Pasar Malam Kuah Langkawi

Kalau pergi langkawi aku akan pastikan untuk singgah ke pasar malam kuah yang memang menjadi tempat fov aku setiap kali ke sini....antara yang aku suka sangat Tokiyo ..., ada dua gerak jual bendalah ni tapi aku suka yang gerak lagi satu...yg bawah ni x berapa sedap kelapa dia masam ...

Yang ni sedap ...kepala dia terasa kelapa dan x masam serta basah...

Ketupat palasss...yummy klau melaka mmg susah nak jumpa...klau ada pun tak sedap ...acehh melampau kau kan ...

Mertabak ....tp dia buat cengini bentuk block2 gitu pastu baru dia balut pakai tepung..nampak menarik tapi pak anip kata tak sedapppp....
 
Terjuntai2 isi diakan tapi pak anip kata byk rasa bawang dari daging...perangai nak sama dgn bini ...kuat complaint...hahaahhaa.. 

Kat melaka ada tak jual kerabu ni? Kerabu kulit kaki ayam...kalau kat hutyai dia x buat sekali mcm ni , kita order baru dia buat ...aku suka kerabu ni tapi aku x suka kulit kaki ayam tu....
 
Macam kat pasir panjang plakkk bila tgk hotdog2 ni..kat Melaka memang ada selalu mereka akan bagi dua pilihan kuah iaitu pedas dan x pedas...fov aku hotdog pulut with pedas...yummyyyy...

Somtam??? Memang terbaikkkk aku suka somtam campur dan kerabu seafood kalau kat gerai ni...mmg nak sama taste dia macam kat hutyai....


Itu sahaja yang aku beli di pasar ni...actually banyak lagi menu yg pelik seperti nasi bujang , kuih selimut dan macam2 tapi rasa macam tak adil aku ambil gambo tapi aku tak beli. Tetiba nak ambil gambar tapi tak beli mesti ketat je muka tukang jual tu.....

Nasi
Lemak nasi
Lemak nasi lemak
Tak nak tak nak tak nak
Mana pergi gerai orang niaga nasi
Lemak tu ye........kenangan lagenda


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia