Part 2 Seoul 24-31.02.18

Part 2 
Usah di tanya ku dimana dan pi mana, nanti akhir part kakila akan share itenary. Kakila tak sabar nak cerita kami hadap musim sejuk yang melampau di Seoul. yang dimana mencecah -21 celcius, yang kami anggap ingat biasa-biasa rupanya luar biasa. Sambil makan kebab tengah-tengah Myeondong tanpa nak rasa pelik tapi rasa sejuk tu memang tak usah nak cakap. Muka budget slumber dan macam dah biasa HAHAHAHAHAHAH...padahal muka dah Beku, telinga dan kejung  kaki beku, tangan kebas sampai tahap tak rasa dan ko rasa? Esoknya tengok dalam berita ( budget faham je kan ) rupanya malam kelmarin kami hadap cuaca sejuk tahap teruk yang dimana punca tiupan angin dari Mongolia yang mengalami musim sejuk melampau -31celsius dan angin dari sana membawa ke Seoul. Perhh.....pagi tu nak keluar pi jalan rasa macam tak mahu keluar bilik. Tingkap bilik 3 layer , 1st layer beku, ko rasa. Mandi rasa nak menjerit walaupun ada hot water,  nasib lantai bilik ada warmer, so lega la sikit. Hand warmer yang dibeli kat Daiso memang tak jalan di tangan mahu pun di badan. Baik beli kat Convenience Store macam-macam jenis warmer ada malah tahan berjam-jam. siap boleh lekat-lekat kat badan. Perjalanan di Nami Island menjadi slow dengan cuaca yang sejuk dan membeku lagi angin tiup lagi hawau sejuk dia. Gila! Ini time cakap kalau lebih boleh kena maki. Hhahahahaha. Nasib Nami cun so terubatlah tangan kaki yang mengigil-gigil. Oleh kerana pergi 8 hari kami banyak jalan santai-santai, so mak pun tak tertekan anak-anak pun tak letih. Nasib tak plan pi Jeju, kalau tak memang huru hara lerrr mengejar masa. 

Oleh kerana kami tak terikat maka kami boleh suka-suka nak keluar rest house kul berapa, gerak kul berapa, so thats why kami lebih suka pergi sendiri. Jom layan gambo.



















































@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia