Alahai letih kepala otak ku

Letih2 tapi nak gak mengadu dalam ni. Bila buat dua kerja dalam satu masa memanglah penat ya amat. Aku lebih rela jual barang dari buat kerja pengurusan. Gila mereng otak aku nak bertabah buat kerja bila link dengan kerajaan. Aku sendiri gov staff amat mengakui kadang2 online concept tu amat menyakitkan hati. Tak cukup dengan sistem shut down , pastu banyak pula tatacara yang tiada pilihan kedua atau ketiga. Kalau kata suruh attach doc yang disebut, nak tak nak gigih kita scan bagai, bila doc yang di minta tidak pernah wujud dalam syarikat dan gagal utk attach dianggap tidak lengkap. Penatnya akk tak usah nak cakap ni rasa x sabo nak tunggu esok call eperolehan. 

Aku ni memang spesis semua nak cepat, kalau dah start buat aku pastikan nak cepat siap dah habis. Sanggup aku tak tidur nak siapkan apa yang aku nak buat,tetapi pada malam tadi aku dah giveup, bila benda yang aku dah 4 kali buka dan 4 kali update dan target malam tadi settle dan send successfull sekali gagal!!!!! Hanya satu doc sahaja...iaitu penyata kwsp. Ermmm niaga kecik2 pun nak kena tolak kwsp..stresss.

So esok aku kena call ep dan tanya lebih details. Tanda amaran renew tinggal 57hari sahaja lagi di acct ep syarikat. Sakit mata aku tengok blink2 merah suh aku cepat2 renew. Hei aku tau laahh! Aku dah buat ko yg lorat nak doc macam2. 

Macam2 dlm kepala otak ni nak buat apa sok. Nak call ep nak shoot ke kwsp pastu nak pi keje lagi. Harap2 semua berjalan lancar. Pening gak sebenarnya tak ada maid ni..tulah ada maid ko suh balik...sapalahh nak jaga anak2 aku ni. Tak akan aku nak hayak pi kwsp plak. Mau satu kwsp depa pi tawaf. Nak minta tolong baby siter rasa segan plak..sebab petang tu dia comfirm jaga anak aku sampai pukul 9pm. Alahaii serbasalah

Realitinya, bila buat dua pekerjaan dalam satu masa dan dalam pada itu menjalankan tanggungjawap pada anak2 serta suami adalah satu tugas yang agak mencabar utk seorang yang bernama wanita. Kita boleh jadi pekerja dalam masa yang sama  berniaga pastu balik umah memasak mengemas serta melayan anak2 juga guide pelajaran anak2 sambil lipat baju gosok baju. Bertapa hebatnya wanita zaman ini, sanggup bekerja untuk membantu suami.

Gitulah yang aku alami serta semua ibu2 hebat yang lain. Aku ni bukanlah orang senang banyak harta dan wang ringgit suami aku niaga bas dialah bos, driver, kelindan dan cuci bas. Tapi tulah kalau dia sorang je kerja memang susah nak hidup selesa macam sekarang, jadi aku kenalah bantu dia untuk sama2 mencari rezeki. Kata2 seperti " orang dulu 10 anak 1 mak elok jer duduk umah buat semua kerja" la ni tak releven ayat tu malah kita sekarang lagi terbeban dari dulu, seorang mak pada alaf ini adalah multitasking...seorang wanita isteri ibu pekerja dan peniaga. Ramai surirumah berniaga membantu suami....respect!. Kalau akulah diberi keizinan dan pilihan aku memilih menjadi surirumah. Tapi apakan daya aku dah menjadi penjawat awam dan buat loan utk keluarga so disitu aku dah terikat. Sedihhh lahh

Aku tak kata suami aku x mampu nak mengadakan apa yang aku mahu tapi aku sudah terbiasa untuk berusaha dan berdikari untuk menambah pendapatan sendiri. Dengan pendapatan tambahan yang aku dapat boleh lah nak mewah2 kan anak2,bercuti dan beli apa yang aku mahu. Kalau aku beli handbag harga beribu pun suami aku tak argue apa2 sebab dia tahu isteri dia cari duit macam mana. Itu dulu ye now aku dah puas dan dah tak heran bag ribu2 ni... Pakai fosill sudahh..syukur aku dah buang satu habit.

Aku bersyukur dapat suami yang amat2 memahami dengan minat dan kesungguhan aku. Dialah yang support aku dari belakang, tukang packing, men"despach, check stok , amik barang, pungaj barang, teman hantar barang, penasihat percuma dan lain2. Alhamdulilah dia cukup membantu. Kadang2 dalam masa aku sibuk dengan dua kerja dia lah yang bantu aku untuk selesaikan kerja2 dalam rumah. Tapi itu kalau dia tak ada trip boleh lah dia layan aku. Kalau dia tak ada, sorang2 lah aku kehulu kehilir ,plan masa ,susun kerja  sapa nak jaga anak , masak dulu ke, nak pi pos opis ke...boleh kelam kabut hidup dan pernah satu masa aku sampai terlupa nak masak sebab settle kerja niaga dan bersiap ke opis shift petang dan bila malam sampai umah tengok dapur berselerak kulit telur penuh dalam tong sampah dan roti nak expired habis. Oh sedihnya chalif goreng telur dan makan roti lepas balik sekolah. Ya allah, anak2 aku sikit pun tak call aku tanya aku masak ke tak masak ke malah mereka buat semua sendiri tanpa mengadu apa2. Berlinang air maya tengok cacha terbongkang atas sofa dan aliff tertido depan tv yang terbuka, nasib qilqarl hantar rumah orang kalau tidak tak tahulah apa jadi rumah tu. Kejadiaan tu masa memula bibik cuti, tapi sekarang agak lega sikit sebab aku dah mula boleh menyusun dua2 kerja aku dengan selesa walaupun agak letih. Apa nak keluhkan sebab dua2 kerja ini aku yang pilih untuk buat jadi aku tak boleh toleh ke belakang. Dua2 bidang ini aku perlu jaga sebab dua -dua sumber rezeki aku. Aku tak boleh mengeluh dan aku kena teruskan. 

Aku kena kuat, jika aku lemah anak2lah penguat, suami penyokong  dan doa mama dan keluargalah buat aku sentiasa positif dalam apa yang aku buat. Jika aku lemah aku cuba motivate diri aku untuk bangun. Even penat dan letih aku tak boleh nak mengeluh. Jika aku gagal hanya allah sahaja tempat aku mengadu. Aku yakin rezeki allah setiap usaha ada hasilnya...setiap hasil ada mulanya iaitu
Doa mama papa restu suami, niat untuk anak2 dan sokongan dari orang sekeliling. 

Insyallah selagi terdaya aku tetap teruskan..dan aku tak boleh berpatah balik.

Aku penat aku letih
Good nite 
1.40am
2.10.15
Bye


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia