Fussy CustOMER

Rasanya awal-awal tahun ni penuh sungguh dugaan dari allah.
Dengan pemergian adik tersayang...
Terkini berdepan dengan fussy cust...auzubillah
Jarang aku citer apa aku buat , apa aku jual dan apa side income
Ada orang jual barang terang-terangan...tapi aku lebih close story
Sebab aku ni kakitangan kerajaan so agak terhad nak appear ...
Okey direct je la
Aku ni kecil2lan niaga online
Jual baju2 baby preloved , stroller preloved , barang2 baby preloved , bag2 preloved, shawl2 , tudung dan baju .
So, kira aku x lah terus menerus niaga...
ada barang aku niaga...x ada barang senyap sunyilah page dan blog tu.
Baru-baru ni ada satu insiden...actually cust ni dah lama beli
cuma baru ari tu dia full settle beli handbag burberry preloved.
Jual pun tak mahal....takat rm500 jer...condition memang cun dan
bagi aku sesuailah dengan nama nya pun PRELOVED
Aku bukan saja open sale dalam page dan blog sendiri tapi
di page-page lain yang menerima dan menjual barang preloved
Aku pun dah jual 4 hingga 8 handbag dari koleksi sendiri dan koleksi member baik ku
Kalau jual pun kami akan bincang condition bag dan baru decide nak letak harga.
Untuk handbag BURBERRY ( bag controversi ) kami sepakat jual RM500 termasuk postage
sebab receipt beli dan card warranty dan segala bagai identiti barang dah buang..
masa tu tak terpikir nak jual ...so kira handbag ni paling last lah di jual dan paling last lah jugak
aku kena dengan cust @$#@%@@ ni.
Condition beg with in 8/10 hingga 7/10 ada deffected sikit-sikit tapi tidak major deffect.
Harga pun dah letak murah..beli klau convert duit Malaysia dalam rm1600++ gitu...dan ku jual
Jual RM500 including postage...

oPEN DIJUAL on nov...hari pertama tepek ..on the same time x sampai 2 jam dah terjual.
Lagi pun x aspect terjual begitu cepat...maybe sebab branded pastu murah kan
Condition alhamdulilah..cuma jual murah sebab perkara2 ku sebutkan diatas....kalau buyer selalunya dia nak beli ada  tag , warranty lether card dan receipt...jika ada semua tu ..comfirm ku main harga rm700-800..

Hari demi hari..bulan demi bulan
sampai nak masuk bulan ke4 tapi x masuk lah sampai 4 bulan...
macam-macam yang aku hadapi...
cust ni ada masalah kewangan sebab bg member dia duit yg hutang dengan along...
as human sence aku accept...kita pun faham kan..setiap orang x lari dari masalah
so , prob demi prob...malas nak citer panjang nanti open aib orang...nanti ramai plak kata cust ni penipu bagai...sebab aku x suka nak bantai orang gila2..

Lepas dah settle dan aku dah terima duit..
So send barang...before send snap gambar untuk keselamatan takut rosak masa post..
Tapi lain plak jadiknya...dia dah mula cakap kita x pernah cakap x pernah load gamba2 deffect beg...
aikkkk...masa tu dah confuse sikit..dia ni x baca ke dlm wall masa aku dok borak2 dgn cust lain pasal bag tu...malah terang-terangan aku dah cakap NOT SELLING FOR FUSSY BUYER...
soo...ku relex lagi...nak angin tapi ku sabar

Sampai barang ke tangannya...
perhhh..dia bantai cakap barang x serupa , byk deffect..kat situ kat sini kat tali bagai
aikkk...masa tu dah pikir dia ni mesti x pernah beli barang preloved
sabar ila relex...
siap x leh blah cakap bag condition 50/50 ...okeyyy ku sabar lagi
masa tu kalau ada tasbih memang dah 3 / 44 kali aku round siap patah balik...
istifarlah akuuu..istifarrr..
Niaga online ni baru 2 tahun lebih tapi aku rasa dia paling worse cust aku dapat dengan nilai beg yang branded ku letak harga yang mampu beli pastu tunggu duit macam 4 tahun...itu pun kata aku PENIPU....paling x leh blah kata aku terdesak...ohmygod...terdesak ke...klau terdesak x sampai berbulan dik..

Lepas je dia kata dia nak pulangkan bag dan wanted me to refund duit dia....
memang hangin satu badan....subhanallahh...hanya allah je yang tau bertapa aku menahan diri untuk memaki  hamun dia....aku kuat sebab aku pikir dia mengandungg....mengandunggggg....so aku x mahu nak maki hamun .. dan cuba bersabar sebab aku rasa cukup2lah perangai muda remaja aku tu...so aku nak buang dan jadi ibu yang baik dan solehah utk anak2 ku serta hamba terbaik kepada allah swt

Tak cukup dengan kata aku PENIPU.aku pantang orang kata aku penipu.serius member aku kalau sebut main2 pun kata aku penipu aku dah rasa nak lempang...pantang okey..lepas tu aku block dia...lepas 3 hari gitu...aku terima PM dari saller kedai lain dimana dia duk canang citer satu dunia cari aku dan kata aku HUTANG DIA RM500 sebab TIPU jual barang x berkualiti...aku diam..aku cuba nak settle satu-satu sebab masa tu aku sibuk dengan urusan mahkamah dan tuntutan faraid arwah adikku...so aku hold lu...tapi aku silap x sampai 24jam dia dah mula whataps suami aku...sampai pak anip  melenting dan suruh aku report polis bagai sebab ktuduh wife dia PENIPU , pak anip nak maki ku tahan dia jangan  maki cust ni ...bagi aku no point nak maki cust ni sebab dia mmg fussy women yang tak akan stop nak cari salah orang dan nak condem seller. Itu x masuk lain-lain pukul cancang citer dalam page siap memprint screen bagai...yang member-member aku duk diam dalam tu keje nyer copy paste pada aku  apa yang dia duk pukul  canang citer dan ramai plak yang penambah2 citer yang tak tau citer jadi batu api la gamaknya....sampai ada member yang menyirap nak pi maki cust tu...tapi ku kata SABARRRRRRrr  dia sedang pregnent...so member-member aku ni sebagai mata-mata dalam page tu...thanks sayang2 ku termasuk jiran tersayang ku...Aku keep semua fitnah dan tohmahan dia sebagai bukti.

So today...aku diberitahu dia buat kacau dalam page official opis aku...dan pm budak opis ku....jeng jeng..so sweet perangai dia...aku baru je plan lepas solat subuh pagi ni...Ingat nak unbloack dia dan settle...tapi belum sempat unblock dia dah buat kacau...siap cakap aku PENIPU..HUTANG RM500 dan akan buat aduan pada pihak atasan pejabat aku dan tribunal bagai....Okeyy...silakan..

Dalam masa aku berdepan dengan cust fussy ni...aku ada minta pendapat saller2 yang otai dalam meniaga alhamdulilah...mereka berikan aku semangat dan tahu nilai hak-hak ku sebagai Saller dan ada juga cakap cust ni memang fussy dan ramai kenal kefussyan nya...so no comen..mungkin nk bagi sedap hati. aku pun x mo pikir apa orang lain nak cakap..but now dah kena batang hidung sendiri baru tahu kan ...setiap orang ada pendapat masing....

Berkat semangat yang ada...ku diberi pilihan
1. report polis
2. suh dia pulang barang aku reseller balik dan refund duit dia
3. atau kedua2nya

Aku pilih no 2...even dah byk fitnah dia buat..kata bag tu buruk, bundle lah..kata aku ni terdesak la..penipu menipu dan macam-macamlah..aku rasa baik aku back tu 1st lavel...iaitu bertenang dan bersabar serta musabahah diri. Since niaga aku tak pernah hadap fussy situation ni sepanjang niaga ramai cust suka dan puahasti dengan bag yang aku jual tapi mungkin kali ni allah nak duga ku sebab mana taukan allah tu ada perancangan yang lebih baik untuk aku masa hadapan...

Pagi ni aku dah unblock ...seperti biasa mukadimah  say thanks atas cacian, kejian dan makian serta fitnah yang dia taburkan...yerrr...hari ni kau buat aku ..kau aib kan aku ..insyallah aku di side yang benar..dan aku yakin bag tu sangat cantik dimata ku..tapi jijik dimata ko so ku faham dan ku anggap ko x pernah beli barang preloved macam biasa dia still kata aku tipu dan menipu so..aku accept apa jer dia cakap...alhamdulilahh...nak maki lebih2 aku masih pikir dia tu mengandung...aku x mo dengan makian aku nanti buat aku sesal bila berlaku apa2 pada dia dek kerana amarah aku..( subhanallahh )...Before tu aku ada upload dalam fb atas luahan ku dan siap gamba bagai aku upload...esoknya berduyun2 orang pm nak beli bag tu...serius aku tak cakap pun UNTUK DIJUAL ....tapi lebih pada luahan..tapi tak pepasaL ramai plak nak beli..uikk

Now aku dah release skit..duit boleh cari....aku pun bukan jenis terdesak duit...kalau aku terdesak tak lah aku hold bag tu sampai berbulan2....( betul tak )..now aku akan refund duit..tapi seperti mana aku minta duit dia macam HAWAUUU...pengemis dijalanan macam tu juga aku akan bayar..bukan nak kata membalas tapi lebih pada balasan yang aku tak mampu nak balas secara makian...Bagi aku itu semua adalah peribadi dan personaliti. Allah tu satu...now aku tunggu bag tu sampai pada elly ...aku akan tgk condition bag...jika aku nampak ada defected tambahan yang sengaja ditambah oleh cust tu...SUMPAH DEMI ALLAH AKU TAK AKAN AMPUN KAN DIA SEUMUR HIDUP AKU...KO JAWAP LAHH KAT SANA NANTI...dah  bergelen-gelen fitnah dah tuduh kata aku penipu bagai..tapi kalau ko kalau sengaja rosakkan bag tu sebab nak tunjuk bukti tanda bag tu buruk dimata ko..mmg nahas la...di dunia memang lepas tapi disana nanti tak akan terlepas.

Bukan jenis spesis aku nak maki2... kalau ikut aku nak je copy paste dalam ni setiap details...tapi bila pikir balik biar aku simpan sebagai bukti ...mana tau dia lapor pada tribunal...aku akan heret semua yang dia dah buat...kalau dia ganggu dan aib kan aku lagi dalam page...aku tak teragak2 lapor pada polis...sepatutnya dia cukup bersyukur sebab aku tak malukan dia demi mempertahankan aku...tapi bagi aku allah itu satu..orang nak percaya sebelah pihak aku x ada masalah.. orang nak tuduh aku terdedak penipu punnnnnnn aku x kisah...sebab aku tau allah maha mengetahui setiap apa yang dirancang pada hambanya.

Malas nak bebel panjang2 ...ni bag2 sebelum aku post pada cust tu....yang menjadi kontroversi...so korang nilailah sendiri..buruk ke beg ni..bundle ke beg ni ..jijik ke beg ni...mungkin ada najis kee beg ni..sampai dia kata 50/50 jer condition bag ni...korang jawaplah dalam hati..RM500 jer...dengan rasa sakit hati benci ...dan tawar hati..aku mungkin akan open jual secara adil dan saksama..dan masa tu aku akan pastikan cust tu betul2 faham apa maksud PRELOVED...









Ni pula sedikit conversation daku dan dia masa pembelian ...



nak tau lebih lanjut? ...aku rasa x perlu nak bukak aib orang...sebab aku hormat kaum aku sendiri...aku percaya orang bukak aib orang fitnah orang mungkin pembalasannya tidak disini tapi mungkin disina..".jika ditakdirkan kita dilanda masalah dan dugaan masa tu terfikirlah kamu bahawa itu bukan dugaan tapi adalah pembalasan dari allah swt cuma tajuk dan jalan cerita sahaja yang berbeza...ingat tu...dan peringatan untuk diri sendiri...jaga mulut dari maki, jangan tangan dari menfitnah jaga peribadi untuk Allah Swt..."

Nilahhhh beg yang BURUKKKK sgt tu....


@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia