KEMBARA UMRAH -PART 4

Selesai sudah umrah ke 3 ,
insyallah semoga umrah kami marbur dan diterima allah swt. Segala doa rakan-rakan, saudara mara telah ku panjangkan dalam doa-doa ku.  
Dengan izinnya semoga allah makbullah doa-doa yang aku sampaikan dengan tulus ikhlas.

24.02.15 
Hari itu kami ada ziarah tambahan yang di buat oleh mutawif iaitu melawat Perkampungan Ubudiyyah , melawat muzium dan miqat pada sesiapa yang hendak teruskan umrah 4 atau umrah badal. Mama , mak dan adik ipar semua sambung buat umrah. 

Destinasi pertama di Muzium Masjidilharam...dimana dalam muzium ni kita dapat melihat Mekah dahulu hingga perangkaan fasa terbaru . Muziu ni tersimpannya arked lama, tiang lama hinggalah tempat tenun kain kaabah. Rekomen sangat korang datang sini. Sangat teruja sampai tak dan nak ambil gambar banyak sangat sebab sibuk membaca fakta sejarah yang tertulis biasalah aku kan gila sejarah...Bila keluar sahaja dari pintu muzium ni setiap pengunjung diberi senaskah Al-Quran yang diwakafkan. Agaknya mereka yang buat wakaf alquran dia edarkan salah satunya disini kut selain diletakkan di masjid.. Waallahhualam.










Ubudiyyah adalah dimana tempat rasulluallah dibesarkan dan disusukan oleh Saidatul Saadiah ( ibu susuan nabi ) sehingga berusia 5 tahun. Banyak cerita yang diceritakan oleh Ust Ali Hasan tentang perkampungan ini, selain menjadi tempat tinggal nabi ia juga tempat persinggahan dan markas nabi semasa perbincangan untuk menakluki @ memasuki Mekah bersama para sahabat dan tentera perjuang islam. Malah perjanjian Ubudiyyah juga berlaku diperkampungan ini, dan nama pun dah nama kampung kan. Perjanjian diantara  Mushrikin Mekah ( kafir ) dan muhajirin madina. Terbentuklah perjanjian yang berat sebelah yang diminta oleh pihak musrikin Mekah kepada nabi perkenankan oleh baginda permintaan kafir itu. Bermula perjanjian itulah maka orang islan dibenarkan melakukan umrah dan masuk ke Mekah. Apa perjanjiannya, kenapa berat sebelah..aku ingat-ingat lupa sebenarnya. Sila rujuk buku sejarah nabi dan google pun boley...aku risau aku taip punya taip sekali silap cerita pastu salah fakta...masak plak mak nak jawap..Aku tak dan nak snap gamba sebab kami hanya lalu sahaja di perkampungan tersebut dan mutawif akan ceritakan segala sejarahnya yang sempat aku snap adalah tinggalan bekas tapak masjid lama di pinggir perkampungan ubudiyah dimana kami stop untuk mereka yang nak jatuh niat buat umrah seterusnya. 

Tinggalan sejarah sahaja

On the way pulang ke Tanah Haram, dapatlah aku lihat kepesatan pembangunan di Mekah ini. Tapi bukan pembangunan yang aku lihat , aku cuma terfikir bumi mekah ini hanya sekadar bukit batu2 yang keras dan warna semua sama sahaja tanpa pepohon hijau yang menghijau seperti di Malaysia. Bagaimana zaman rasulluallah dulu ye...perjalanan penghijrahan dari kota mekah ke kota madinah apabila tahu baginda akan ditangkap dan dibunuh oleh orang kafir mekah. Perjalanan 7 jam menaiki bas ke madina agaknya berapa lama pula perjalanan nabi ke madina dengan hanya berjalan kaki. Ya allahh...bertapa peritnya dugaan mu padanya tapi rasulluallah tidak pernah berpaling dari mu.





Tanda-tanda akhir zaman ...pohon-pohon menghijau yang ditanam di sekitar tanah arab....waallahualam..

Balik sahaja ke hotel, aku terus mengadap baju yang berlonggok untuk dibasuh. Memang tak ada pekerjaan lain itulah je keje aku disana disamping melayan kerenah anak-anak. Memang sudah dijangka cacha jatuh sakit demam panas, kalau cha demam kami memang kena elert sikit sebab cha dia kalau sakit agak lain sikit penyakitnya kalau tak dipantau memang tak pasal kena masuk hospital. Dengan bekalan ubat-ubatan aku set time makan ubat dia dan tuam nya kain basah di badan-badannya. Badan dia pun memang lemah, tapi semangat masih kuat , dia kalau demam memang akan dimanjakan oleh pak anip. Anak pompuan sorang tak ye..
 Si ayah memicit kepala anak...


Masa ni aku sibuk aktiviti basuhan dan sidaian serta lipatan. Nasib bilik besar, pastu kain yang dibasuh memang cepat kering. Dari jendela bilik memang nampak view masjidlilharam so, kalau tak sempat nak solat kat masjid kami akan solat di bilik berimankan masjid memang clear dan nampak jemaah lain bersolat..

Deretan baju yang dibasuh dan disidai...kalau nak cepat lagi aku sidai kat jendela luar tu tapi pak anip tak bagi sangat katanya habuk dan debu diluar tu.


Si aqill meragam nak minta di picit oleh daddynya...bila tengok kakak dia kena urut, automatik dia pun kata dia sakit...
Siaran television sana semua versi Arab laaa..
Aku memang tak bukak channel lain selain live tv in masjidilharam. Dari tv aku leh tengok time bila orang tak ramai time bila masjid penuh orang dan waktu solat.  So, anak2 ku telah ku siapkan tab 2 bijik dan di downloadkan cerita-cerita kartun kesukaan mereka. Bila on jer tab bagi susu sorang sebotol , senyaplah depa untuk seketika. Ini sahaja umpan kami ketika disana. Masa di Mekah kami dapat merasa musim sejuk selama 3 hari pastu masuk musim panas tapi tak lah panas mana..okey lah ..badan pun tak berbau kepam ..
 bersambung lagi part 5

@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Mak Buyung

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bau Kemenyan