KEMBARA UMRAH - PART 5
Bercinta sungguh nak perabihkan cerita umrah ni.
Ni pun aku banyak skip cerita...klau tak memang berbelas bab duk cerita umrah jer..
Penyakit malas mula nak hinggap dah ni..bertabah je lah ye bila baca-baca tetiba part tu tetiba tergantung...
Bersambung semula..
Cha demam hampir 3 hari, dia kalau dah demam makan tak mahu , so jadinya aku kena layan apa yang dia nak makan. Kata nak kentang ku belikan kentang tapi tak makan, belikan kebab pun tak makan , so finally buka beg tengok ada biskut Julies Butter buatkan air teh panas paksa dia makan dan cicah biskut dengan teh. Okey berjaya! dia makan dan berselera. Pergi cafe bekalkan biskut yang sama ambil teh dia cicah pastu makan ubat.
Malam tu pukul 10 malam pak anip minta bibik naik bilik untuk jaga anak2, kami nak turun ke masjid untuk buat tawaf sunat. Kebetulan adik pun nak join, so kami bertiga turunlah ke masjid dengan membawa seribu harapan. Aku sentiasa berdoa dengan izinnya untuk aku mencium hajar aswad, memegang rukun yamani serta kaabah , bersolat di belakang maqom ibrahim dan bersolat sunat didalam ruang al hijr ismail. Sepanjang jalan menuju masuk ke masjid iulah doaku. Sampai depan kaabah kami mulakan dengan pusingan pertama , kedua aku dapat pegang kaabah dan rukun yamani , pusingan ketiga cubaan untuk pegang hajar aswad tak berjaya , pusingan ke4 dengan izinnya aku dan adik serta pak anip berjaya mencium dan memegang hajar azwad, selepas tu kami masuk ke al hijr ismail untuk solat ( bersolat di dalam itu seperti bersolat di dalam kaabah ), alhamdulilahh semua dipermudahkan tanpa menyakiti dan disakiti . Memang sukar nak mencium hajar aswad, rasanya tak perlulah kita mengikut cara mereka bertolak berkasar. Aku hanya ikut arus sahaja, mereka tolak dari belakang lagi kedepan dan lagi hampir aku ke hajar aswad hinggalah dapat pegang dan terus dapat mencium walaupun tidak masuk kepala dalamnya bagi aku dah cukup bersyukur sebab ramai dbelakang ku yang berasak-asak lagi. Pak Anip banyak membantu untuk aku dapat mengucup hajar aswad. Malam tu memang tak ramai sangat tapi kawasan yang doanya dimakbulkan allah memanglah padat sepadatnya dengan jemaah. Disini kita akan berjumpa dengan pelbagai cara solat dan mazhab. Janganlah rasa pelik , jauhkan berkata lebih kita lakukan sahaja ibadah kita , terima tak terima allah punya kuasa dia lebih maha mengetahui.
Aku tak mengharap untuk semua itu tapi doa ku hanya sekiranya "Kau mengizinkan aku maka kau lancarkanlah dan perkenankanlah keinginan ku tapi tidaklah hingga aku menyakiti dan membinasakan orang lain dan seperti juga aku tidak mahu dibinasakan" Insyallahhh .Sekira dengan izinnya dapatlah aku apa yang aku nak. Tapi jika tidak dengan keizinannya usahlah aku bersesak-sesak dan membinasakan orang lain demi memenuhi kehendak sendiri. Sepanjang disana , aku cuba untuk berfikir baik pada orang , malah sebelum aku ke tanah suci lagi aku dah amalkan diri ini untuk bersangka baik, fikirkan yang baik-baik, tidak berfikir buruk pasal orang dan mengelakkan diri ini menyakiti hati orang lain. Even nak ke tanah suci ini, aku tutup mulut dari rakan taulan, sahabat andai sehinggalah betul-betul sohih barulah aku buka mulut itupun aku up dalam facebook. Thanks pada kekawan yang dah tau tapi tutup mulut demi aku. Aku tak mahu perkara ini menjadi satu riak dan sombong dari pandangan mata orang lain. Subhanallahh..ellakkan aku takbur dan riak. Sesungguhnya , ramai lagi yang mahu jadi tetamunya tetapi masih belum dijemput olehnya walaupun ada harta dan duit yang banyak. Aku yang biasa-biasa ni menyimpan hasrat kecil jauh dihati untuk menjejakkan kaki disana akhir terlaksana juga. Percayalah , yakin pada allah insyallah ..
Suasana malam di Mekah , lepas aku tawaf sunat dalam pukul 12 lebih kami keluar masjid. Malam yang sunyi di tempat lain tapi sangat padat dan ramai seperti siang apabila di Mekah...
KFC Arab...dipercayai tapak kfc ini adalah tapak rumah salah seorang sahabat nabi swt . tak salah Saidina Abu Bakar ...kalau silap boleh beritahu saya ye..
Malam itu , ku tidur dengan seribu senyuman, rasa syahdu sangat bila dapat apa yang aku inginkan dengan mudah dan tanpa menyakiti dan disakiti. Alhamdulilah..terima kasih ya allah kerana membenarkan untuk segalanya.
25.02.2015
Keesokkan harinya, tiada aktiviti lain kecuali pada malamnya ziarah Gua Hira di Jabal Nur tempat dimana nabi swt mendapat wahyu pertamanya. Kami dikenakan rm25 seorang okeylah.Ramai gak yang join termasuk aku tapi last minit tak pergi sebab tengok cacha pun x sihat lagi kebetulan aqil dan aiqarl pun dah tidur, kang mahu keamukkan dua beradik tu dalam bas.Aku just suh pak anip snap gambar kenangan diatas Jabal Nur.
Dari cerita malam tu, orang pertama sampai di atas adalah Aliff, bertenaga sungguh anak lelaki aku sorang ni. Pak Anip kata dia tak dan nak solat kat atas sebab tak ada air sembahyang dan gua tu kecil je muat dalam 2 orang sekali solat. Mama pun berjaya naik atas , memang salute betul ngan mama.
Papa dan pak lang....bertenaga lagi ....tahniah betehh..
Oh bulat ku ...hhhheheheheh
Cik Su..berjaya takluk bukit dengan berjubah bagai...classs
Mama juara... view of Mekah ...adik kata cantik sangat ..
Sampai hotel pukul 2.30 pagi...Memang aku tak sadar masa pak anip balik. Keesokkan harinya baru aku tanya pukul berapa dia balik. Subuh pun kejut berkali baru sedar, penat sungguh kau panjat bukit tu bang....Macam mana nabi swt panjat ke bukit tu utk bertakafur dan isteri baginda naik bukit menghantar makanan untuk baginda hampir setiap hari...hanya allah maha mengetahui ...
26.02.15
Hari terakhir di bumi Mekah. Seawal subuh aku dah mula sibuk untuk aktiviti mengemas , packing baju, angkat baju, lipat baju bagai sebab petang nanti check out pukul 2pm terus bergerak ke Madina. Nasib aku amalkan membasuh baju sepanjang di Mekah, baju yang kami bawa pun tak banyak mana, so beg memang banyak kosong dan kami pun tak banyak membeli belah sepanjang di Mekah. Mama je rajin benar belikan baju cucu-cucunya. Kejup2 dia naik anta baju ada je baju dia beli untuk cucunya dan menantunya termasuklah 2 pasang jubah untuk aku. Acerna aku nak beli, belum sampai madina dah 2 pasang jubah aku.
Lepas kemas dan packing letak bag diluar bilik sebab nanti ada bellboy akan pickup beg untuk dibawa turun ke bawah. Settle bab beg , keluar breakfast pastu bawak anak-anak berjalan di sekitar shopping mall bawah tower zam-zam. Tapi tak beli apa pun just cuci mata jer. Settle jalan terus keluar menuju ke Masjidilharam untuk buat tawaf wida iaitu tawaf terakhir yang dilakukan sebelum meninggalkan kota mekah dimana kita mengucapkan selamat tinggal sebanyak 7 kali pusingan. Tawaf wida aku bawa semua anak-anak untuk bertawaf , kesian pak anip depan belakang mengangkut anak kecilnya. Perjalanan tawaf berjalan lancar, masa ni memang sayu sangat-sangat sedihnya tak terkata. Air mata nak mengalir tapi malu la plak sebab kakak ipar ku ada. Cuma mata ku dah mula berkaca. Bilalah aku akan kembali lagi , aku mohon agar diizinkan olehnya untuk kembali lagi . Rasa sebab didada ni, sepanjang keluar kami banyak mendiamkan diri.. sekalipun aku tak menoleh kebelakang sebab hati ni sayu sangat-sangat. Masa taip ni pun aku dah nak nagis ....setiap kali teringat kaabah aku akan sedih dan rindu nak melihatnya lagi. Insyallah aku akan kembali...
Aliff sudah di botakkan
Sepanjang di MEKAH aku mengabaikan muka ku seketika tapi look nice plak
ramai puji bercahaya je muka i...pilihan tepat memilih Tabita cv Desi Damayanti..
tiada kesan kalau kita stop memakainya ( promote jup )
Aliff and cha ...kami tawaf di ring 2....pun ramai jemaah juga
Cha sudah sihat sepenuhnya...alhamdulilahh
Gambar family ...ini je yang senonoh bagi aku....hahahaha susah nak bergambar dengan anak kecik yang banyak paeel ni
Aku dan kakak ipar ku juliana
Menuju tawaf...lepas tawaf adalah dilarang sama sekali untuk mengambil gambar...harap maklum..
Mula tawaf ...ramai juga yang mengunakan ring 2 ni...mungkin sebab lebih selesa dan beratap
Boleh lihat jentera-jentera yang digunakan untuk pembesaran masjidilharam..
Selesai tawaf , kami tidak dibenarkan tidur maka kami duduk dalam bilik bersama anak2 tengok movie arab ...sebelum menunggu zohor..lepas zohor terus makan tengahari dan terus naik bas untuk gerak ke Madina dalam pukul 3 petang.. Perjalanan mengambil masa katanya 5 jam tapi hampir 7 jam perjalanan mungkin termasuk berhenti makan dan solat magrib / isyak.
Otw nak ke Madina kami berhenti di sebuah Rnr kononnya la aku dah tak ingat apa tempatnya dan memang tak dan nak snap gambar bagai. Kali ni kami makan dalam talam ikut sunnah nabi, ada ayam ikan dan salad okey lah no bad. Sampai Madina pukul 10 lebih, turun bas angin sejuk malam memang terasa sampai ke tulang. Aduhhhhh sejuk dia tak usah nak cakap. Kalau di Mekah merasa 3 hari musim sejuk tapi di Madina hampir setiap hari sejuk tapi dah mula nak ke musim panas. Di Madina kami menginap di Mubarak Silver, jarak dalam 100 meter menuju ke Masjid Nabawi , tak jauh mana. Hotel ni okey cuma kesian yang lain dapat bilik kecik pastu stay 4 orang memang padat sangat-sangat. Memula aku ingat bilik aku paling kecik walaupun Suite, bila turun bilik mereka rupanya bilik mereka lagi kecil. Kesian mama ngan mak pelawa mereka duduk bilik kami tapi dorang tak mahu nak berpindah randah. Malam tu memang dah ingat apa dah, tahu dapat bantal terus tidur.
bersambungg..
View Madina dari tingkap bilik ....
@}~~story is memory~~{@
Comments