Part 1 Seoul 24-31.02.18

Alhamdulilah pembuka tahun 2018 kami mulakan dengan percutian family ke Seoul Korea.
Tak tahu nak mulakan dimana, terlalu banyak moment-moment indah sepanjang di Korea.
Segalanya berlaku secara tiba-tiba pada awal tahun 2017 yang dimana masing-masing nak sangat bercuti ke tempat yang lebih jauh dan lebih santai. 

Actually ada beberapa lokasi percutian yang tersenarai antaranya Turki, Japan, Hong Kong Disneyland dan Beijing tapi finally Korea juga vote paling tinggi. Ni pengaruh KPOP le.
Kakila dan ipar sama-sama buat survey dari pembelian tiket kapal terbang hingga senarai pendek tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Ahamduilah nasib adik ipar jenis rajin survey dari kakila yang konon memula beria pengakhiranya ipar akak yang banyak settlekan. 

Percutian kali ni kami memilih backpacker style, memang sempoilah bila sel-sel otak berhubung actually lebih havoc pi tanpa terikat dengan mana-mana travel agen mahupun tour guide. Everything kami pandu dari itenary yang telah disusun dan dibincang bersama dan selebihnya ipar kakila yang susun dan surveykan.

Kami memilih Penerbangan Tambang Murah Air Asia yang kononnya termurah realiti add on luggage makan minum bagai, bila hitung kira betterlah ambil MAS. Nak menyesal pun tak guna tapi janji pergi. But we learned something from that. Better you all survey, tapi for those yang memang low cost travel okey je beli tiket dulu ada duit lebih baru add on Luggage dan Meal. Apa pun dah pergi dah pun dan selamat pergi balik , apa adahalkan nak memilih soal semua tu. Melainkan ada orang sponsor laki kaya raya.....Hahahahaha

Sepanjang kakila di Seoul, transport utama kami adalah SUBWAY Trains, so dapatlah mengadap cara hidup orang Seoul yang hampir sama dengan orang Japan. Di Seoul kami berpandukan  KAKAOMETRO yang korang boleh download dari Play Store. Boleh guna tanpa internet itu yang penting. Korang jangan risau hampir semua tempat di Korea coverage WIFI FREE terutama dalam Subway memang tiptop coverage wifi.

Tempat tinggal selama 8 hari itu, kami dah siap booked melalui Booking.com dan bayar masa check-in atau bayar awal pun boleh tapi kita tak tau sebarang kemungkinan yang berlaku. Tempat menginap rasanya 2 kali kami cancel salah satunya di Iteowon, sebab bentuk muka bumi dan hotel ke train station agak jauh menjadi faktor utama, sebab kami bawa mak, so kita kena ambil kira kudrat dia. So, kalau yang jalan muda-muda belia, tak ada anak, tak bawak anak-anak rasanya kakila memang rekomen Iteawon yang lebih happening dan banyak sangat makanan-makanan halal. Kami menginap di Line 4 Station Sunshin Women University. Faktor memilih lokasi ini pun  sebab di LINE 4  sendiri kita boleh menuju beberapa destinasi yang kita tak perlu nak exchange train or LINE. Contoh di LINE 4 kita boleh pergi Myeongdong Station, Hongik , Dongdaemon dan ada beberapa lagilah. So nak lebih lanjut download je apps KAKAO tu. Apa-apa pun itenary tu sangat-sangat penting untuk korang tentukan mana arah tuju dan destinasi yang kita nak pergi. Melainkan you all dah biasa pergi. Nama RestHouse yang kami lepak macam rumah sendiri " Seoul Tower Family Guest " jarak 5minit je dari subway. Highly recomended sangat2, boleh cuci baju, masak dan owner sangat baikhati. 

Tempat-tempat yang dilawati jangan tanyalah, banyak sangat sampai dah nak sebulan pergi baru nak cerita , memang kakila dah tak ingat, ini cerita pun sebab nak baca balik akan datang. Masuk ke tempat-tempat lawatan actually kita boleh beli online yang boleh download Apps SEOUL PASS boleh bayar melalui Paypall dan Credit Card.Kami just beli tiket EVERLAND sahaja melalui apps ni. Memang berbaloi dan banyak promo malah untuk tiket Everland kakila dah save lebih 60% dari harga asal. So sampai Seoul tak perlu fikir nak ketepikan duit Everland. Melalui Apps tu banyak lagi promo untuk lain-lain tempat tapi oleh kerana kami ni style backpacker dan risau tidak tepati masa dan sering last minute tukar intenary, so better tak perlu. 

Di Seoul , kakila dan pak anip akan sedia 4 sampul surat  kecil untuk beberapa perbelanjaan iaitu Sampul Entrance ( tempat lawatan ) , Pengangkutan ( beli T-Money di convenience shop / bayar duit bas menuju ke Everland / Nansam Tower dll ) , Food&Beverage ( soal makan cekik semua dalam sampul surat ni ) dan Shopping. Percayalah lagi 2 hari nak balik korang rajin-rajin tengok balik balance duit dalam sampul-sampul ni, mesti ada lebih yang korang boleh buat shopping last-last minit. Kakila hari nak balik refund T-Money hampir 200,000 won tu belum lebihan lain-lain duit. Kakila memang tak shopping apa pun sebab lebihkan makan tapi itupun masuk hari ke3 semua dah cari sambal ikan bilis, kari ayam , asam pedas segala. 

Bab makan di Seoul, rajin-rajin survey dari blog-blog kekawan kita. So, oleh kerana kakila memang bawa Periuk Nasi, Periuk segala bawang , cili beras bagai , maka perbelanjaan makan kami sangat-sangat save. Kakila akan bawa bekal seperti roti Tuna, nuttela , nasi lauk sambal ikan bilis, sambal sardin, telur dadar untuk perut anak-anak dan pak anip. Rasa macam saratnya wei bawak semua tu tapi percayalah memang berbaloi sangat-sangat. Ko rasa tekak ko jadi kolia ke bila dah bertahun ko duk masia. Udah-udahlah. HAKAK mmg gagal bab tekak ni. Pergi Seoul 8 hari dari 3 luagage 1 darinya adalah makanan sahaja. Roti 3 bungkus besar dari Malaysia beberapa pack Brahim Food, Ayam Kurma, Kari Daging, Kari Ayam, Sup Ayam , Rendang Daging dan Sardin Tin. Jangan lupa bekas Kedap Panas pinggan pakai buang. HEAHEHEHHEH...save kan...janji perut laki dan anak terisi. Sepanjang di Seoul kami hanya makan besar di 3 restoran sahaja selebihnya makanan ditepi-tepi jalan dan bekalan.     

Jom layanlah dulu gambar.....
Next post kakila cerita sepanjang berada disana kami tak sedar yang kami berhadapan musim sejuk yang paling terburuk berlaku di Seoul.
@}~~story is memory~~{@














































Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia