Kontroversi Hanez Suraya

Bila tengok hanez suraya ni .... memang cantik sangat..
Kulit cantik putih  wajah dia yang redup-redup gitu.Maklumlah duta Aurawhite..sebab aku pun pernah minum aurawhite. Oklahhh tapi aku ni jenis cepat bosan...ok next
Lately banyak juga la cerita-cerita pasal artis ni. Tak pepesal top kononnya perampas suami orang..
Ermmm...yeeke?
Ingat lagi dalam Melodi ...kesian tengok ex-wife lelaki tu..
Sedih juga , agaknya macam manalah jika ia berlaku pada kita ye..
Subhanallah....minta dijauhkan..
Masa tu kita tak dengar langsung hujah dari side hanez so banyaknya kita dengar dari side isteri yang teraniaya.
Today dalam akhbar hanez suraya menuntut ex-wife lelaki tu memohon maaf maaf secara terbuka. Lelaki ni kata dia kenal hanez on december 2013 but ex-wife dah failkan since Oktober 2013 ...
Ermmm... pulak dah...
Dari apa yang dicerita oleh ex-wife , lelaki ni memang biasa bertukar permpuan...so katanya dia dah biasa dah...( kuatnya peranan seorang isteri kerana begitu tabah dan sabar ).
Persoalannya .... agak-agak siapa bersalah dalam hal ni ?

Pendapat peribadi tak beberapa nak peribadi ni...kalau side ni berlaku pada aku , yang akan aku hentam of cos lelaki dulu, tak ada dia tak ada kontroversi ni ...sepatutnya  lelaki ni memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah dengan ex-wife dulu. Hanez ni dah sah-sah tau yang lelaki ni duda yang sememangnya duda , kalau ikut ceritanya. Tapi sebagai lelaki patutnya settle mana yang sepatutnya untuk side terdahulu. Janganlah  nak pi bercuti bagai , agak-agak la kan buat panas hati kaum hawa la plak ..even duda sekali pun hati perempuan mana tak terguris bila suami yang dulunya susah sama-sama dari tak ada apa-apa sampai dah kaya tetiba ada hubungan dengan artis pastu cantik pula tu....Ex-wife pun cantik juga orangnya. Tak salah nak bercinta tapi bila dah jadi macam ni hanez yang sedia maklum popular terus jadi lebih popular dek kerana kontroversi.

Bila tengok laman facebook ku rasa teruk sangat orang kecam hanez ni. dan ada juga side hanez. Masa tu macam kesian pula sebab kita tak dengar lagi hujah dari pihak dia. Aku tak salahkan mereka yang mengecam , setiap orang ada sebab musabab wujudkan kontroversi tu malah kita yang ada suami pun rasa macam dikecam dan terasa terancam.

Aku tak kata aku menangkan hanes mahupun lelaki tu mahupun juga ex-wife tu....tapi bagi aku setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Usahlah kita menambah dosa untuk mengutuk mengeji mahupun menjatuhkan maruah mereka. Letaklah kita pada tempat yang asal iaitu mendengar , membaca dan menilai.

Pada hanez janganlah sampai menuntut ex-wife tu untuk mohon maaf secara terbuka, jika awak dipihak yang benar dan bukan punca mereka berpisah ...stay on ur step & god knows. Pada ex-wife pula kalau nak mengamuk...amuk je pada ex-husband  punca semua dari dia. Now lelaki tu dah keluar fakta tarikh la, bila cerai, bila file dan macam-macam. Masa tu law akan follow apa yang kita cakap. Aku bukan nak kata pakar sangat bab-bab lawyer ni  tapi adalah kes yang lepas-lepas yang melibatkan mahkamah. Selalunya surat hitam putih, bukti document2, bukti nyata dan x nyata , tarikh , masa dan location tu yang menjadi salah satu fakta dan bukti. Hope ex-wife tu tabah menghadapi dugaan allah, aku pun sedih tengok gambar dia menagis mahu dalam akhbar dan melodi..Mana ada perempuan boleh tahan jika kita dikhianati suami.

Kitaran hidup kita ini umpama roda dan bumi berpusing-pusing kembali pada paksinya. Tak orang buat kita, kita terbuat orang. Tak orang aniaya kita kita teraniaya orang. Aku ni sebagai pembaca jer aku tak tau wartawan tulis tu sahih ke tidak ...kalau wartawan tipu..tertipulah aku.











Pelbagai kecaman dia dapat...kadang-kadnag terpikir kenapa kita begitu mudah menjatuhkan hukuman pada orang sedang kita tak tau hujung pangkal ceritanya. Janganlah kita berlebih-lebihan apabila mengeluarkan hujah dan janganlah  terlalu emosi berdirilah dilandasan yang betul dan jadi pemerhati adalah lagi baik dari menambah dosa free...



Harap mereka settle cara baik, kan bagus kalau berbaik-baik hidup aman sejahtera, buang perasaan amarah dan dendam dihati ...sesungguhnya orang yang meminta maaf itu salah satu perilaku yang abnormal pada zaman ini. So apa kata kita jadikan dia normal situasi.

Peace no war......



@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia