Aiqarl ke langkawi
Kelmarin aku follow pak anip bawak group Hospital Melaka ke Langkawi, kebetulan group tak ramai hanya 24 orang sahaja banyak seat kosong.
Kami stay kat Myhotel Langkawi selama 2 malam, bila bawa si bongsu ni makin seronok la dia di manjakan di belai-belai oleh mummy dan daddy.
Aiqarl beratur nak naik cabel car , kebetulan sampai sebelum tengahari masih ramai orang tapi tak sepadat cuti sekolah ...tunggu dalam sejam baru dapat baik cabelcar..
Start 1 september before nak naik cabel car kita akan beratur panjang nak naik cabel car but bagi mengelakkan penumpang kebosanan nak menunggu lama, ada check point "Discover The World Beyond Imagination". Penumpang akan dihidangkan persembahan 3D. Persembahan hanya 7minit keluar je subpoint tu kita terus beratur semula utk naik cabel car.
Excited aiqarl dapat naik cabelcar....
Demi sikecil , pak anip yang kepenatan redah utk si kecil tersayang...
Bila tengok pemandangan ni, teringat pada cha aliff dan aqill yang tak dibawa bersama..
Comments