Hilux KDS 11*

Kelmari pak anip baru balik dari langkawi ada berlaku insiden yang bukan salah dia tapi diugut untuk disantau angin oleh pemilik kenderaan KdS 11* 

Dia berlaku di sebuah persimpangan di alor setar, dimana bas di lorong terus manakala kenderaan pengugut di lorong susut keluar lorong .. Dari segi undang2 agak2 korang la sapa yang salah? Adakah penguna lorong terus atau kenderaan keluar lorong dan mana yang patut didahului ? Siapa yang tau undang2 boleh jawap soalan ni melainkan dapat lesen terbang...

Pengugut ni rasa dia betul dan maybe dia begang sebab bas tak beri dia laluan nak keluar lorong sebab dia anak kerabat kut.so masih bas dah hampir ke lorong kenderaan pengugut bila dia dah hampir keluar dan maybe dia rasa bas yang besar tu boleh bagi dia laluan tapi rupanya x beri laluan, pastu pengugut rasa bas hampir menghimpit dia padahal dah sah2 bas ikut lorong dia. Aduhh memang la rasa terhimpit dah ko melebihi garis lorong keluar bas dah mmg dari arah terus kut..gila apa bas nak
stop di tengah highway sedangkan ada kenderaan lain di belakang, semata2 nak bagi laluan pada ko.

Pak anip macam biasa bawak bas ikut lorong dan tak sangka pengugut tu berdendam. Dia follow bas dari belakang maybe masa tu lah dia ambil no telefon pak anip kut. Bila keadaan boleh memotong pengugut memotong bas dan terus masuk depan bas secara tiba2 dan break mengejut. Suhanallahh dahlah pengugut pembuli pula dan paling sedih ada kanak2 dalam kereta dia...ermm no comen....pak anip bagi signal dan highbeam nak minta settle tepi sebab fikir  alang2 nak settle biar settle tepi jangan nak libatkan penguna jalan lain  tak perlukan main kasar dah sah2 kau bawak anak isteri yang pak anip ni bawak 44 nyawa. Jangan la buat perangai budak2. Nak settle settle tepi cara baik cara profesoonal agak2 tak puashati settle je balai. Berani kerana benar beb..

Lepas keluar toll dia mula sms pak anip dan mengugut nak buat anta melaka pakai angin..dia juga tau nama laki aku.. Maybe dalam whataps ada nama pak anip..tak sudah ugut pastu maki bagai.. 

Sampai Melaka pak anip cerita segala kat aku...so aku decide baik lapor polis demi keselamatan bas dan driver bas. 

Bila search no fhone thru facebook dapatlah kami gambar empunya no...agak berumur tapi sayang tak mencerminkan perwatakan dan contoh yang baik pada orang muda. No comen..

Pada
Pengugut berubahlah jadi yang lebih baik tak yah lah nak mengugut nak menjadi pembuli jalanan cubalah jadi masyarat yang penyayang. Tak kisahlah kawasan tu kawasan ko sekali pun tapi ingatlah bumi ni milik tuhan..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia