Penjagaan Kulit

Nama pun wanita kalau tak fikir soal nak cantik ,macam nak nampak cantik memang tak sah.

Serupalah ila...
Masa zaman remaja tak amik kisah soal nak cantik2 ni. Balik kerja pi kerja pakai pun pencuci muka biasa2 je tak ada nak tepek kream siang malam bagai. Pencuci pun mama yang beli. Pencuci pertama beli masa tu adalah "hezeline snow" rasanya tahun 90an memang popular jenama ni. Lama gak la ila pakai dari pencuci terus ke moisterizer. Masa tu jenama tu lah paling mampu. Pakai pun setelah habis belajar kat kolej. 

Mula kenal nak cantik ni nak goges masa lepas ila dapat kerja kerajaan dan dapat jawatan pun kena duk depan pintu utama jabatan. Bukan ila kata ila x ambil peduli pasal penjagaan muka tetapi masa tu memang belum rasa bermasalah sangat kulit wajah. Alhamdulillah ila pun jenis kulit wajah yang normal dan tiada masalah jerawat kulit berminyak bagai. Cuma kulit ila agak gelap dan kusam. Mungkin kesan melahirkan anak yang ke 2. Pastu pak anip plak asyik perli2 sebab kulit ila gelap ermmmmmm geram sat. Asyik membezakan kulit ila dengan adik2 ila yang memang sedia cerah dan cantik. Actually ila  jenis kulit sawa matang dan pucat2 kuning gitu. 

Bila suami dah perli2 mestilah panas hati. Bermula dari produk murah sampai la ke mahal2 dan jangan tak tau ila pernah terjebak ambil suntikan vitamin c. Malas nak ulas lanjut...hehhehh segan dan rasa macam terdesak je.

Sampailah anak ke 3....masa tulah ila mengalami keradangan kulit wajah yang agak teruk maybe alahan ibu mengandung. Dimana kulit ila naik jeragat. Bermula situlah ila terjebak dengan minuman soycolegen dan segala vitamin untuk kecantikkan.

Kita harus ingat ye....tak semua wanita mempunyai jenis kulit yang sama dan semua mengalami pengalaman yang berbeza_beza. Kita sahaja yang tau macam mana nak belai dan memilih product yang terbaik untuk kulit kita. 

Even kita pakai product mahal adakah kita rasa product tu sesuai? Fikir2 balik. Jenis wanita yang tidak tahan dengan perubahan keradangan pada kulit menyebabkan dia mudah untuk menukar2 product dengan kerap. Ada yang baru pakai seminggu nampak kulit makin teruk dah mula gelabah dan tukar product lain. Sabarlah sayang...nak cantik kena buruk dulu bagilah peluang product tu nak keluarkan sel2 kulit mati, toksik2 kimia yang dah lama tertanam dan pengelupasan itu sendiri sangat bagus actually untuk menanggalkan blackhead whitehead jeragat bekas2 jerawat dan lain2. Tetapi! Hati2 jika berdepan dengan pengelupasan yang berpanjangan, sebab anda perlu rasa sangsi untuk produk2 seperti itu. 

Sekiranya kita dah lama mengunakan satu2 product itu dan terfikir untuk mengunakan atau mencuba product lain atau rasa macam product tersebut sudah imiun dengan kulit wajah perlulah kita free kan kulit kita dari guna product skincare dalan 3 hingga 7 hari. A middle while kita buat simple facial untuk keluarkan chemical2 dari product lama sebelum kita memulakan product baru. Pernah terjadi ye....sudah guna product A bertahun2 pastu dah bosan pastu siang tu beli product lain malam tu terus pakai. Pastu bermulalah keradangan pada kulit wajah yang teramat2 sangat. Masa tu orang seminggu dah ok, tapi awak nak makan bulan x habis2 piling. Sometime kita kena fikir logic ye. 

Bila dah cantik luar tapi kita selalu lupa dalaman actually adalah main of beauty. Penjagaan luaran adalah bermula dari dalam. Pengambilan makanan yang berminyak serta kurang minum air masak adalah punca kulit kita tidak cantik. Ingat ye, air masak wajib 3 liter setiap hari atau lebih bukan untuk cantik sahaja malah untuk kesihatan organ2 dalaman.

Now...lambakan product kecantikkan di Malaysia. Macam2 product dan macam2 trademark. Pakai hari ni esok jerawat hilang, minum air colegen mlm ni esok dah putih melepak. Jauhilah untuk terpengaruh dengan word2 yang singkat2 ni. Biar slow effect dia asalkan jangka masa panjang dan seiring dengan usia. Tapislah selagi boleh tapis berfikirlah selagi boleh berfikir logic. Sayangi apa yang kita ada.

Penjagaan dalaman ini perlu sangat2 bila usia dah masuk 30an. Kita perlu tau masa usia itulah collegen dalam badan kita slowly tidak menghasilkan collegen semulajadi, so memang perlulah anda usha minuman  pil2 supplement untuk dalaman anda. Macam ila, mula ambil minuman bercollegen ini selepas melahirkan anak ke 3 atas sebab2 yang ila ceritakan diatas. Kalau tanya product apa ila  ambil rasanya macam2 yerlah anak no 3 pun dah umur 5 tahun. Cuma ila paling suka Secret Kawai Collegen rasa pun sedap pastu x yah nak susah2 nak pikul bekas besar kemana2 sebab dia berbentuk  sachets. Easy! Setahun lebih dengan kawai dan last month ila mula dengan perlaking by safiey ilyas. Mudah juga sebab bentuk dia sachets sangat mudah jika travel. Rasa pun sedap dan masuk mulut pun tak penuh. Kuantiti dia sesuai konsep buka dan kemam dilidah cair dalam mulut pastu minum air masak 3 gelas atau tonggang je botol air mineral 1liter. Trust me sesiapa yang tanya bagus tak kedua2 produk ni.....utk kawai ila bagi 5 star even slow tapi dia berjaya buat kulit ila cantik moist dan menjaga dalaman juga. For perlaking....so far best dan bekas gigit nyamuk kat kaki ila dah slowly hilang so tu baru je 2 minggu ye....belum 3 bulan  consume. Harap tuan safiey tu jual la murah2 lagi dan bagi discount kejutan lagi. So...jangan korang lorat plak pm ila nak beli perlaking. Sebab ila bukan agen ye. Ila just jual DDS Tabita dan Merae Beauty sahaja. 

Untuk supplement macam ni ila selalu akan ambil sebelum tidur. Kenapa? Sebab kalau pagi memang ila kelupaan dan sibuk dengan menguruskan anak2 tak ada masa nak fikir untuk diri sendiri. So faham2 sahajalah...

Bila orang cakap .....ko tak amik jamu ke? Oh ye saya amik jamu ye tapi terus terang saya kata dah hampir 6 bulan putus jamu sebab ila sedang mencari jamu yang sesuai. Ila dah bertahun ambil.pil Jamu Mak Dara rasanya dah imiun sangat pada ila. So ila sedang mencari jamu yan sesuai dan kalau boleh biar buatan kampung original serta mudah nak consume.

Rasanya itu je kut nak cerita pasal hal cantik2 dari ila yang tak cantik tapi kulit cantik. Hahahaahahaha muntah lah...

Nanti ila kongsi tips2 lain plak...tapi harap maklumlah perkongsian ila ini lebih atas dasar pengalaman dan logic. Apa pun kita makan dan ambil untuk kulit kita AIR MASAK itulah adalah basic utama..

Sayangi kulit kita

Sayangi buah pinggang kita

Kurangkan manisan dalam minuman

Lebihkan mengambil buah buahan...


Salam sayang ...

Bye





Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia