Sambungan Cust Fussy

Since  cust ni menfitnah, dan menaibkan ku di page coach lover , ramai pm nak tau cerita details, nak make friends dan ada yang memberi suggestion. Thank..key
Bukan aku ni tak ada perasaan duk biar orang nak kata dan mengeji tapi i have a lot of thing to settle up yang tak ada kena mengena dengan masalah cust ni. Yang memahami ku ucapkan terima kasih yang tak memahami tu terserah lah ku tak paksa dan menambahkan minyak dalam bara api serta menambah fitnah dan tohmahan pun ku ucapkan terima kasih. Apa yang terjadi ni buat ku lebih belajar untuk bersabar dan musabahah diri yang kita  harus sedari tak semua manusia boleh nilai kita sedalamnya , rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Depan kata manis belakang ludah kita balik.
Ada yang PM dengan bersalam, mukadimah yang cukup cantik tapi sebaliknya menyampaikan sesedap baris ayat yang menokok tambah di belakang aku...aku tau bukan orang x bagi tau pun thanks gak lah..tahinah jadik dalang dan batu api .. alhamdulilahh 

Semalam aku dan ika dinie ( cust ) telah berconversation lagi, kali ni citer lain ,  dia duk pertahankan hak dan rugi dia  sebab aku tak accepted barang dan dia kena pos 2 kali so dia dah rugi RM40..aduhh apa lagi lah dia ni..tak habis-habis . Suppose ku bayar RM400 now meningkat RM440  kerana rugi postagenya. Ikutkan kan diri ni bayar jer tapi beberapa orang seller otai kata dun paid.

 Bila fikir-fikir balik maruah aku yang TERCALAR  di canang dan tercemar tak termasuk orang maki-maki dalam page tu buat aku rasa  sangat tercabar. Dahlah aku tak aib kan dia sudah cukup baik..ni bila kata refund masih lagi nak copy paste dalam wall....

 Asyik sebut aku tipu dan menipu and  tak bagi tau conditon bag tu koyakkk asyik-asyik soalan yang sama itu jeeee...ya allahh koyak apanyer pulak dahh...lepas tu ramailah batu api, penambah cerita penyedap rasa yang menyokong dan mengapi2kan keadaan .

Antara yang dipersoalkan dari cust dan penambah rasa (batu api) :

BUKAN BAG ORI - jangan samakan burberry keluaran terkini dengan vintage design burberry. even coach pun pakai zip YKK...hokeyy..aku tak kata aku ni bagus sangat tapi aku ni handbag lover so aku boleh tau side aku macam mana.

BAG LAMA DAH OLD FASHION ---- agak2lah  ada ke design baru semalam keluar hari ini orang dah nak jual ? ni satu hal n, nak kata bodoh tak kut nak kata bagang pun entahlah tapi pikir baik2 je la ye...Dah nama pun preloved jgn jadik bodoh untuk persoalkannya ...klau bawak mahkamah dunia sekali pun 340muka surat pun belum cukup nak bagi tau ciri2 preloved ni..dan kalau bag zaman  batu kurun sebelum masihi sekali pun  dia wajar  dan releven for call PRELOVED . Malah ada certain brand lagi lama keluarannya  lagi up harga dan valuenya. Tok sah cakap la..kalau kat Hollowood tu pelakon vateran lagi mahal paid nyer dari pelakon baru tauu...Malaysia je lain sikit yang lama di beri watak Opah, Datuk, Nenek paling sedih watak Orang Gaji pun ada tauu...Demi cari rezeki dan sesuap nasi

BAG BUNDLE - bundle dan preloved adalah ejaan yang berbeza tapi  fakta dan maknanya adalah sama iaitu SECONDHAND cuma bezanya preloved ni nampak la comel2 gitu sebutannya ..tapi realitinya sama tarafnya dengan 2ndhand / bundle...cuma bundle lebih pada pembelian pukal oleh saller dan jual pada customer harga peorangan...bundle pun sama taraf dengan barang orang dah guna pastu jual balik...jika ada orang jual barang bundle pastu baru plak tu ...haa meh sini bagi tau kat aku , aku pun nak gak beli....klau leh borong pun aku suka.

 Semoga allah je dapat membalas tohmahan-tohmahan yang tak berasas page coach lover tu...
Seharian aku duk baca apa yang rakan-rakan ku copy paste sampai satu tahap aku nak teruskan idea pak anip untuk lapor polis dan buat saman malu kerana menjatuhkan air muka dan reputasi ku sebagai penjawat awam dan juga penjual...subhanallahh aku tak mahu sampai situ. Aku tau hak aku disitu dengan fakta dan bukti-bukti serta kata-kata fitnah sehingga menjatuhkan airmuka aku boleh membawa ke muka pengadilan. Masa tu teringat pada keluarga ...yerr jika perkara ini berpanjangan dan cust masih tak tutup mulut nak buruk-buruk kan aku...aku terpaksa bawa kes ke Lawyer....terpaksalah ku lakukan demia mempertahankan maruah ku yang telah dicalar....but sila bersabar dan musabahah diri...semoga allah terapkan sifat sabar ku ....

Tak cukup caci maki buruk kan aku dalam page , pastu whatasap huby aku, ganggu opismate aku dan paling tak boleh belahh interupt PM dalam facebook official opis ku...pastu buat ugutan akan call opis dan buat aduan pasal aku...ermmmm no comen...now dia kata aku terdesak...see sapa yang terdesak..
memang salah aku block ko tapi aku block aku diam tak jaja pun citer ko kat orang. dan sememang aku tak sangka tingkah laku dia sampai ke tahap itu..Kalau nak tau kenapa aku block dia sebelum ni aku ada citer. malah dalam pm aku pun aku ada cakap napa aku block dia. Since 2008 aku open facebook ni aku  pernah block 2 orang sahaja ika dan seorang jantan gila. ( dua-dua dari kedah ermmm satu kebetulan )
Seumur hidup aku , aku tak pernah buat orang sampai terdesak nak jaja citer bagai cari kat opis bagai ganggu rumah tangga orang bagai...tapi mungkin ini adalah dugaan yang harus ku hadap untuk aku yang baru berhijrah untuk jadi  hamba allah yang lebih baik.

Aku sendiri tak faham, aku jual bag dah banyak tapi aku tak faham maksud cust ni yang kata aku tak snap koyak kat tali...istilah koyak macam mana tu...sebab bagi aku its to minor sangat-sangat tapi jika dibandingkan dengan button dan tag england yang dah hilang sikit...
Aku rasa dia aspect beg ni condition macam bag baru  Atas dasar pengalaman ramai cust yang beli ngan aku high branded mereka nak tengok tag branded, button , condition kulit ,; kain bag dan kalau boleh nak ada warranty card.
Dari awal cust doklah  mengecam aku dalam PM...asyik push-push dan persoalkan aku PENIPU tak bagi tau ada deffeted pada tali bagai...Serius, aku memang nak maki jer kaw kaw tapiiiiiiiiiiiii aku x mampu okey...sebab aku memang lemah kalau orang yang buat aku nak maki ni sedang pregnent..ok surrender angkat tangan ...aku kaum hawa aku tau macam mana terbebannya nak melahirkan anak kalau duk maki caci maki orang....Sebab aku tak mahuuu makian dan cacian akan menjadi karma ...subhanallah..aku tak tau dimana kekuatan yang aku peroleh untuk ku sabar dan ku tabah hadap SI ika dinie ni, .mungkin aku sibuk menguruskan perkara lain menyebabkan aku tak berkesempatan nak pikirkan hal kecerewatan dia.

Now, aku dah letih, this week aku kena settle hal di kampung, so aku kena prepare semua documentation dan apa-apa yang berkaitan. Hope semua berjalan lancar. Aku dah tak kisah dia nak buat pung pang pung pang dalam page couch lover tu...kalau dia nak maki hamun ke..tu terserah..itu bukan cara aku nak selesai masalah dengan bukak aib orang dan fitnah menfitnah dan mementingkan diri tanpa pikir hak dan peribadi serta perasaan orang lain.

Terserahlah orang nak nilai aku ni acerna, aku tak perlu nak memekak-mekak untuk betulkan keadaan , orang yang tau nak nilai akan nilai dari apa yang orang cakap dengan memberi peluang orang kedua bercakap. Setakat ni ada yang PM duk korek rahsia..tapi kalau rasa diri tu banyak ke side pang pung pang minta maaf la...Aku bukan jenis wanita yang nak jatuhkan air muka orang ber pang pung pang mengutuk dan mengeji orang seolah-olah aku sendiri bukak pekung sendiri . Aku ada prinsip ....aku akan bersabar selagi aku boleh sabar..dan aku boleh follow selagi boleh follow...
Aku percaya allah tu ada...aku percaya ada hikmah apa yang berlaku dan ada ganjaran disebalik kesabaran aku.
 Biar dia seorang yang keje memalukan orang dengan bertepuk tangan rasa megah  bila orang menyokong. Rasa angkuh bila mereka mengalah...tapi ingat mengalah bukan bererti kalah..tapi lebih pada berserah dimana sekali kau malukan orang tunggulah balasannya darinya...

Lantaklah apa yang berlaku...lepas ni dapat bag..aku akan refund duit dia seperti mana dia bayar kat aku sampai 4 kali bayar....so ada orang kata dia bayar 2 kali...silap key..4 kali nak hampir masuk 4 bulan...agak2 saller mana leh bertahan ...kalau harga bag tu 2k hingga 4k mungkin kut ada bayar sampai 4 / 5 bulan....but ni rm500 jer...itu pun pernah sekali nak stop beli selepas sebulan lebih aku hold barang tu...tapi bila kata refund rm50 je...leh cakap la aku tak cakap...helo helo helo...kita beli peti ais kat kedai seng heng pun ada interest wei...tok sah cakap seng heng beli sofa kat court mamoth agak2 dua bulan leh tak kocakap ko x mo barang tu...masa tu ko tengok la berapa plak ko kena bayar...silap2 x setttle boleh black list....begitu juga niaga online...pusing-pusing mana ada istilah orang niaga x mau untung dan paling diingatkan niaga tu pekerjaan nabi. Jangan nak kata duit haram bila saller tak refund duit bagai, hakikatnya mana-mana niaga pun sama. Nokhtah nya tak ada niaga orang tak mahu untung. Asal ko tak persoalkan harga ikan dipasaran, kalau beli kat nelayan direct sekilo rm5 je asal bila beli kat pasar besar sekilo jadi rm15 ....masa tu ada tak kita persoalkan orang tengah tu makan duit haram dan makan duit hasil keringat nelayan dengan makan riba bergelen-gelen...
Masa tu barulah bukak buku perdagangan dan ekonomi kan...istilah peruncit, pengedar atau orang tengah atau pembuat...dan termasuklah istilah Kos Lepas...Ko ada rm500 keinginan nak bag burberry tapi kat pasaran burberry RM1k++ on the same time wujud  design yang sama tapi jenama Carlo Rino harga RM450 jer .Baik pilih Carlo design sama kan harga pun mampu..So Kos Lepas JADI PADA BEG BURBERRY ..tapi tahap kepuasan pada kita masih negatif ..betul tak?
.Agak-agak kemampuan kita ditahap mana...jika keinginan memiliki melebihi dari duit ditangan maka wujudlah altenatif lain carian Preloved dan 2nd Hand....

Lastly ni antara conversation antara aku dan cust....korang nilailah sendiri..tepuk dada tanya selera..tapi baik tak yah nak maki buer ke atau saller better korang baca diam2 dan nilai..Agak nak comen , comen je tapi biar komen yang membina...Ingat, jangan menjatuhkan air muka sesapa mahupun customer ni.. Udah-udahlah tu..aku x suka idup dengan makian dan cacian..aku ni nak hidup lama dalam dunia ni...kalau allah ambil nyawa aku biarlah aku mengadapnya dengan tenang dan insan yang beriman....Segala kekasaran bahasa yang aku tulis, aku minta maaf ..aku cuma luahkan tapi tidak pada mengajak korang untuk sama membenci..Sekian.








Inilah 1/3 dari konversation.x tergamak nak paste semua..sebab dari awal ku dah kata x mau ope aib orang....ada yang ku tapis untuk simpanan untuk kelebih atas sekiranya tiada jalan penyelesaian...printscreen dari wall page coach lover harap maaf ku tak leh nak appear kat sini sebab ia melibat pelbagai pihak dalam page tu yang memberi komen yang agak rude, fitnah yang melampau dan tohmahan yang berlebih2an nanti kalau ika ni dah bawak ke tengah tak pasal-paal pihak yang bertagungjawap akan siasat hingga keakar-akar umbi dan orang yg sesaja tabur fitnah risau terheret sekali,...So saya hormati pendapat masing-masing...Jika sudah terpaksa saya terpaksa keluarkan semuanya...Harap maklum..







@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia