Usahlah buat dosa Free

Semenjak pemergian pengasas Product Desi Damayanti cv Tabita banyak sangat cerita dari mereka-mereka yang suka nak dapat dosa free.

Tak kisah rasanya kita nak berniaga , tapi janganlah sampai nak jatuhkan product orang lain dengan menjaja cerita yang tak betul yang boleh free2 dapat dosa. Maybe kekayaan tu ada tapi halal ke sumbernya. Agak2 dengan menfitnah dan menyebarkan fakta palsu yang kita sendiri tak pasti kesahihannya rasanya rezeki yang kita dapat tu diberkati ke tidak ?

Pemergian arwah Ibu Desi adalah berpunca saluran pembuluh darahnya pecah yang selalunya terjadi pada mereka yang mengalami hypertension , stress, trauma  dan lain-lain malah mereka yang ada sakit darah tinggi juga berisiko untuk mengalami keadaan ini, malah sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini secara tiba-tiba.

Kenapa mesti timbul cerita yang dimana punca beliau jatuh sakit  kerana pengunaan produk  beliau. Jangan main-main untuk menyebarkan fakta yang kita bukan tuhan untuk meletakkan sesuatu kesilapan dengan pandang dari sudut yang kecil. Oooo sebab produk tabita pernah di cop merbahaya pastu owner pun meninggal muda terus nak buat andaian yang korang sendiri tak kaji dan selidik.


Jika kita tak tau bercakap soal medic term kita jangan bercakap berlebih-lebihan, saya sendiri bekerja di kesihatan tetapi tak berani nak ulas lebih pasal medic term tapi yang pasti kebanyakkan doctor di hospital ada menjual, menjadi agent , malah distributor untuk beberapa product kecantikkan dan kesihatan. 


Hari ini jer begitu ramai customer pm/wa/sms yang tanyakan status produk Desi. So, untuk pihak saya , saya dah jawap tapi terserahlah pada dorang nak decide acerna. Bukan jenis saya untuk mendesak orang, rasanya tak perlu kut nak tanya lebih2 sebab kita dah guna bererti kita yakin. Muka dah cantik pastu rasa menyesal sebab guna pastu cakap " kak orang nak stop lah " takuttt...simple je saya jawap..Okey yunk..akk tak kisah its up too u..

Setiap apa yang kita makan mahupun pakai hampir semua ada kesannya. Kita sendiri sedia maklum udara yang kita sedut hari-hari pun telah tercemar,air yang kita minum pun ada campuran clorin yang ada duit bolehlah pakai filter mahal yang miskin tu mampu ke nak beli filter yang harga ribu-ribu siap buat konsep sewa dan beli. 

Manalah ada produk yang bila kita pakai malam ni esok dah cantik pastu kulit berlubang dah rata, pastu tak akan tua-tua,kalau pakai masa umur 35 tahun bila umur 60 tahun  muka ko masih umur 35 tahun , tak hada okey..kalau ada i beli dulu. 

Mana ada supplement yang makan hari ini esok badan macam malek noor walaupun semalam ko macam osman kering ( alfatihah ), tetiba pipi macam pakai botox padahal baru malam tadi ko minum 1 sachet collegen. Bagi tahulah aku kalau ada produk sepantas itu...tapi aku nak supplement yang boleh tinggi kan aku yang bonsai ni.

Realitinya, kita tak boleh nak jangka sampai bila kitaran hidup kita ini, hari ini sibuk saya menaip blog tah tah esok penuh status fb saya ucapkan takziah atau alfatihah. Ya kita tak tahu bila allah akan ambil nyawa kita dan kita sendiri tak pasti bagaimana kita diambil tuhan. Saya tak pernah mengenali ibu desi tapi dari fb2 agen ibu desi semua mengatakan mukanya tenang dan suci bersih. Allah menyayangi ibu desi , hidupnya sering difitnah dan dibebani tekanan dari orang sekeliling yang mahu menjatuhkannya. Pelbagai perkara yang beliau lakukan untuk mejadikan produk desi diterima dan diperakui kesihatan Indonesia. Kita sendiri pun tahu lambakan produk tiruan tabita begitu berluluasa diluar sana. Bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Mereka yang klon produk desi itu adalah mereka yang tahu produk hangat dipasaran dan ramai pengikut serta pengunanya. Maka dengan menawarkan harga yang murah, menyebabkan penguna terpengaruh lalu membeli , bila kulit rosak produk desi juga yang dapat nama buruk. 

MaLAS nak komen panjang...
tepuk dada tanya selesa
nak niaga buatlah pada jalan yang betul
saya ni niaga produk ni suka2
untung tak lah hebat mana
untung jual kain tudung saya pun dah lebih pada untung..
tapi saya suka kongsi 
apa yang saya guna..


saya pakai saya guna saya jual jugak #





@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia