Misteri ke ?

Sejak dua menjak ni , badan rasa tak best je.
Tahlahh , malas nak fikir terlalu jauh nanti katanya munafik.
Aku ada cerita tak yang aku dapat tempat ke3 Pertandingan Koraoke ?
Tak ada kut...ok malas citer panjang
Before hari kejadian aku naik block lama di Hospital Melaka konon nak pilih lagu.
Esoknya nak melalak malam tu terkial2 cari lagu kat DJ , nasib DJ tu nak layan ko.
Malam tu juga kami rehearsal, bayangkanlah tengah2 malam kan...so faham2 je lah..block lama plak tu...ermmm
Kebetulan aku shift Malam, so lepas tu terus pi turun buat kerja.
Time kerja tu memang dah rasa lain , tapi malas nak fikir.
Esoknya tiba, nyayi2 dalam keadaan memang ngantuk gila dan suara pun taklah bagus mana terus aku di nobatkan pemenang tempat ke3 ...ok rezeki kut..kang aku cakap aku ni suara sedap ada yang nak muntah plok..selepas hari itu.....

Hari pertama badan x rasa sangat, tapi masuk tengah malam, aku mula tak sedap badan.
Hujung2 jari dan kaki aku macam pijar2 gitu.
Badan aku lemah semacam, pastu suddently aku boleh muntah-muntah.
Yang pelik aku muntah lepas aku dengar surah ruqyah...
Ok jeng jeng..pi berubat malam tu...okey settle..

Hari Selasa tu aku dah lain macam lagi..okey relexx..
aku dengar surah  ruqyah lagi...dan lagii
Ok comfirm muntah lagi..
Badan aku lemah...tapi kali ni pagi-pagi..
So bila badan lain macam...ngadu ngan pak anip..
Macam biasa laki aku memang tak akan nak amik port kalau benda-benda mistik ni.
Tapi bila dah tengok aku lembik semacam...ermmm..dia bawak aku ke klinik gak finally..
Pastu suggest jumpa MIL aku...
Blah blah gitu gini.. takyah nak citer sebab aku rasa korang pun tau dan dapat agak..

Ermmm.. susah nak jangkakan ..bila badan ni always lemah-lemah semangat padahal rasanya aku kuat semangat...aku rasa since masuk GH ni dah dua kali aku gangguan..Tahlahh....
Ustaz cakap benda follow...ishkkkk sukar untuk dimengerti...

Oklah aku sekadar nak kongsi je...
sebab aku pun sendiri macam caya x caya jer..
bila gi klinik , klinik cakap darah rendahh...ermmm itu jer...
ok sekian..





@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia