Kenduri 100 hari

Pejam celik pejam celik adik ku pergi sudah 100 hari. Pada 9.05.14 berlansungnya kenduri arwah dirumah mama. Alhamdulilah ramai sungguh yang datang termasuk la sedara mara yang datang membantu. Kali ni mama decide masak sendiri memandangkan makngah dan anak2 turun dari Terengganu jadi taklah mama keseorangan dengan adik untuk menyediakan juadah yang antaranta menu kegemaran arwah seperti Laksa Johor, Nasi Daging Beraini, Aneka jenis salad dilawan dengan loaf bread dan ayam dan kambing panggang. 

Memandangkan aku kerja shift pagi lepas kerja terus pecut balik shah alam sampai sana dalam pukul 5.30pm. Pulanglah aku dengan anak2 tanpa pak anip yang ada trip ke sepang tetapi dia tiba lebih awal dari kami sebab lepas habis trip terus sampai rumah mama. 

Actually, aku pulang ke shah alam pun agak kelam kabut sampai handphone aku tertinggal konti..adeii...apxb

Malam kenduri dikejutkan sambutan hari jadi in advance cacha dari mamatok terkejut juga la cacha malam tu tersipu-sipu malu dan paling seronok cacha dapat banyak hadiah. Meriah juga sambutannya memandangkan dikelilingi anak-anak jiran dan sepupu2 yang hadir memeriahkan suasana. Hilang rasa kesedihan sementara apabila anak2 kecil so sweet menyayikan lagi hapy bufday utk the only one princess pak anip. 








Next day nyer , mama dah niat nak banjer cucu2nyer ke SpaceU8 Jelutong. Sukalah cicit keturunan pipah&mahmood bermain2 bersuka ria dan beriadah. Lihatlah wajah ceria dan bahagia kami.




Seronok semua dapat main, masa nak panggil balik semua liat nak keluar baik anak baik mak apak semua sama naik sama enjoy. Selepas melayan kerenah anak2 bersukaria now turn kami pula bawa ibu makan besar di Restoral Adam Lai sec 15. Sekali 4 meje kami sapu, oleh kerana hari itu jatuh hari ibu so banyak meja full dan terpaksa kami tersadai diluar restoran jek. 





Ibu-ibu yang diraikan dan dibelanjakan oleh anak2 yang dah keje yer...


Even tak cukup corun tapi kami semua happy sangat 

Lepas je makan kami semua pecut balik rumah sebab malam tu makngah dan anak2 naik bus pulang ke dungun terengganu.

Hilang rasa sedih dikala 100 hari pemergian olin tapi rindu padanya tak pernah hilang. Semoga arwah diletakkan ditempat hamba allah yang solehah dan beriman. Alfatihah



Rumah olin dah cantik dengan marmar...semoga olin tenang disana dik...akak sayang adik dunia akhirat doa akak x akan putus untuk mu olin.







Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia