KEMBARA UMRAH KU

Alhamdulilah
Dengan izin allah swt pada 20.2.2015 hingga 02.03.2015 jejaklah kaki ku di Tanah Haram bumi Mekah dan Madina Al Munawarrah. Pelbagai dugaan yang dilalui sebelum berangkat akhirnya dengan dugaan2 itulah telah merealisasikan impian kami sekeluarga.( tetiba starting baguss je bahasa )

Banyak perkara yang aku hadap sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci, perancangan tak dijangka akhirnya menjadi kenyataan. Pernah hampir satu tahap aku berputus asa untuk ke sana , tapi allah telah tentukan takdir aku untuk menjadi tetamunya. Ingat lagi, kalau kekawan, saudara mara ke tanah suci aku mesti suh dorang seru nama aku untuk jejak kaki kesana , tak sangka doa aku telah diangkat olehnya. Syukur sangat. Maklumlah , aku ni manusia yang banyak dosa, risau gak tetiba kena panah petir plak nanti.. tapi allah tu maha pengampun lagi maha mengasihani.



Ni adalah gambar yang turut serta dalam kembara umrah aku selain pak anip  iaitu Mama, mak, adik, adik ipar , pak lang , chalifqilqarl dan papa . Yang tak ada dalam gambar ni hanya papa , sebab dia dah naik train dulu manakala bibik yang belah kiri sekali berpaling kearah luar train yang tak tiba-tiba. 


Kami memilih pakej Andalusia, alhamdulilah kami memilih travel agent yang berpengalaman dan amat berpuashati dengan perkhidmatannya dari mula daftar hinggalah ke mutawif semuanya okey.  Harga pakej pun tak berapa mahal dan alhamdulilah dengan izin allah apa yang aku nak semuanya  aku dapat seperti contoh aku nak naik Saudi Airlines , nak gerak ke Mekah dulu baru madina dan menginap di Hotel yang berhampiran dengan dataran Mekah. Banyak perkara yang aku fikir sebelum nak pergi ke umrah ni , plan pun kena baik sebab aku pergi bawa anak-anak. Aku memang siap check list barang dan peralatan serta ubat-ubatan hinggalah plan samada nak dobi berbayar atau dobi sendiri. Nasib aku rajin refer blog blogger tentang pengalaman-pengalaman ke umrah dan tanya dengan rakan-rakan sahabat yang berpengalaman membawa anak ke tanah suci. Buah fikiran dorang memang aku hargai dan aku jadikan tips penting. Terima kasih sangat-sangat.

20.02.2015
Kami check in pukul 1pm , gitu gini masuk dalam dewan berlepas dah masuk zohor terus solat jamak asar dan lelaki memakai ihram sebab kami akan bermiqat di munazil dimana pilot akan inform kawasan mana yang akan kita jatuh niat tapi yang pasti jatuh niat atas kapal terbang. Kesian si aliff berihram dalam kapal,  sejuk beku  dia sepanjang dalam kapal. Ceh..tapi aku bekalkan baju sejuk, tapi bila dah jatuh niat berlenggeng la dia tanpa baju sejuk.

Sebahagian family yang datang , sebahagian je tau...ada lagi yang tak masuk dalam ni..bayangkan satu bas yang hantar kami itu tak termasuk yang datang naik kereta...
 3 beradik ni sederet dengan kerusi aku dan pak anip
jarak kami hanya ruang berjalan 
 Elok je masa ni memasing, masuk 4 jam kejup nak buang air la, nak jalan depan la, nak minum la nak ini la...bertabah je le.. aiqarl keje tidur je tapi ada masa dia main-main gak.
 Nasib leh layan movie dan game dalam flight , so anak2 tak boring, cuma masuk 4 jam perjalanan aqill dah mula meragam, dan buat hal berjalan dari hujung ke hujung ke tempat mamatok. Seat kami bersepah kecuali aku anak beranak diberi seat dekat-dekat. 
 Sesampai di bumi Jeddah, kami naik bus menuju ke Airport Jeddah, masa ni aiqarl nyeyak tidur....dan aku pun dah simpan hp dalam beg sebab dah target sampai Mekah NO INTERNET / NO CALLING / NO WIFI kecuali snap gambar je - alhamdulillah aku berjaya bertahan


Kami sampai pukul 7.30pm di Jeddah , urusan di sana berjalan dengan lancar kami tak berhadapan dengan perangai orang arab yang pelik-pelik seperti yang diwar-warkan oleh orang. Beratur still kena beratur tapi taklah sampai menunggu lama , malah punyalah bagusnya orang arab ni siap buka lane baru untuk para jemaah terutama jemaah perempuan. Tapi yang tak bestnya aqill yang kengantukkan telah mengamuk sepanjang di airport Jeddah , maklumlah waktu Malaysia sepatutnya 12.30 malam so, memang waktu tidur dia. Aku dipaksa mendukung dia sepanjang beratur untuk cop passport ...adoiii sakit jiwa raga, dia langsung tak mahu orang lain mahupun Mamatok. Settle amik beg bagai, terus naik bas dan bersolat di Hotel. Patut kami kena stop dekat masjid berdekatan untuk buat jamak tapi dipertengahan jalan mutawif tukar plan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah memakan masa dalam 1 jam lebih , so kami sampai Hilton Tower Mekah pukul 12 lebih, mutawif beri masa 1 jam untuk letak barang dan terus turun ke lobby untuk menyelesaikan umrah 1. Kebetulan adik ipar aku period , so dialah yang bantu untuk menjaga aqill dan aiqarl di bilik. 

Umrah 1
Oh my god, first time berdepan dengan Kaabah yang dimana kita sujud tanpa melihat hanya terlihat di tikar sejadah akhirnya didepan mata. Speechless , tak terkata dari kata yang tak mampu aku luahkan. Airmata ni menitik-nitik laju, rasa dirini kerdil , berdosa , ya allah hanya dia sahaja yang tahu apa yang tersimpan dalam hati ni. Dengan izinnya aku menjadi tetamunya , dia benarkan aku untuk melihat keindahan rumahnya itu. Masa tu, tetiba flashback di dinding2 kaabah tu umpama layar video yang melihatkan dosa-dosa aku. Paling aku touch ialah bila melihat mama, rasa nak peluk dia dan cakap MAMA AMPUN KAN KAKAK, AKAK BANYAK DOSA DENGAN MAMA DAN SELALU BUAT MAMA TERGURIS. Bila lihat suamiku, aku nak pegang tangannya dan ucapakan terima kasih sangat-sangat sebab sentiasa ada disisi aku memberikan semangat dan sentiasa menyokong juga protect aku bila orang mengata dan memburuk-burukkan aku. Paling aku touch bila teringat arwah Olin , jika dia ada pasti dia ditengah antara aku dan adik. Aku sungguh-sungguh merinduinya, segala doa ku untuknya . Ishkk banyak yang aku rasa. Nak taip ni pun rasa nak nagis 


Umrah pertama yang sempat snap....



Aku dan adik ku
selepas solat sunat tawaf dan solat sunat lain...



Perjalanan umrah di guide oleh mutawif Ust Ali Hasan yang sangat lembut hati dan berbudi pekerti. Kami banyak berpandukan ustaz sepanjang umrah 1 kami. Alhamdulilah dalam 2 jam 1/2 ( 3.40am ) kami habis umrah 1.Perjalanan umrah 1 berjalan lancar, betul kata orang , bagaikan ada satu semangat lain bila tiba di Tanah Haram, hilang segala keletihan atas perjalanan, lupa pada rasa penat seolah macam ada satu tenaga lain yang ada dalam diri ni. Balik bilik on television ada live dataran mekah 24jam, aku boleh lihat jemaah seperti aku yang datang dari jauh bertawaf , bersaie hanya kerana untuk dekat dengannya dan melakukan  ibadah sehabis boleh sepanjang berada di bumi allah ini. Aku ni manusia yang sentiasa leka, sentiasa melambat-lambatkan solatnya, tapi setiba disana aku rasa rugi jika tidak bersolat di masjidilharam, rasa rugi tak tunduk dan berdoa di depan kaabahnya. Serba serbi yang aku nak buat dan tak mahu ku lepaskan sedikit peluang yang ada tapi rupanya aku lupa , yang aku pergi bersama sikecil-kecilku maka aku tak boleh terlalu melepas tangan dan tanggungjawap. Allah maha mendengar dan maha mengetahui, percayalah segala doa-doa dan keinginan kita insyallah allah akan makbulkan. 

Oleh kerana mekah lewat sehari dari Malaysia, maka 20.2.2015 hari bebas selepas umrah 1, lepas subuh aku basuh baju anak2 dan lepas tu turun breakfast di cafe. Konsep buffet, makanan sedap dan menyelerakan , alhamdulilah gemuk kejup aku kat sana. tapi masuk hari 3 aku dah mula tak leh nak masuk tekak , rasa rindu kat sambal belacan, asam pedas dan sambal ayam.  Settle breakfast balik bilik baru kami tidur sampailah sebelum zohor. Jemaah banyak menghabiskan diri di masjid begitu juga mertua , mama dan adik2. Cuma aku dna pak anip je yang lebih pada aktiviti melayan anak-anak. Aku tak mahu dengan bawa anak2 akan buat aku tertekan, jika terlintas je cepat-cepat aku istifar. Selalunya situasi itu berlaku bila melihat atau terdengar adik atau mama nak ke masjid mengerjakan solat dan tawaf sunat. Masa tu jeles sangat...tapi aku yakin allah tahu isi hati aku dan matlamat aku. 21.02.2015  tu free day, sesiapa nak rehat leh rehat...aku tak rehat mana pun sebab lebih melayankan anak-anak. 


Pemandangan dari cafe berdepan pintu utama masjidilharam





21.02.2015

Petang tu, jalan jup kat kedai-kedai sempoi jauh dari dataran dimana ramai jemaah yang stay hotel jauh-jauh dari dataran akan lalui jalan itu. Sempoi la view dia, kedai di mekah agak lagend je berbanding madina. Kerja-kerja pembesaran dan menaikkan hotel-hotel berdekatan dengan dataran sedang giat dijalankan. Debu dan habuk tak usah nak cakap, memang buat aku sesak nafas but tak ketara mana sebab aku dan family dah siap-siap beli nosk untuk tapis habuk direct masuk hidung. Korang amat perlu beli nosk ni untuk avoid dari hidu lebih banyak debu habuk yg kita tak nampak. 


nosk plug..rm20 jer 
( gambar ehsan pak google )





Kawasan bawah dataran ...turun sikit dari Hilton Tower ada satu kawasan lapang , kat situ banyak burung merpati..jinak-jinak tau

 Gambar ni si aqill ambil,, sibuk suh pose, kalau tak pose dia paksa jugak pose..tu yang aku jadi model ulik mayang di tengah kota mekah....aptb..sapa lagi nak layan kalau tak aku maknyer.
 Selpie sendiri belakang Clock Tower ...
 Pastu ajak aku selpie...layann je le..abaikan aku yang agak montel
 Sang Merpati yang jinak...

Kalau korang perasan belakang kami tu ada kedai-kedai , actually dia seberang jalan. Disitulah banyak terjual jubah dan macam-macam barang dengan harga berpatutan tapi kena la pandai-pandai tawar ye. Aku tak beli apa, just purdah untuk elak habuk ...niat pun dah lain kan..Adik ipar aku beli jubah salah sebuah kedai disitu. Pak anip tukang jaga anak-anak. 

22.02.2015

Pagi-pagi lepas breakfast kami berkumpul di lobby ,tunggu punya tunggu rupanya plan untuk ziarah telah bertukar buat umrah ke 2 dan naik bas bermiqat di Tanah Halal iaitu di Masjid Tanaim Jaaranah. Oleh kerana anak2 semua dah turun ke lobby maka dibawalah sekali naik bas kira macam bawak dorang makan angin sat, sesampai di tanah haram , terus gegas naik bilik hantar anak-anak pada bibik dan ida ( adik ipar ). Masa ni bibik plak datang period, pelik gak aku , sebab dia makan ubat tahan period sekali dengan aku. Mungkin dah takdir , kita hanya merancang allah yang menentukan. Umrah ke2 bermula pukul 10 lebih dan tamat betul2 nak masuk solat zohor. Solat zohor di masjidilharam di tepi-tepi orang lalulalang antara bukit Safa dan Marwah. 


Aktiviti menunggu yang sepatutnya ziarah kota mekah tapi bertukar buat umrah 2
 Adik ipar aku si jururawat

 Peace ..Nilah adik ipar aku yang jaga qilqarl di bilik 
 Ni gambar semua aqill snap...mengamuk tak bagi orang pegang camera tu..stress plak nak layan dia sengeh bagai


Balik hotel terus tunggu anak di lobby untuk makan tengahari, dan aktiviti petang tu adalah bebas , so amik kesempatan untuk membasuh baju...mesti korang pelikkan asal bibik tak buat semua kerja-kerja tu.. Oh no no setiba di tanah suci tugas yang dah lama aku tak buat aku buat dan tujuan aku kesini untuk beribadat begitu juga dia. Lagi pun sepanjang di Mekah si aiqarl langsung tak mahu bibik asyik melekat jer dengan aku. 

Hari tu plan dengan Pak Anif nak solat magrib dan isyak  di masjid target nak masuk dalam dan solat di depan kaabah tapi pintu utama dah tutup.Tak ada rezeki kami. Oh ye masa aku datang sini mekah dalam proses pembesaran dan banyak pintu masuk masjid ditutup kecuali pintu 79 betul-betul depan Hilton Tower. Kalau yang bukak pun hanya kiri dan kanan pintu 79 tu. So, memang betul-betul sesak dan padat malah banyak jalan ditutup termasuk pintu antara Bukit Safa dan Marwah. Jalan pun agak jauh juga sampai kaki masing-masing dah sakit bisa-bisa, kesian mama dan mertua ku masa ni. 



Sempat selfie belakang Clock Tower ....masa ni nak tunggu solat isyak...ingat sempat masuk dalam..asalkan turun je tangga alih-alih pintu utama tutup balik...jadiknya kami berisyak didataran luar sahaja ....belum ada rezeki 
 Indah pemandangan ini....
Lihat kebanjiran umat islam yang tanpa henti keluar masuk masjid...
 Lihat pintu dibawah tu...semua menuju pintu yang satu untuk masuk ke Masjid 
 Pemandangan luas dari dataran ...bertapa besarnya umat islam kita tapi mengapa kita tidak mampu menyelamatkan orang islam di Palestine dari Yahudi...


Malam tu lepas solat isyak , terus ke cafe dan dinner , singgah kedai dibawah hotel untuk beli kebab, kentang dan lain-lain makanan untuk anak-anak. Soal makanan jangan risau, bawah hotel tu berderet kedai 24jam dibuka , makan dengan tak makan je. Tapi aku rasa makanan yang disediakan di cafe sudah cukup-cukup mewah tapi penyakit membazir nak beli tu memang ada pada naluri masing-masing ehhh silap  aku je..hihihhiihi...

sambung next post...... ZzzzZzzzZ   



@}~~story is memory~~{@

Comments

Kak Yong Ayuni said…
bestnyer nak baca story ni...tp xsempat lagi nak baca n hayati..just skroll je dulu..nanti ada masa saya baca.. mcm na lah ek pegi umrah bawa anak kecik pulakk

Popular posts from this blog

Cerita Mak Buyung

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bau Kemenyan