Rasa tak cukup masa

Since bibik balik bercuti, banyak perkara yang berubah dalam kehidupan seharian. Dipendekkan citer semua kerja yang bibik buat aku buat. Bukan kata x pernah buat tapi bila dah lama tak buat jadi huru hara awalnya. 

Dulu kain baju segala bagai memang aku x mahu amik tau, tau nak pakai bukak almari terus pakai. La ni bukak almari termenung baju apa nak pakai. Ada kain x ada baju ada baju tak tahu mana kainnya. Sudahh ..aku pening sonsorang.

Alhamdulillah sangat aku kerja shift
Napa? 
Kalau kerja pagi 2pm dah balik, banyak masa nak mengemas membasuh dan aktiviti niaga so sempat ke pos office. Usah di tanya asal aku dah syok sangat keje shift ni...klau orangh lain x suka aku memang suka. Cuma jarang babysitter nak jaga budak yg parents kerja shift ni. Tang situ memang agak kelam kelibut sikit, sebab babysitter aku sabtu ahad kalau boleh dia nak cuti. So, 2nd choice anak2 ku post rumah MIL. Ok gak tu, aku pun jarang sangat nak ke sana so bila dah macam ni lagi kerap jumpa MIL.  

Kalau dulu bangun pagi semua bibik settle, pagi2 dia dah pegang penyapu dan mop. Aku pula settle bab sarapan anak. Pak anip akan pasti chalif solat dan  kemas2kan anak2. Now, everything kami berdua buat tapi kalau pak anip tak ada akulahhh yang buat. Uhaaaa nagis nagis. Masa tu baru ingat bibik..pulanglahh ko bik. Aceh!

Dulu2 bukan aku tak pernah buat semua ni cuma bezanya dulu 2 anak tapi sekarang 4 anak, macam2 perangai, ragam dan selera. Now cha dan alif dah pisah bilik, maklumlah aliff dah bersunat cha pula dah makin anak dara yang gila k-pop dan running man. Bulan ni kami setup bilik anak lelaki dulu insyallah next month bilik cha. Cha request nak wallpaper bulat2 cat warna pink soft..ermmm aku prefer putih. Tengoklah cengana mana yang sesuai. Ada duit lebih plan nak buat loteng....insyallah semoga ada rezeki lebih. Nak beli rumah baru pak anip x mo, dia kata aku penakut beli rumah besar2 aku kejung dalam rumah bantai duduk dalam bilik je. Silap2 peti ais, dapur portable segala ada dalam bilik. Ok....aku penakut aku akui. So  duk lah ila rumah teres tu sampai tua. Aku x kisah pun ... Kecik2 rumah aku gak, mati nanti lagi kecik rumah ohhh tu lagi takut ..semoga aku dikalangan yang beriman. Tetiba sentap ingat mati.

Ook bye nk titon


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia