KEMBAR UMRAH PART 2
Kejup je masa berlalu, dah masuk 23.02.2015. Hari itu kami dijadualkan ziarah ke kota Mekah. Pergi ziarah dan bermiqat untuk menunaikan umrah ke 3. Masa ni sesiapa nak buat umrah untuk mereka yang dah tak ada bolehlah niat atas nama mereka. Aku? belum ada keyakinan. Mama niat atas arwah mak tok manakala adik niat atas arwah olin. Kami pergi melawat di beberapa tempat iaitu kawasan Jamratulaqabah iaitu kawasan melontar jemaah haji, melawat dikawasan-kawasan tempat jemaah haji seperti bukit/ dataran arafah , Jabal Rahmah ( Bukit Kasih Sayang ) dan miqat di tanah halal yang aku tak ingat dah nama masjid tu.
Kawasan paling syok aku hari tu adalah di Jabal Rahmah dimana disitulah bukit pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah beratus tahun terpisah setelah dibuang dari syurga kerana makan buah khuldi di syurga yang dimana allah telah meriwayatkan tiada siapa dibenarkan untuk makan buah tersebut tetapi kerana kejahatan dan sikap irihati syaitan telah menghasut lalu adam dan hawa termakan pujukan syaitan durjana dan dilemparlah mereka berdua di bumi. Adam di campak di india manakala hawa di Jeddah. Ini mutawif aku yang cerita.
Pak Lang bergambar tapi aku tak ingatlah ni bukit apa...sebab perjalanan nak kesitu aku dah terlelap ..sedar2 dah sampai...masa ni aku ingat sampai Malaysia aku dah ingat. Tanya pak anip pun sama gak jawapannya. Sapa2 tau leh ye bagi tau ye apa nama bukit ni..
Berdua lebih baik....masa ni qilqarl tidur dalam bas...kang kejut mahu keamukan mahu badmood sepanjang jalan...kebetulan bibik pun x mahu turun..ok selesai
Kami and mama....dulu berempat kini tinggal bertiga..
rindu sangat pada olin...alfatihah
Mertua ku dan adik2 ipar ku with princess cacha..
Deretan bas disana ...bas sempoi je.kalau orang arab naik bas canggih, orang luar naik bas tak canggih...maybe orang Malaysia ni sentiasa bersyukur dan tak kuat complaint kut...bagi aku , dah ada bus sudah cukup baik..tp yang tak bestnya aircon plak tak kuat...adeii ..cungap mak nak dlm bas.
Jabal Rahmah...Bukit Kasih Sayang
Ramai juga yang naik bukit ni, yang adam mencari hawanya kekekeke manakala yang hawa mencari adamnya..hahahhaah..Aku suh pak anip naik dia siap cakap " Hawa daddy dah ada kat bawah ni " hokeyy...tetiba feeling romantik ko pak anip. appey dah lama x dapat le tu. Adik aku dan adik ipar berjaya naik atas hahahaha harap-harap cepat la jodoh ko adik ku..Dapat aku anak buah baru. Papa naik sampai atas tapi kena pau dengan orang arab sampai SR450 sebab ambil gambar ...kesian papa..masa kursus mereka dah pesan jika ada orang volunteer nak ambil gambar , tolong bagai jangan terima pelawaan tu...baik ada makna kang tak pasal kena huloo paksa....
Mama tak mencari adam baru ...so stay bawah je...
Kami with papa...sapa tah amik gambo ni..bukan nak cakp 123...
Pak Anip tak habis-habis dengan batang selfie dia....layan je lee
Cacha starting not feeling well...dah mula nampak dia batuk2..Dia kalau dah start batuk insyallah akan demam...hahhahah insyallah koo...
Kepanasan dalam bas....pak anip berpindah kedepan..katanya duduk belakang panas sebab enjin bas kat belakang...ok terima, sebab dia kan driver bas
Junk food penuh dalam beg ...semata-mata untuk sikenit-kenit ni...mamatok la rajin melayan beli semua ni..aduhhh...
Kawasan perkhemahan jemaah haji di musim haji..di Muzdalifah dan arafah
MALAKA = MELAKA....butik pakaian ..jauh nama melaka dibawa tapi telah di baku kan..
Jangan tanya ni masjid apa...memang aku tak tau ..cantik suci bersih putih..tapi kami bermiqat disini untuk umrah 3
Settle berjalan-jalan , kami stop disalah sebuah masjid iaitu kawasan untuk jatuh niat umrah 3...ku tak ingat apa nama masjid tu...seperti diatas..Balik ke Tanah Haram kami terus mengerjakan umrah 3..Tapi kami singgah hotel dulu untuk solat zohor , lepas zohor terus jumpa di lobby dan bergerak ke masjid untuk melakukan umrah.
sambung part 3
@}~~story is memory~~{@
Comments