KEMBARA UMRAH PART 3
Bersambung lagi ...
Naik juling tengok gambar-gambar nak dimuat turun..diikutkan hati nak muat turun semua jer...tapi kang orang kata bermegah-megah pula. Susah nak dimengertikan tanggapan negatif orang yang menyalah erti pendirian dan matlamat orang lain. Aku up dalam blog hanya sekadar berkongsi kenangan yang pasti kalau aku tengok balik dan baca balik buat aku teringat yang aku pernah kemari dan insyallah akan kembali lagi. Lagi satu , ia lebih pada kenangan terindah yang nak dipahat atas batu tak larat nak tukul plak...so aku pahatkan je dalam blog aku ni...So , bila dah tua-tua baca leh tengok gelagat diri sendiri bersama anak-anak dan cucu-cucu aku pun leh baca nenek dia punya blog ni. heheheheheh ..tua dah aku yerk...
Umrah ke 3..
Lepas zohor turun ke lobby untuk ke masjid berjemaah...oleh kerana ini umrah terakhir bersama mutawif , so rasa yakin tu ada sebab dah tau step-step dan bacaan-bacaan dalam tawaf dan saie..alhamdulilah segalanya berlaku dengan tenang. Kali ni kami memilih untuk tawaf di ring ke 2 iaitu tempat beratap tapi tawaf jauhlah sikit pusingannya. Petang tu memang ramai jemaah melakukan umrah di ring bawah , mutawif risau kami terpisah jauh dan kebetulan group kami ada yang berkerusi roda. Oleh kerana umrah terakhir maka aku buat sebaik boleh, pada masa ni badan aku dah mula tak beberapa sihat terutama cacha. Cacha mula mengeluh dan merenggek kepenatan dan asyik tanya bila habis dan bila nak balik hotel. Perjalanan saie aku pun agak slow jer...siap berlumba dengan MIL aku siapa jemaah terakhir sampai marwah ...masa ni kelakar la..dalam masa aku kat depan bila sampai point marwah tengok mak dah kat depan..hahahaha eh bila masa plak mak pintas aku ni. Mama pula sangat kuat semangat, aku bersyukur sangat sepanjang di Mekah mama tak mengeluh sakit bagai malah dia begitu bersemangat melakukan umrah ke 4. Allah telah makbulkan doa mama untuk kesihatan yang baik sepanjang di tanah suci ini.
Habis sahaja umrah 3, aku memang flat gila..tapi aku lawan sakit kaki dan pinggang aku. Setiap kali naik bilik Pak Anip akan tarik tulang belakang aku. Aku pun tak tahu kenapa, sampai mekah plak aku sakit pinggang pastu betul2 kat tulang belakang tengah tempat cucuk epidural masa bersalin Aliff, Aqill dan Aiqarl. Hanya allah sahaja yang tahu sakitnya aku menahan. Menitik airmata ni memohon keampunan dan kekuatan agar allah mengizinkan aku menghabiskan umrah 3 dengan sempurna. Alhamdulilahh...setiap kali teguk air zam-zam aku berdoa agar air itu diberikan keajaiban oleh allah untuk mengubati segala penyakit dan meredakan segala kesakitan. Ya allahh doa ku dimakbulkan allah...tanah suci memang tempat berdoa yang mustajab. Allah perkenankan segala permintaan hambanya yang berjuang untuk mendekatinya.
Sepanjang perjalanan ini, aku bersyukur aku tak berdepan dengan perangai dan sikap manusia yang pelik-pelik..aku sentiasa berdoa agar allah perlihara tutur kataku, bahasa ku, mata ku, fikiran ku dan hati ku agar tidak melihat , mendengar dan berfikir negatif. Memang sepanjang aku disana aku hanya berfikir yang baik-baik dan tak ambil peduli perkara yang remeh.
bersambung part 4

Perjalanan Saie yang panjang... Antara bukit Safa - Bukit Marwah..cuba fikirkan ye, agaknya bagaimana rasulluallah dan para jemaah dulu kala datang mengerjakan umrah dengan berbukit2, berbatu2 even sekarang ni segalanya rata , cantik, beraircon sikit lagi ada escolater bergerak untuk berkerusi roda dan jemaah yang tak larat berjalan. Nabi Muhammad sentiasa mendoakan umat2nya yang tidak pernah kenal, nampak dan berada dizamannya ...tapi kita ada ingat rasulluallah ? sebut cinta rasul tapi tahu ke pengorbanan rasul pada umatnya selepas dia. ???
Tahalul umrah 3....lepas tu aliff pun botak
Inilah adalah view belakang masjid dimana disini mutawif beritahu kami mana letaknya rumah nabi muhammad swt, rumah abu jahal, perkampungan nabi dan rumah sahabat-sahabat nabi ..semuanya ada dibelakang ni tapi semuanya telah tiada cuma hanya tinggal kenangan sahaja. Paling terkejut TANDAS MASJID adalah tapak rumah ABU JAHAL. Malah nama tandas pun diberi nama ABU JAHAL...
Ni permandangan dari ring atas sekali - kawasan tawaf paling atas
Habis sahaja umrah 3, aku memang flat gila..tapi aku lawan sakit kaki dan pinggang aku. Setiap kali naik bilik Pak Anip akan tarik tulang belakang aku. Aku pun tak tahu kenapa, sampai mekah plak aku sakit pinggang pastu betul2 kat tulang belakang tengah tempat cucuk epidural masa bersalin Aliff, Aqill dan Aiqarl. Hanya allah sahaja yang tahu sakitnya aku menahan. Menitik airmata ni memohon keampunan dan kekuatan agar allah mengizinkan aku menghabiskan umrah 3 dengan sempurna. Alhamdulilahh...setiap kali teguk air zam-zam aku berdoa agar air itu diberikan keajaiban oleh allah untuk mengubati segala penyakit dan meredakan segala kesakitan. Ya allahh doa ku dimakbulkan allah...tanah suci memang tempat berdoa yang mustajab. Allah perkenankan segala permintaan hambanya yang berjuang untuk mendekatinya.
Sepanjang perjalanan ini, aku bersyukur aku tak berdepan dengan perangai dan sikap manusia yang pelik-pelik..aku sentiasa berdoa agar allah perlihara tutur kataku, bahasa ku, mata ku, fikiran ku dan hati ku agar tidak melihat , mendengar dan berfikir negatif. Memang sepanjang aku disana aku hanya berfikir yang baik-baik dan tak ambil peduli perkara yang remeh.
bersambung part 4
@}~~story is memory~~{@
Comments