Anniversary 10years

22.08.04-22.08.14

Aku sebenarnya always lupa tarikh anniversary ...aduhhh bukan aku je pak nip pun sama x boleh pakai. Tapi yang pasti tarikh nikah sama dengan tarikh pemergian arwah mak tok dan tarikh sebelumnya adalah bufday bff aku si dila dan tarikh selepasnya bufday aliff ...itu yang jadik confuse tu...tapi x kisahlahkan asal dekat2 ...acehhh leh plak gitu...anyway malas nak pikir , tahun depan agak2 confuse aku bukak je la file hitam tengok exactly date (sijil kahwin) . Bertambah teruk lagi , sudah 10tahun kahwin sampai la ni x buat kad kahwin...agak2 apa yang korang pikir pasal kami. Ermmm tarikh je pun tp yg penting bulan ogos aku x tak akan lupa.

Pejam celik macam tak percaya je dah 10tahun jadi isteri pak anip. Macam2 dugaan kami tempuh bersama dari yang sekecik2 masalah sampai ke besar2 . Gaduh tak usah cakap la tak dia menyakitkan hati atau aku yang menyakitkan. Asam garam hidup berumah tangga tak ada elok je sentiasa nanti tak ada feel plak tak gaduh2 tak tumbuk2....acehhh

Dia yang aku kenal, dulu sekarang sama je pun cuma ada sikit gatal..hahahaha nyamuk makin banyak kut. Ok serius. Aku bukanlah jenis suka nak memuji sangat suami sendiri nanti puji lebih kata aku memuja suami la belagak dapat suami baik la dan pastu kata nak tunjuk bahagia plak. Tapi apa yang pasti pak anip memang jenis suami yang akan pentingkan anak dari bini dia. Tahan sabar je la kan...so faham2 jelah bila dah double standard. Malang sikitlah nasib ku ini. 

Tak kisahlah dia nak pentingkan anak tapi  time tidur cari jugak la kan. Aikkkk bukan keyy ..xxxxx tapi lebih pada tukang urut ..memang nasib ku. Tangan ni naik kejung sambil katop mata tangan meraba tang bahu tang belakang pastu naik ke kepala. Pendek kata selagi tak lelap tangan ni yang menidurkan. Dia elok lena aku plak sangap tengah malam buta. Asal stop urut, elok je tangan dia tarik tangan aku bawak balik ke kepala. 

Pak anip ni jenis teliti dalam segala segi apa pun ...baik membersih mengemas membasuh mengecat kerja pertukangan dll memang serba serbi boleh dan aku puji dan aku percaya kebolehan dan kepakaran dia. Keje paip yang bukan bidang pun dia boleh buat dari air slow sampai air keluar macam air terjun. Aku pula jenis planner dalam segala segi manakala pak anip merealisasikan apa yang aku nak. Tu yang buat hubungan aku dan pak anip lebih rapat dan serasi. Pernah gak bertekak tak sependapat tapi ikut situasi kadang2 aku beralah atau dia mengalah. Selalunya aku malas nak lawan aku lebih pada lantak ko lah kang jadi apa2 kau jangan sakit telinga bila aku smash word. Tapi jaranglah berlaku sebab aku memang lebih bagi dia menang malas nak lorat nak layan kadang2 benda tu x betul aku aha kan jer, tapi something happen aku buat la muka tak ada perasaan. Boleh ke ? Memang x leh la kan sebab aku ni isteri syurga pada suami tuuuuu ...urut dada tarik nafas dalam2

Romantik? Macam mana nak class kan ye ..dia suka bawa aku kemana saja dia nak pegi lagi2 bila waktu x keje...teman gi  bank la gi kedai tayar la gi amik barang dan bila datang penyakit gila tengah2 malam dia berbunyik keluar nak supper. Ingat lagi zaman x ada bibik tengah2 malam nak layan si suami bersahur diluar maka berangkut la aku dengan anak kecik2 di kedai makan. La ni sejak ada bibik makin banyak la masa kami keluar bersama malah nak gunting rambut depan rumah pun nak suh aku teman. Romantikk x gitu? Bukan ye ...tp
Lebih pada mengada2...

Alhamdulilah ...10tahun satu perjalanan yang agak panjang untuk ditempuh. Kita tak boleh nak kata kita bahagia hingga ke akhir hayat tapi sabagai manusia dan hamba allah dugaan dan cubaan itu adalah pasti. Dalam berumah tangga ni perkara kecil tu usahlah diperbesarkab dan perkara yang besar tu cubalah duduk berdua dan sama2 musabahah untuk selesai cara berhemah tanpa pertelingkahan..

Semoga allah lindungi kami sekeluarga dan dilimpahi dengan rezeki yang murah dan kebahgiaan hingga akhir hayat bersama anak2 kami cha lif qil warl....

10 years luv 






Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia