dah lapar. Konon nak angkut dinner kat Swiss, tapi rasa macam malas betullah bila fikir bab anak yang berderet dan agak sukar untuk dikawal. So, segalanya dihujung jari apa lagi order pizza. Senangkan hidup mak korang. Apa pun janji anak2 happy. See mereka so happy.


Suasana malam Melaka dari balkoni bilik. 
Tidur awal semua, esok last swim pastu check out.



Gitulah cerita percutian ibu tinggal bersama-sama anak-anak. Insyallah akan repeat lagi. Tapi dilain hotel plak. NGantuk lah...bye
@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia