Bakat ke?

Bakat ? Adakah datang secara semulajadi atau sebab minat dan kau boleh buat?
Tidak dinafikan sejak zaman sekolah lagi aku memang jenis aktif.
Seingat aku , persembahan pertama aku masa darjah 3 , masa tu cikgu muzik aku berjaya cungkil bakat kecil aku, bakat ke? hhahhahhhaa
Cikgu muzik masa tu nama Zainal, dia duk petik gitar dan kita orang nyayi ramai-ramai, syok sangat. Sampailah satu hari tu , dia kata siapa nak nyayi boleh beratur dan nyayi sorang-sorang. Ramai la gak yang nak uji talented termasuk tuan blog ni..hah!
Aku tak ingat nyayi lagu apa tapi yang bestnya aku terpilih diantara mereka yang beratur2 tu. haha!
Waaa seronok hokey, loncat2 suka tapi tak tau terpilih untuk apa. Budak-budak baru nak naik kannn..
Rupanya aku dipilih untuk persembahan Hari Prestasi Sekolah...dan disitulah bermulanya segalanya aktiviti seni aku. So, bila ada pesembahan kat sekolah  tak kiralah hari kanak-kanak , hari kantin sehingga pertandingan wakili sekolah. Aku bukan setakat nyayi je, tapi dikir barat, tarian, drama , pertandingan pantun dan sajak serta syair boleh dikatakan semua aku dah pernah buat. Macam hebat je kan...hak tuiii

Bila disoal adakah ini semua bakat? entahlah , setahu aku mama tak aktif masa kat sekolah , rasanya pemain hoki sekolah kut dan papa memang minat nyayi dan selalu menyayi di mess dan function kem. Maybe follow papa kut....kalau nak kata aku aktif bidang seni je , tak kut sebab aku pun aktif sukan gak dan pernah wakili sekolah untuk hoki ermmm oh okey itu follow mama.

Aku stop aktiviti semua tu lepas sekolah pastu terus membisu hingga ke kolej sampai habis kolej pastu bekerja sana sini dan terjebak semula tahun 2012 bermula dengan deklamasi sajak yang secara tak sengaja, orang kata terjebak ....pastu aku buat sajak muzikal diselit sajak dan lagu konon tu trademark la padahal aku memang tak pandai mana pun sajak majak ni takat sajak pra sekolah oh guruku, ibu ku sayang leh lah kut. So, nak bagi orang tak sangap dengar aku sajak so aku pun selit la nyayi2 pastu felling sendiri haha!.

Kalau suruh aku create sajak memang aku failed laaaa wei, google amat membantu aku kadang2 usha youtube untuk peroleh skill penyajak berkaliber. Macam biasa aku tengok 400 kali pun, memang tak boleh nak follow sebab aku ni memang tak boleh nak jadi orang lain, copycat memang tak leh..syok gak tengok penyajak yang dah expert baca sajak sampai mengigil ayat yang dilontarkan sampai bergetar2 wei....aku? mendatar je lah mampu..

Bakat ? oh ye...ada satu lagi yang ada pada aku yang actually aku tak suka buat benda ni tapi aku ada skill.... ermmmm Melukis...okey aku x suka seni.. tapi aku boleh melukis arhhh ini aku pelik. Aku sendiri tak leh jawap benda alah ni. Malah aku berjaya menghasil mural di dinding sekolah aku serta mendeco papan kenyataan bilik darjah. Asal aktiviti deco , hias menghias , nama aku mesti naik. But aku failed bab lipat melipat dan gubahan tapi kalau suruh gubah aku buat cara aku sendiri dan ramai gak la aku dah gubah hantaran2nya. Okey itu pun tak tersenarai antara minat2 aku. Ko suka aku buat , ko kata cun alhamdulilahhh...poyo plak

Addict paper colourfull ! yes, aku memang tak leh nampak kertas warna warni masa zaman sebelum2 kahwin...hahhahaha! memang gila kertas dan suka hasillkan kad untuk mereka yang istimewa dalam hidup aku. So, comfirmlah salah seorangnya laki aku kan....dan sempatlah aku created kad2 hasil tangan aku...acehh..ni aku berani cakap aku memang happy bila buat benda alah ni. Jangan nak suh aku snap gambo kad2 tu balik,memang tak la sebab aku sendiri nak muntah tengok...hahhaah gedik wei! biarlah menjadi rahsia yang kekal abadi....fengsan aku! Masih terbayang kad-kad tu...dan kata-kata dalam kad itu...arhhhh aku meluat

Now, dah ada 4 anak, aku perhati je perangai masing-masing. Tapi aku tengok cacha macam ada ciri-ciri gedik aku..hahahahahah. Maybe dia perempuan sorang kut. Suara dia agak sedap bila nyayi, ada vocal yang menarik tapi aku malas nak cakap apa2 kang dia jadi macam mak dia  plak. Untuk aktiviti sukan Aliff dan cacha sama naik , cha player Bola Jaring dan lompat tinggi ( tinggi ke ko ) dan aliff bola sepak dan kini aku nampak aiqarl dah mula tunjuk skill tendang bola dan jerit golllllll bab bola   follow pak anip bab jerit goll ikut mak dia.heheheh
Bab sukan yang dicenderung pada anak2 aku lebih cenderung mengatakan mereka banyak follow pak anip. Maklumlah suami i  wakil Negeri Melaka Gymnastik ...haaa! ko hada lentik-lentik action gitu....

Macam ni ? ko pandai ? tak adonyerrrr...tapi laki mak pandai...so, kalau kat rumah tu aku dah tak heran tetiba dia buat aksi luar biasa seperti dibawah-bawah ni.....oh tidakkkk...aku mampu tengok jelaaa nak oi...

kelat je muka brother ni....


Aksi-aksi yang memerlukan tangan yang kuat....
Tulang yang lembut...
Tapi tak lah lembut  macam ni ye...
heppp.....laki i genuine hokeyy...abg sado lagikkk tauu



Image result for mak nyah thailand

Untuk split macam gambo bawah ni ,
aku boleh buat hokey...
siap kaki naik kepala...
tapi dah anak 4 ni aku belum try lagi boleh ke idok..
so balik ni nak try lah...erkkkk
aku takut dah split tetiba kaki dok leh tegak balik....acerna? nak try x agak2...so lupakan..



Bakat tu, boleh diwarisi tapi lihat pada bagaimana kita sebagai ibu bapa nak bentuk dan didik anak2. Sometime kita tak ajar tak bagi tahu tapi kita dah nampak anak kita follow siapa dan apa yang di cenderung. Macam aku, lebih pada melihat apa yang mereka minat dan tak mahu memaksa untuk follow  dan minat perkara yang mereka tak suka. Lagi pun anak2 ku masih kecil lagi untuk mengenal identiti dan kebolehan mereka sendiri. Ada yang kata suka melukis tapi realiti ko lukis tak cantik mana pun, ada yang kata suka nyayi tapi bila lontarkan suara aduhh macam katak plak..So berbalik pada diri aku sendiri, aku tak tahu aku pandai sajak, nyayi , berlakon , mengubah, melukis tapi realiti orang kata ehhh ila suara ko sedap, ehh ila cantik lukisan ko...but aku yang buat aku yang dengar tak lah cantik mana dan tak sesedap mana pun. Realiti aku tak suka suara aku, dan aku tak suka lukisan aku,,,,,so aku buat dan lakukan sebab orang kata aku boleh, so aku buat. Jangan lepas ni korang jumpa aku suh aku bersajak atau nyayi tengah-tengah jalan plak...memang aku bagi KAKI....

Ok before tutup entry ni aku nak belanja gamba kenangan sambutan APC 2014 JKNM yang diadakan di Swiss Garden Melaka. Di majlis itu  aku diberi tugas  deklamasi sajak muzikal lagenda dan diiringi lagu Lagenda dari Shiela Majid dan jumpalah aku pada ex ofiice yang dah lama tak jumpa dan dirindu. Paling best kami diberi peluang untuk naik ke Skywalk level 42....memang nice view ....moh tengok gambo gedik ...TOLONG ABAIKAN KEBULATAN DIRI INI....ARHHH stresssssss





















Jadi diri sendiri lagi elok...choW



@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia