Nak cantik kena sabar

Tengok tajuk dah tau mesti akk nak citer pasal tabita. Alhamdulilah, akk jual kecil2 je tak lah sampai nak kaya raya dapatlah buat belanja2 anak2 makan sedap2 beli baju longgok2 kat jusco. Nak beli mahal kena tunggu menjelang raya jer itu pun tengok budget pak menteri. Budget suam2 kuku maka beli pun yang suam2 je le. Alhamdulilah since berniaga kecil2 ni bolehlah membantu pak menteri dalam berbelanja.

Berbalik pada tajuk diatas acehhh ceh.. Semua wanita nak cantik, bukan utk diri sendiri sahaja tapi untuk keyakinan diri am nyer. Bila kita berwajah kusam , berjeragat berjerawat level confident tu memang agak rendah lagi2 kerja macam akk ni yang banyak berdepan dengan public. Nak jual tudung pun akk kena tampil anggun depan customer supaya cust pun yakin dengan apa yang kita jual.  

Tapi seawal umur berapa kita baru nak sedar kecantikkan tu penting ? 25/30/32/35
tahun actually akk sendiri baru sedar kecantikkan itu penting awal umur 31 tahun selepas akk lahirkan aqill agak lambat dan mmg lambat. Masa anak dah masuk 3 masa tulah akk terkial nak cari produk muka yang bagus , penjagaan dalaman yang hebat segala tok nenek perapat peramping penongek dan segala pe pe pe. Cakap je produk apa yang bagus akk akan beli. Sampai dapat rasa diri ni macam tester je. 
Untuk sampai ketahap yang kita berpuashati memang agak sukar. Akk jenis manusia yang tak sabar, kalau boleh hari ni telan ubat esok kulit dah licin flawless bagai. Kita kena ingat tindakbalas sesuatu produk atau ubat yang kita makan seperti mencerahkan kulit yang gelap,  muka tanpa jerawat jeragat ,muka licin tak ada lubang bulan, muka kusam macam bau lepas berpantang , realitinya  dia mengambil masa lama untuk hilang dan cantik, sekurang2nya 2 minggu setelah kita proceed. Kalau yang jenis pakai malam ni esok dah putih pelik lah adakah..dia  letak serbuk clorox apo dalam ubat ko?seram mehh....

Since akk jual tabita wujudlah dalam 100 cust  tu adalah 2/3 orang yang agak renyah akk nak jawap soalan2 macam ni.  Ada juga yang mengamuk2 muka naik jerawat tetiba setelah 3 hari pakai. Padahal akk dah ckp dah sebelum jual bersediakah untuk hadap recovering pada kulit anda? Dan akk dah citer dalam blog ni siap bagi step cara nak guna bagai dan aturannya. Ada plak baru seminggu pakai dah menjerit malu nak hadap orang sebab muka dlm proses recovering. Actually apa yang mereka alami sudah pun akk alami cuma bezanya akk ni muka tembok jer...orang tegur apasal muka ko sopak2 merah2 bintik2 ? akk buat bodoh jer. Nanti bila dah cantik tanya plak eh ko pakai produk apa cantik kulit ko. Ermm lumrah kan muka buruk orang keji muka cantik orang puji.

Realitinya, kita makan pil supplement apa pun dalam badan ni kita kena sabar untuk dapat kesannya. Utk sampai ke zon selesa makanlah supplements mengikut aturannya jangan dia suh makan 1 biji ko nak cepat cantik ko pi telan 2 biji tetiba muka jadi mawas kau jangan memekik kat seller plak. Contoh aku makan shaklee vit c dan vit e 2tahun lamanya since deliver aiqarl memang terbukti kulit akk moist cerah dan cantik bila amik 2 biji pil ni. Itu ku tidak nafikan malah kulit aku flawless jer dan bila pakai tabita lagilah cantik putih dan segar. So gabungan dua benda ni dah sesuai sangat untuk akk. Dalam akk amik shaklee dan tabita , umur akk pun dah tua kan, colegen dalam badan memang totally out tunggu masa je nak berkedut so akk pun amik supplement collegen, macam2 jenama colegen aku dah minum. Akk sendiri lupa apa yang akk amik rasanya kawai pernah, aurawhite pun pernah, ibuputih akk siap jual lagi sebab best ingredients dia, so nampak tak, bertapa akk bekerja keras untuk nampak cantik, bukan nak cantik depan orang tapi nak cantik depan suami. Maklumlah suami akk ni handsome sado erkkkk muntah2. Tak tipu suami akk seorang yang fussy dari segi penampilan kalau dia dah start tegur kelam kelibut akk surf cari produk apa yang sesuai. Now kulit akk dia tak tegur tapi dia tegur akk makin gemukkkkk...rasa nak jerit je masa dia tegur..siap kata perut akk dah taraf apartment...chooii....

So now akk dalam tempoh berdiet acehhh...harap dapatlah berat idaman. Bila nak berdiet ni janganlah diharap hari ni ko x makan nasi esok dah turun 8kilo.  Kalau ada pil hari ni telan sebijik esok 8kilo turun, meh jual kat akk. Kalau dulu kita kurus dah kahwin 10 tahun badan dah gemuk boleh lihat tak kesan tambahan berat badan tu mengambil masa 10 tahun utk bentuk lemak2 tepu dalam badan kita. Begitu jugalah nak kurus, pun sama juga tapi semangat kenalah kuat. Tak semua perkara nak nampak cantik hari ni kita start esok dah cantik.

Oleh itu kecantikkan tu biarlah sedar dari usia muda, klau boleh jamu pun dari awal ,  xleh makan jamu supplement pun boleh....bukan senang nak kekal cantik.  Pada yang baru lepas melahirkan anak, pantanglah dengan elok ikut cakap orang tua jangan nak moden sangat, tengok mak mak dan nenek2 kita beranak 7/8 orang tapi masih kuat dan bertenaga  walaupun sudah tua. Kita? Bangun pagi pun susah, buat kerja sikit dah letih satu badan, siap pergi spa bagai nak berurut , lulur bagai kononnya nak relex dan rehatkan badan. Acehhh macam aku je ...mengaku! Memang itulah yang berlaku pada akk. 

Now akk tengah recovering untuk memulihkan badan tengah on jamu untuk refreshing balik urat2 otot2 yang dah longgar selain menjaga keharmonian keluarga..ceh ayat cover ko!

Apa aje kita makan kita telan niat tu penting ..untuk diri sendiri dan tubuh badan. Jika kita sihat kerja pun semangat otak pun cergas. 

Sesiapa nak cantik nak mulus leh join akk pakai tabita yang comfirm original...nanti akk guide adik2 ye...ceh sempat promo..

Ok nak masak
Bye

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia