MH370 HILANG

Seminggu berlalu ...
Agak tersentuh , walaupun tiada relative yang terlibat. Now hari-hari baca akhbar, tonton tv untuk mengikuti perkembangan kehilangan MH370
Aku bukan jenis manusia yang suka nak hadap tv atau ambil dulik cerita atau berita. Tapi since kehilangan kapal terbang yang tercanggih di Airlines rasa macam tak lengkap nak ikuti setiap perkembangan terkini mengenainya. Lagi-lagi salah seorangnya adalah ex-student SMK Section 19, Shah Alam.
Macam-macam spekulasi yang timbul dan pelbagai andaian yang diluar jangkaan wujud. Masa ni tukang masak jadi pakar engine, cikgu tadika jadi juruterbang, surirumah tetiba jadi pakar perisik dan paling tak boleh blah masa ni lah nak tunjuk ko tu  " pro " la sangat kan. Pastu tunding jari pada orang tu , negara ni , kerajaan lemau lembap dan segala bagailah.
Sepatutnya dalam situasi begini kita kena bersatu untuk menyokong apa tindakan mereka yang diatas-atas tu tapi sebaliknya membuat spekulasi, fitnah dan andaian yang tak munasabah. 
Sikap nujum pak belalang memang tak kisah, kita boleh cakap apa yang kita nak, kita leh buat andaian apa yang kita rasa perlu tapi terfikir ke apa yang korang buat tu menganggu siasatan polis dan pihak berkuasa. Dunia luar sekarang tak habis-habis membuat fitnah di magazine dan akhbar mereka tapi realitinya kita tak tahu apa yang ditulis itu semuanya berpunca dari tangan kita yang konon nak membantu pihak berkuasa tapi kesahihah cerita yang ditulis itu belum pasti. 
Korang ingat kes hilang ni kes main--main ke sampai nak kata kerajaan lembab kerajaan bodoh...once korang sendiri tak yakin dengan apa tindakan kerajaan maka dun said la orang luar sana , wartawan luar tak respect Malaysia dan orang kita. Sebab apa? Korang sendiri yang tak pertahankannya. Now sapa yang jadi mangsa ? Kita kan?  I think gov know tapi demi keselamatan rakyat maybe ada sebab ia menjadi top secret...kalau betullah ia melibatkan konspirasi kuasa-kuasa besar dunia. Setiap tindakkan yang diberi oleh kerajaan perlulah bercakap berdasarkan fakta maka yang bijak-bijak pandai ni yang memandai-mandai dan gah berdekah-dekah nak tunjuk aku tau, aku dah tau dan memang dah tahuuu...sikap macam ni jangan terkejutlah silap perhitungan sikap cepat melatah orang-orang kita boleh menyebabkan perhubungan antarabangsa akan bertambah konflik dan secara tak langsung meletakkan negara kita dalam bahaya. Korang nak ke berlaku perang dunia 1 / 2  masa tu jepun masuk Malaysia pakai basikal. tah tah  la ni ...tau tau bom je jatuh je bom di tanah air kita ni....tah tah direct dari angkasa...even la ni dari satelit sampai dalam jamban leh teropong . Reelex je ko tengah berak orang bom...
Segala tindak tanduk, luahan atau buah fikiran , sebelum taip hendaklah kita fikir secara rasional agar tidak menganggu siasatan orang yang sepatutnya. Tak perlulah kita nak memandai melainkan ia adalah dari sumber yang sahih dan tepat. Keyboard worrier berlambak di alam maya ini, ada positif ada negatif termasuklah aku yang tak beberapa nak worrier hakikatnya aku benci dengan spekulasi yang dicipta-cipta menyebabkan aku takut bila nak ke china bulan depan. Gara-gara sikap kita yang terlalu terbuka meluah, menilai dan menunding jari tak pepesal orang-orang kita yang ke china ada kena ludah, kena baling botol dan lain-lain lah. Even orang china datang Malaysia pun dorang berani nak make rude dek kerana MH370...so? agak-agak kita leh pikir tak? Adakah kah kita dikalangan bijak pandai nak nilai dimana kapal tu , kronologi mengarut  serta tokok tambah teknologi yang konon canggih tapi sedangkan kita lupa secanggih mana pun pada realitinya segala moden itu, canggih itu adalah buatan manusia dan manusia jugalah yang  boleh memindanya atau mengubahkannya. 
Enoughlah...aku dah penat nak baca fb sampai buka pun aku dah takut....sebab banyak sangat spekulasi , lawak-lawak pak bomoh segala bagai yang mengundang kemarahan  dan kesedihan waris yang mengharapkan kepulangan anak, ibu, bapa dan keluarga. 
Trust pada yang menjalankan tugas, jika anda dikalangan yang bijak pandai serta tahu dan pasti sahih pada maklumat yang ada salurlah pada saluran yang betul bukan disini , di keyboard ni, di depan pc ni....yang rancak menaip tapi mengundang kontroversi yang boleh mencetus kemarahan orang ramai dan secara tak langsung memberi kesan pada hasil siasatan serta keselamatan anak kapal dan penumpang mh370...
Maaf jika rasa aku melampau... Ku doakan moga MH370 selamat dijumpai dan berakhir segala spekulasi ...paling penting dimana pun mereka berada samaada tiada atau pun ada...janganlah berhenti berdoa. 

Serius....since terjadi tak ada mood, rasa sedih sangat ...jika aku yang tak ada kena mengena ni pun rasa sedih inikan waris-waris mereka....DONT STOP PRAY FOR MH370...





BERSATULAH KITA SEMUA......SAYANGI KITA SAYANGI MALAYSIA ...

@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia