Gunung Datuk - Tampin 31/10/15

Lama juga tak buat aktiviti-aktiviti macam ni.. last buat masa tingkatan 3 kut...pastu stop lama dan mula balik masa belajar kat kolej dan stop balik dan kini mulalah balik. Rasa lenguh lutut jugak lah, kremm kaki ni tak usah nak cakap tapi still maintain berbekalkan pengalaman yang lepas-lepas. Salah sendiri juga, dah tau nak naik gunung tak reti-reti streching2 lu. Masuk hari ke2 lepas turun gunung, kaki ni dah kejang semacam. Tak pasal pergi berurut bagai, tapi siap lah terpekik terlolong. Sendiri cari pasal sendiri tak prepare padanlah muka.

Seawal 5.15 aku dah bangun kononnya 6.30am dah kena berkumpul dan bergerak ke destinasi. Ishkkk lagi sekali janji melayu  tak pasal nak dekat kul 7.40am kut baru gerak. Menci tul..rugi sejam waktu tidur aku. 

Sampai kaki gunung kul 8 lebih , gitu gini , talk ringkas dan amanat dari tok ketua so kira kami gerak naik 9.40am. Slow-slow kami naik, sambil makan lolypop  merangkak-merangkak kami ke atas, yang terdahulu slow-slow duk rehat tepi, yang gagah lagi teruskan perjalanan. 

Awal track dah menegak keatas, sampai check point lutut rasa nak bergegar jer. Duduk rehat 10 minit - 15minit teruskan perjalanan ke puncak...track makin advanture tapi tak seteruk awal track dengan batu besar dan menegak.  Setiap orang yang turun dari atas 4-6 orang aku tanya atas lagi tak, lambat lagi tak, jauh lagi tak.....hahahhaha saiko sehhh...yang baik tu siap bagi nasihat, yang nak mengena tu siap cakap lagi 1 jam lah , sejam setengah lah...daki-daki sikit, tak puashati tanya lagi...tak jauh dik lagi 15minit jer...ahhh pulakkkk cakap sapa aku nak dengau ni...actually jangan sibuk nak tanya, lagi ko tanya lagi ko stress kannnnnnnnnn...hamik ko ...baik diam...daki je lahhh..nampak signboard 80meter...ehhhhh sikit lagi lahhh...gigihlah mendaki. 

Tu tak cerita yang ada kata aku student lahh, umur 19tahunlahh , ahahahahah...gila apa ko...tau laki aku mahu muntah ijooou..

Air mineral kecil dah habis..2 air kotak laici pun aku sesah...1 kotak tu patut member punya aku dah habiskan..sapa suh aku pegangkan ...memang tak laaaaa....hhahahahahha

Sampai puncak 11.45am....perhhhh sapa kata 4 jam perjalanan naik keatas...tipu lahhh...acehh belagaknyer...Actually dia ikut anggaran , baik kita target masa tu lama dari jangka cepat pastu tak sampai-sampai atas kau jugak yang nagis kat tengah-tengah gunung tu. 

View? tak usah nak cakap...cantik nyaman aduhh hilang segala kepayahan masa nak naik. Masa nak naik siap cakap dah tak mo daki gunung lagi...tapi bila dah sampai atas..hilang segalanya terkedu seribu bahasa senyum aku sampai ke telinga.... x sangka aku anak dah 4 orang ni boleh daki gunung lagi. Wowww.... hebatnya rasa diri ini untuk seketika...aceh.

Hampir sejam gak aku melepak kat atas....pukul 12.55 pm kami semua turun...kali ini berkumpulan ...so taklah rasa sunyi...tapi sengsara nak turun lagi teruk dari naik. Masa tu hujung kaki aku dah sakit-sakit...mulut ni tak berhenti "ya allahh" lailahalilallah" " subhanallah" rasa sakit sangat dah hujung kaki ni sebab hentakkan masa turun...bila naik mendongak bila turun menjunam , boleh pikir macam mana sakitnya.  Tengkuk pun sakit , hujung kaki macam kematu. Masa naik tak sabar nak sampai check point , masa turun rasa lama pula nak sampai check point.. dah sampai check point rehat 15 minit terus sambung turun. Tapi sakit perit lepas check point adalah lagi teruk dari awal puncak. Macam aku kata awal naik tu lagi teruk track dia dari selepas check point. So, lepas check point aku dan rakan-rakan boleh terpikir bagaimana kami boleh tempuh track yang adventure macam ni masa awal naik. Perhhh...nak turun lagi seksa weiii...rasa macam nak turun sambil duduk jer....semangat kena kuat weii.. 

Bila sampai ke bawah....memasing senyap jerkk....dalam otak ni fikir nak cari kedai dan minum air coke...tekak ni rasa macam dah rindu sangat dengan air sejuk...hahahahahah gila saiko...peserta yang dah sampai duk sakat-sakat pun kami tak layan...tengok senyum blahhhh....memang tak leh nak cakap apa dah...

Sampai kedai...tak ada coke ada pun pepsi ...pepsi pun pepsi la...duduk minum layan perasaan memasing2. Terdiam hampir 1/2 jam...baru memasing bercakap. Berborak pun topic serius jer...hahhaha x sall...penat tak usah nak cakap.... topic cerita pun jadi serius sebab tak mampu nak gelak dah wei...hampir sejam lebih baru kembali normal...



Aku actually join Trim & Fit GH punya program..so aku ni kira peserta serah diri dan suka-suka carik pasal...

Hilang penat bila sampai atas...tenang je..terus bersemangat nak naik next gunung...


Suka nak amik gambar tunjuk peace....hahahhaha ...cun kan...klau naik pagi-pagi mesti kabus penuh kan kan kan...

Yang baju hitam tu adik faisal unit rehab A.gajah ...rakan yang bersama-sama naik keatas...kecil-kecil cili padi...melompat-lompat slumber ajer....orang muda kan...boleh lahh..tunggu ko masuk usia macam akak ko ni...merangkak laaaa wei...

Adik Ayu yang bersemangat...seorang yang gayat tapi berjaya mengatasi kegayatan ...rakan naik dan turun aku ...dan rakan minum air pepsi...hahahahaha

Team yang tertinggal ...si comel khairun yang manja tak sangka bersemangat sampai atas...hairi baju oren tulang belakang team wira  yang kaki injured pun gagahkan diri untuk keatas...memang terbaiklahh..


Sebahagian yang menyakat aku dan mengenakan aku....sepanjang naik dan turun...mereka ni penghibur aku gak....tak kering gusi dengan lawak-lawak dorang...rasa nak lempang laju-laju jerr lau rasa lawak tak masuk akal...



Aku dah nak turun barulah adik comel khairun ni sampai...
suka dengan dia ni...cool je...manja je...tau-tau sampai atas...

Bersama Dr Amiza (Pakar) dan team dari HAG...memang sempoi mereka ni...lagi doc tu...mereka sampai dulu dari aku...memang dah biasa aktiviti mendaki dan arobik..terbaiklah..

Lihatlah dunia ciptaan allah..
segalanya yang kita ada darinya
Tidak untuk dimiliki tapi  untuk dinikmati
Tiada yang maha hebat darinya
Akulah ciptaannya yang sempurna seperti kamu kamu dan kamu....



bye........

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia