Demam campak

Jam menunjukkan pukul 12.14pagi...aku? Masih tak tido2 lagi. Baru nak lelap 'mummy gatal ''mummy nenen' (susu) yang sorang gesel2 kat dada minta netek. Letih kan...
Pak anip? 
Dia sama2 kurang sihat since balik dari penang. Suara dah macam hulk pondan,dengar hujung je pangkal tak dengar. Mulalah tanya soalan berulang2, dia begang dia tinggi suara ,memula sentap pastu tersedar plak yang dia sakit tekak. Kelako pun ada..macam cakap bahasa kambing dan lembu plak...sorang suara nyaring sorang lagi suara kedalam dan besau serak ,terlebih cakap suara dah tak keluar ,tu yang tetiba suara dalam lembut x lembut tapi ada jantannya..hahaahhah..
Nak gelak x sampai hati...sambil masak senyum sendiri pandang kuali kih kih kih. Dia nampak aku gelakkan dia mampus tarik muka 46....jangan ingat laki i tak kuat merajuk ye.

Pagi tadi aku perasan aqill yang kena campak, nak malam sikit qarl pula. Jadilah demam campak berjemaah. 
Balik je kerja singgah farmasi beli ubat calamine lotion, ubat sakit tekak, mask kanak2 dan mask dewasa ( nama je keje hospital tapi sekeping pun x dapat kecuali minta senyap2 bagi pun senyap2 sekali macam penyamun daaa) dan aku beli mask kain untul chalif ke skool boleh basuh2. Petang sikit singgah rumah mak amik daun semambu (betulkepanggilnya).

Bila dah dua budak kena bendalah ni, memang hazablah cuma nasib ada orang2 tua yang boleh rujuk. Beli air kelapa, rebus air semambu dan letakkan daun tu kat tempat anak2 tidur. So far sesekali jer terbangun untuk setakat ni lah..aku tak tau kul 3 atau 4 pagi nanti. Ya allah semoga anak2 ku tidur nyeyak.

Tengah taip ni aku dalam bilik, dengar dengkuran kepenatan pak anip. Nyenyak betul dia, maklumlah baru lepas berfacial oleh Ilajer SPa & beauty. Kononnya nak nampak cerah dan tampan di majlis perkahwinan adiknya nanti. Amboi, macam ko yang nak kahwin kan. So. Semua dah tidur tinggal aku je yang tersangap2. Oklah nak tidur ...esok keja pagi..semoga perjalanan hari esok lebih positif dari hari ini... Terima kasih allah kerana melancarkan segala perjalanan hamba mu ini...

Meh layan gambo




sekian. Dari atas katil empuk dah 11 tahun usianya..tq dreamland melenakan malam ku..

zZZZzz


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia