Cuti2 Santai di Grand Lexis Pord Dickson


Percutian pendek di Grand Lexis Port Dickson 
13.11.2007 hingga 14.11.2017 1 hari sahaja.
Lama benau sangat tak update blog ni. 
Datanglah kerajinan kakila nak menulis untuk hari ini. 
Cerita ni pun dah basi tapi nak kasi nampak memori tu ada, 
kakila nak cerita la gak pasal percutian tak seberapa ni.

Kata cuti pendek, segalanya terjah. Anak dara baru habis UPSR 
yang lain2 pun dah habis exam, kejadiannya terus booked kat AGODA jer. 
Plan nak Hibiscus , last minit esok nak gerak terus tukar fikiran pilih GLPD, 
alasan kolam besar dr Hibiscus, motip! macamlah kakila nak berenang2kan.

Hari kejadian adalah hari yang stress buat kakila pada pak anip. Last minute dia boleh accept 1 trip local group round Melaka. So lambatlahhhh check in, kerugian tau! Pukul 6pm baru check in , ko rasa ? perut yang kenyang pun dah lapar. Redha je la bila bersuamikan En.Pilot Bus. 
Jom ...kakila review pasal hotel ni. Padahal dah 2 kali pi hahahahaha...nasibla , baru kali ni dapat hidayah nak update.

Muka tak sabau nak berendam? rendamkah..


 Kegembiraan ku dunia akhirat.


Aku memilih Garden Living dan Garden Pool, lebih dekat nak breakfast kalau buggy lambat boleh jalan kaki ke Coffee House. Nampak tak disitu kemalasan. Register booked agoda bagi Upper Unit tapi minta tukar Lower Unit sebab nak Privacy Pool , konon jaga aurat  HuHUhUHUHU mana tahu i nak berenang pakai 2 pieces. Bilik masih seperti dulu, tiada perubahan tapi still maintain bersih dan tip top. 


 Aqill merenget sakit perut, bila turun kolam sakit perut pun hilang 

  Qarl usha line, dalam ke tidak kolam ni utk aku.

Cukuplah untuk melihat kegembiraan anak2 yang akan berenang2 keriangan
 Balkoni tu view dari Pantry dan Bilik Air


 ChaqARL membuat perasmian.....sejukkkk mummy. Erk mmg tak lah omak ko nak jejak air tu.

qARL kesejukan....baru 20minit pertama.

Cuaca petang cantik sangat-sangat. View tak usah cakap memang cun tapi jangan tengok pantai....alahai kohor sangatlah ayornyer. Ombak agak kuat petang tu, angin sepoi-sepoi bahasa memang syok.
Anak2 meleka mandi kolam, syok katanya x sejuk. Kakila dan Pak Anip ambik peluang berdating kejup berjalan-jalan kawasan persekitaran. Hari nak senja sunset pun cun.
  Meh layan view sekitar GLPD


Water Villas.....ombak agak ganas, kerisauan ku

Cantikkan view ni.....

 Pak Anip Sado , perut? kantoi

 Nampak banggunan tinggi tu, lobby coffee house segala indoor aktiviti disitu dan juga Sky Pool juga disitu. Memula nak booking sky pool tapi dulu pernah merasa , so decide ambil garden. Ada rezeki datang lagi nak Water Villas.

Aktiviti malam tak ada apa yang boleh buat, banyak je aktiviti di GLPD tapi memandangkan 1 malam je, so layankan anak main Play Game Indoor sahaja selepas menikmati makan makan di Kompleks Ikan Bakar Pord Dickson. 
 Suasana malam dipersekitaran Garden Villas ...agak gelap.

 Layankan anak2 round sekitar GLPD








  
Ranap RM50 kat sini, dha puas main jom masuk bilik. Belum sampai bilik ada yang bertanya boleh repeat mandi lagi tak? Selagi tak check out , berkubang je lah. Layankanlah asalkan kamu bahagia, semua ini berlaku kerana kamu. Masa ini sahaja yang daddy dan mummy ada untuk kamu, lepas ini cuti sekolah , memang tak nampaklah muka apak ko berlegar2 dalam rumah.


Bersambung berkubang....tak dengar unit lain memekak2 selain unit kami. Gasaklahkan, maaflah pada unit lain yang merasakan suara terpekik terlolong anak kami menganggu percutian anda. huhuhuuuh




 Tidur pukul berapa aku dah tak ingat, pak anip yang layan, kakila dah melayang ke Jordan. Keletihan menunggu melayan segala kerenah anak2, tu belum masuk seisi mengurut perut yang sakit, menyusun baju kotor dan bersih yang bila memasing dah buka baju habis segala melayang tah kemana-mana. 

Keesokkan paginya, selepas Subuh, kejutkan anak2 gosok gigi untuk keluar Sarapan. Pagi tu hujan lebat di PD, call buggy  untuk pickup ke lobby.  Service buggy memang pantas, 5 minit dah sampai bilik. Terbaik abam buggy.




Breakfast yang hotel bagi hanya untuk 2 orang sahaja , yang lagi 3 orang kena add on pay at kaunter. Okeylah tapi hadaplah sebab mahal gak, tapi tak seronoknya, anak-anak kakila bukan kaki makan. So agak rugi disitu. 

  Jangan kata anak, mummy pun tak makan sangat, maklumlah tekak orang kampung mana nak layan tekak2 omputih ni. hahahahha...
Taste ? kakila bagi 2 bintang je, susunan menu superb tapi taste dia kurang. Harap GLPD tingkatkan sikit kesedapan breakfast sebab dari dulu hingga sekarang rasa so so je, kadang rasa makanan kat hospital lagi sedap kut. Sorry ye..... 
  Bab2 ni Pak Anip layan, mummy nak makan dengan tenang.

 Stall segala tok nenek telur ado...
  Pastry....so so je...Butter Cake keras...pak anip complain
  Roti Bakau area...ni i suka ...ni je sedap.

Buffet Area.....siapa datang awal dapat nikmati pelbagai pilihan makanan tapi yang datang lambat dia orang top up makanan yang lain dari kad menu.



Balik dari breakfast kami memilih jalan kaki je ke Villa. Dekat je kut.  Merasa anak2 jalan dalam hujan pakai payung GLPD...HUHu ingat bagi teru rupanya kena bayo....arhhhhHhhh naik buggy lagi baik...Kesian lemak mak.....



Lepas breakfast anak2 sambung mandi sampai 12pm....kemas-kemas balik terus Check Out...
1 Malam je, berbaloilah untuk anak2 yang bukan nak jalan-jalan pun tapi lebih berendam.  Kalau boleh breakfast dinner semua nak dalam hotel, balik-balik boleh dorang cerita bila nak buat kolam kat rumah. Adei....lagi botak kepala pak anip.


 Sekian, terima kasih kisah percutian pendek yang tak seberapa ni. Oh lupa lepas check out kami ke Genting semata naik dan turun je kat sana. Ingatkan Theme Park dah buka rupanya bukan buka lagi semua indoor park pun tutup. So, naiklah kami buang masa tapi merasalah naik Skyway baru ditempat baru.

Meh kasi kongsi...kawasan UNDER CONSTRUCTION GENTING HIGHLAND ..















sO...X ada yang nak cerita di Gneting ni....tatap gambar je lahh...

See u soon.....








Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia