Percutian budget ciput


Baca tajuk pun dah tau kalau kata budget bererti percutian ala kadar dan biasa2. Yang pentingnya disini holiday kali ni mama dan adik join sekali. Macam biasala pak anip dia kalau cuti suka bebenor ke cameron tapi oleh kerana anak lebih suka berendam maka hari pertama ke morid dan hari kedua pi naik cameron. Even budget tapi matlamat utamanya adalah nak buat anak2 happy. Ye laa cuti 3 minggu hari tu pak anip sibuk bawak bas, sebagai membalas jasa baik anak2 yang setia menunggu dengan penuh sabar. Kesian anak2 den, jiran kiri kanan depan belakang sibuk cerita bercuti sana sini anak den melopong je dengar orang citer. 

Jadinya seminggu sebelum puasa aku pun decide nak bawak pi holiday but budgetnya sebab pak anip punya bas meragam hampir rm6k melayang layang. Aku ingatkan bila pi selepas cuti sekolah dan seminggu sebelum pose tak akan ada orang nak bercuti sangkaan itu meleset sama sekali baik thistle, avillion, lexis, mahupun hotel ciput2 semua fullhouse. Target nak dua malam di PD tapi check in jumaat kosong tapi sabtu dah kena berambus. Kalau ada pun tinggal bilik yang harga tak masuk diakal sampai rm1k semalam...plsss laa kata budget kan apa kejadah sampai beribu raban plak.

Survery terus survey itulah pekerjaan aku bila pak anip kata jom cuti! So akulah yang kena cari hotel dan buat reservation tapi kali ni memang aku tobat sangat sebab call2 satu2 hotel semua menghampakan. Finally berkat kerajinan surfing dan bantuan pak google so nak x nak pi lah Goldcoast MOrib, tapi x dapat dua hari just sehari jele jadik la dari tak ada sebab next day nyer tukar plan pi cameron. Paling bestnyer we just spend around rm198 including makan dan dinner untuk 2 orang , gitu gini hampir rm350 aku spend kat situ. Wokey wat memang save gegila wow aku berjaya save kan budget yang pak anip bagi. Hotel nampak tak siap tapi bilik aku bagi 4bintang dan kolam dia memang superb la sebab anak2 sampai tak mo naik. Malas nak citer jom tengok gambo 1st destination....



 
Abaikan putera ledang yang tak mau rendam di bawah tapi nak rendam di bathtub...apxb mamat sorang ni...

Next day check out terus pickup mama dan adik terus zoommmm ke cameron. Sampai cameron malam macam biasa terus ke pasar brincang jejalan sana cari food untuk bawak balik apartment. Oleh kerana dah letih berendam maka nak jadik citer sepanjang naik semua tidur kecuali cacha yang muntah2 sebab tak selesa perut.Destinasi cameron macam biasa je sebab dah selalu sangat pergi so anak2 pun tau lokasi2 mana nak beli strawberry, nak beli jagung dan nak makan sedap2. Dalam setahun rasanya 2/3 kali naik cameron malah bibik pun 1st and last naik cameron bulan 1 tahun ni masa tu newyear dia mabuk2 dan terus kata tak mo pergi dah. Mama pula dah lama tak cameron so excited mama lagi2 dapat spend ngan cucu2 nya. Eh malas nak sembang la jom tgk gambo.



Aiqarl ingat tu bas daddy dia....
Mama tok  dan cucu

 Arhhh x suka laa..gambo ni buat ku gemuk tapi sayang mama ketat2
Turun ladang boh....
Pak anip & kiddos
Kesayanganku buahati ku
Baju ni betul2 buat nampak aku gemoks laaaaaa....
Mak cu dan anak buah...
Ni kess pak anip dah tak ada keje....

Asal aku kata budget ?
Meh tengok review budget kami. Kalau rasa budget ni tak cukup budget untuk korang itu cakap memasing. Bagi aku ni dah cukup budget untuk kami sekeluarga itu pun mama ada sponsor sikit tang makan dan melayan cucu dia sopink benda yang bukan2. Antaranya 

Minyak : rm30 selebihnya claim card petron minyak free rm140 (save minyak)
Hotel & aparment: rm198+rm250
Makan : rm300 ( 1nite dah save dinner and breakfast)
Sopink : rm200 ( cameron )
Cacha & aliff :rm20 seorang utk budget sopink di cameron 
Toll : rm150 (itu pun ada lebih )
Total dalam rm1100++ je kut 

Budget yang di peruntukan oleh pak anip 
Rm1500 dan sendiri budget rm500 
Total rm2000 
Tapi duit lebih tu siap bawak balik Melaka...
Budget tak?
Tak ?
Itu ikut kemampuan memasingkan , untuk budget ni memang sesuai la untuk aku yang beranak 4 ni.
Duit lebih buat apa?
Simpan for next trip


Chow!
Jangan irihati busuk hati 
Tercemar hati 

Bye


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia